JOM HAFAZ QUR'AN

Perjalananku....

>> Tuesday, February 3, 2009

Salam rakan2..Setelah selesai da last paper sbentar tadi, maka tamatlah pembelajaran sy di University of Applied Science Karlsruhe slama tempoh 4tahun.. Skrg tiba pula masa sehingga Julai 09 utk terus berjuang, memerah otak dan mngembeling tenaga mnyiapkan Final Thesis di Daimler AG, Untertückheim.. Tema final thesis ini berkisar pada bahagian "Axles and Chasis" sbuah kenderaan Merz. Dan mmerlukan sy "weiterentwickeln des neuen Konzepts"..em,maksudnya construct idea baru utk dieorg la.. Dan insyaALLAH atas kpercayaan yg diberikan oleh pihak firma kpd sy, akan sy cuba laksanakan tugas ini dgn sbaik mgkin. Mohon doa dari kalian jua.amien.. Dan di sini dilampirkan sedikit gambar2 kenangan spanjang thn 2005 hgga 2008. Jazakumullah khairan kathira...

2008_1

2008_2

2007_1

2007_2

2006_1

2006_2

2005_1

2005_2

Read more...

Exam Terakhir di Bumi Jerman....

>> Sunday, February 1, 2009

InsyaAllah, pada hari selasa 03.02.09 sy akan menduduki exam terakhir di sini untuk meneruskan usaha menggapai cita2 memegang segulung Ijazah yang bergelar Diplom..Alhamdulillah, segala penat lelah dan usaha selama ini dimakbulkan oleh Allah swt. dan berdoa agar semuanya diberkati dan diredhai olehNya..amien..Dan semestinya pelbagai pengalaman suka duka telah berjaya sy tempuhi sepanjang bergelar pelajar di University of Applied Sciences Karlsruhe ini..Dan pengalaman paling perit dan pahit adalah....em...ha, bilamana sy pernah mengambil peperiksaan terbanyak di Sem. 5 iaitu sebanyak 13 Subjek tatkala pada tahun itu juga iaitu sesi 2007 saya diamanahkan utk memegang jawatan Presiden Persatuan Pelajar2 Msia di Jerman (MGSS). Dan Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur setelah hasil usaha dan tawakkal, semuanya dipermudahkan oleh Dia yg Maha Satu..Dan... pengalaman manis pula juga pada ketika itu dimana keputusan peperiksaan yg paling cemerlang sy pernah dapat juga di Semester 5...dan seterusnya berjaya menerima Sijil Kecemerlangan Akademik dari pihak JPA..Subhanallah...Dan bagi rakan2 di luar sana especially junior2 di bumi Jerman ini,teruskanlah berusaha sedaya upaya..Sesungguhnya Allah swt disamping orang yg selalu berusaha dan bertawakkal kpdNya...InsyaAllah...

Read more...

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W

>> Friday, January 30, 2009

Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW:

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Read more...

World tallest building



حديث الأول: عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : بينا نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثر السفر ولا يعرفه منا أحد حتى جلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأسند ركبتيه إلى ركبتيه ووضع كفيه على فخذية وقال : يا محمد أخبرني عن الإسلام قال : " الإسلام : أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا " . قال : صدقت . فعجبنا له يسأله ويصدقه . قال : فأخبرني عن الإيمان . قال : " أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره " . قال صدقت . قال : فأخبرني عن الإحسان . قال : " أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك " . قال : فأخبرني عن الساعة . قال : " ما المسؤول عنها بأعلم من السائل " . قال : فأخبرني عن أماراتها . قال : " أن تلد الأمة ربتها وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان " . قال : ثم انطلق فلبثت مليا ثم قال لي : " يا عمر أتدري من السائل " ؟ قلت : الله ورسوله أعلم . قال : " فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم " . رواه مسلم

Hadis yang pertama: Daripada Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a. katanya, “Ketika kami berada bersama Rasulullah s.a.w. pada suatu hari tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya kesan perjalanan dan tidak ada seorangpun dari kalangan kami yang mengenalinya sehinggalah dia duduk di hadapan Nabi s.a.w. lalu menyandarkan lututnya kepada lutut Nabi s.a.w. dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pahanya seraya berkata, “Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam”. Nabi s.a.w. menjawab, “Islam itu adalah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan engkau mengerjakan haji di Baitillah jika engkau mampu pergi kepadanya.”. Orang itu berkata, engkau benar. Maka kami hairan terhadapnya, dia bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya lagi, “Ceritakan kepadaku tentang iman”. Nabi s.a.w. menjawab: “Iaitu engkau beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kemudian dan engkau beriman dengan ketentuan baik dan buruk (dari Allah)”. Dia berkata, “Benar engkau”. Dia bertanya lagi, “Ceritakan kepadaku tentang ihsan”. Nabi s.a.w. menjawab, “Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya dia melihat engkau”. Dia berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang kiamat”. Nabi s.a.w. menjawab, “Orang yang ditanya itu tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Dia berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya”. Nabi s.a.w. menjawab, “Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan bila mana engkau melihat orang-orang yang dahulunya berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin dan pengembala-pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan”. Sayyidina Umar r.a. berkata, “Kemudian orang itu pergi lalu aku tinggal beberapa lama kemudian Nabi s.a.w. berkata kepadaku, “Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Nabi s.a.w. berkata, “Sesungguhnya dia adalah Jibril, dia datang mengajarkan kamu agama kamu”. (Hadis riwayat Muslim)

*note: org arab ni dulu pengembala kambing

Read more...

Jom pakat beli Songket Ganu yg MURAH!!

>> Wednesday, December 3, 2008




Read more...

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP