JOM HAFAZ QUR'AN

Exam Terakhir di Bumi Jerman....

>> Sunday, February 1, 2009

InsyaAllah, pada hari selasa 03.02.09 sy akan menduduki exam terakhir di sini untuk meneruskan usaha menggapai cita2 memegang segulung Ijazah yang bergelar Diplom..Alhamdulillah, segala penat lelah dan usaha selama ini dimakbulkan oleh Allah swt. dan berdoa agar semuanya diberkati dan diredhai olehNya..amien..Dan semestinya pelbagai pengalaman suka duka telah berjaya sy tempuhi sepanjang bergelar pelajar di University of Applied Sciences Karlsruhe ini..Dan pengalaman paling perit dan pahit adalah....em...ha, bilamana sy pernah mengambil peperiksaan terbanyak di Sem. 5 iaitu sebanyak 13 Subjek tatkala pada tahun itu juga iaitu sesi 2007 saya diamanahkan utk memegang jawatan Presiden Persatuan Pelajar2 Msia di Jerman (MGSS). Dan Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur setelah hasil usaha dan tawakkal, semuanya dipermudahkan oleh Dia yg Maha Satu..Dan... pengalaman manis pula juga pada ketika itu dimana keputusan peperiksaan yg paling cemerlang sy pernah dapat juga di Semester 5...dan seterusnya berjaya menerima Sijil Kecemerlangan Akademik dari pihak JPA..Subhanallah...Dan bagi rakan2 di luar sana especially junior2 di bumi Jerman ini,teruskanlah berusaha sedaya upaya..Sesungguhnya Allah swt disamping orang yg selalu berusaha dan bertawakkal kpdNya...InsyaAllah...

Read more...

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W

>> Friday, January 30, 2009

Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW:

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Read more...

World tallest building



حديث الأول: عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : بينا نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثر السفر ولا يعرفه منا أحد حتى جلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأسند ركبتيه إلى ركبتيه ووضع كفيه على فخذية وقال : يا محمد أخبرني عن الإسلام قال : " الإسلام : أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا " . قال : صدقت . فعجبنا له يسأله ويصدقه . قال : فأخبرني عن الإيمان . قال : " أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره " . قال صدقت . قال : فأخبرني عن الإحسان . قال : " أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك " . قال : فأخبرني عن الساعة . قال : " ما المسؤول عنها بأعلم من السائل " . قال : فأخبرني عن أماراتها . قال : " أن تلد الأمة ربتها وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان " . قال : ثم انطلق فلبثت مليا ثم قال لي : " يا عمر أتدري من السائل " ؟ قلت : الله ورسوله أعلم . قال : " فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم " . رواه مسلم

Hadis yang pertama: Daripada Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a. katanya, “Ketika kami berada bersama Rasulullah s.a.w. pada suatu hari tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya kesan perjalanan dan tidak ada seorangpun dari kalangan kami yang mengenalinya sehinggalah dia duduk di hadapan Nabi s.a.w. lalu menyandarkan lututnya kepada lutut Nabi s.a.w. dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pahanya seraya berkata, “Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam”. Nabi s.a.w. menjawab, “Islam itu adalah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan engkau mengerjakan haji di Baitillah jika engkau mampu pergi kepadanya.”. Orang itu berkata, engkau benar. Maka kami hairan terhadapnya, dia bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya lagi, “Ceritakan kepadaku tentang iman”. Nabi s.a.w. menjawab: “Iaitu engkau beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kemudian dan engkau beriman dengan ketentuan baik dan buruk (dari Allah)”. Dia berkata, “Benar engkau”. Dia bertanya lagi, “Ceritakan kepadaku tentang ihsan”. Nabi s.a.w. menjawab, “Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya dia melihat engkau”. Dia berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang kiamat”. Nabi s.a.w. menjawab, “Orang yang ditanya itu tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Dia berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya”. Nabi s.a.w. menjawab, “Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan bila mana engkau melihat orang-orang yang dahulunya berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin dan pengembala-pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan”. Sayyidina Umar r.a. berkata, “Kemudian orang itu pergi lalu aku tinggal beberapa lama kemudian Nabi s.a.w. berkata kepadaku, “Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Nabi s.a.w. berkata, “Sesungguhnya dia adalah Jibril, dia datang mengajarkan kamu agama kamu”. (Hadis riwayat Muslim)

*note: org arab ni dulu pengembala kambing

Read more...

Jom pakat beli Songket Ganu yg MURAH!!

>> Wednesday, December 3, 2008




Read more...

Jangan putarbelitkan FATWA...

>> Thursday, November 27, 2008

Yoga tanpa mentera Halal?


KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua pihak memahami intipati fatwa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan amalan yoga dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuat rakyat terkeliru. Perdana Menteri berkata, bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka.“Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan.


Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.Beliau diminta mengulas pelbagai pandangan dan kekeliruan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur mantera dan pemujaan. Perdana Menteri berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu berkecil hati mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu kerana ia adalah berkaitan dengan masyarakat Islam semata-mata.“Apa yang saya fahami daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu adalah untuk memberi penjelasan kepada umat Islam yang terlibat dalam senaman yoga,” katanya.


Abdullah berkata, beliau turut memahami bahawa keputusan untuk melaksanakan fatwa itu hanya akan dilaksanakan selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Pengumuman mengenai pengharaman yoga untuk umat Islam itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin pada Sabtu lepas. — Bernama


Ulasan :


1) Syukran Pak Lah atas nada tegas berkaitan bantahan sesetengah pihak terhadap keputusan MFK yang mengharamkan Yoga. Penegasan ini sekurang-kurang meredakan sedikit bahang bantahan lebih 50 NGO Liberal yang diketuai oleh Sisters In Islam dan Kroni-kroninya.


2) Tetapi Pak Lah juga masih keliru berkaitan senaman Yoga yg tidak menggunakan 'mantera'. Beliau mendakwa 'tidak diharamkan' kerana amalan berkenaan merupakan amalan fizikal yg membabawa kebaikan untuk kesihatan pengamalnya. Bagi saya, kenyataan ini mendatangkan kekeliruan dan perlu dibincang secara ilmiah agar semua pihak jelas dengan sesuatu hukum berkaitan. Isu yoga bukan sekadar kebergantungan kpd manteranya dan produk kesihatan, tetapi juzuk yang lain seperti latarbelakang amalan berkenaan, simbol, formasi kedudukan, meditasi, maksud asal dan tujuan lain perlu diambil kira. Saya dikhabarkan oleh seorang saudara dari India : para sami hindu yg mengamalkan yoga bertapa di dalam gua. Dan ulamak disana telah mentahzir umat Islam dari terlibat dgn Yoga. Manakala di Melbourne, terdapat sekumpulan aktivis yoga bertapa dgn melafazkan " Ooumm...Ooumm..oouumm.." Bukankah maksud hadis Nabi SAW berbunyi : "Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum (Bargsiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (kaum berkenaan).


Illahnya ialah : jika umat Islam tidak membaca mentera sekalipun tidak semestinya Yoga itu halal. Walau ada maksud yoga iaitu tujuan kesihatan. Ini kerana pengamalan yoga telah sinonim dgn sejarah keagamaan hindu, pertapaan hindu, formasi tertentu dewa-dewi hindu dan matlamat kebersatuan dgn Tuhan (dlm doktrin hindu) sesekali tidak boleh diakui dan diamalkan oleh penganut Islam.


Justeru, kandungan mantera sahaja bukan menggambarkan indikasi keseluruhan yoga. Dan hukum pula tidak diambil secara juziyyah sahaja. Maknanya, mantera dan amalan kesihatan bukanlah alasan untuk menghalalkan yoga. Saya kira Pak Lah dan awam masyarakat terbabas dalam masalah ini. Mereka nampaknya lupa dgn kaedah : 'Matlamat tidak menghalalkan cara'. Serta cuba memahami Yoga melalui pendekatan Liberal. Asal rasional...ia dilihat baik. Ketahuilah, inilah yang dikatakan Imam al-Syafi'ie : Manis tahsana faqad syarrak" (Barangsiapa yang menganggap baik sesuatu perkara (yang tidak jelas) dia sebenarnya telah meletakkan hukum syarak." Menghalalkan sesuatu yang jelas haram juga boleh dikatakan sebagai mubtadi' (pembuat bid'ah). Manakala amalan tersebut merupakan bid'ah dholalah (rekacipta yang sesat) kerana ia bukan dari Islam. Bahkan bertentangan dgn Islam. Oleh itu 'fatwa' Pak Lah tidak boleh dipakai sama sekali. Dan Umat Ini wajib menjauhi amalan yoga serta merta atas dasar iman dan taqwa. Semoga Allah menunjukkan kita ke jalan yang benar.


3) Islam sebuah agama yang lengkap dan sempurna. Ia menawarkan pelbagai produk utk kesihatan manusia samada dari sudut PQ, EQ, IQ dan SQ. Tetapi apabila manusia gagal memahami dan mengenali Islam dengan mata hati yang suci dan pendekatan yang baik. Maka pemahaman Islam mereka dicampuri dgn pelbagai unsur luar. Dan akhirnya terjebak dgn pelbagai amalan karut yang bertentangan dengan Islam itu sendiri dalam keadaan tidak sedar. Apabila sesuau hukum difatwakan mereka bangkit menentang Fatwa berkenaan. Tidak hairanlah, jika umat Islam sendiri yang cuba menentang ulamak & agensi Islam yang ingin memartabatkan Islam sbg ad-Deen. Allahu Allah.

Wallahua´lam

Read more...

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP