JOM HAFAZ QUR'AN

E-BOOK PERTAMA "RAHSIA CUTI DI PARIS" DILANCARKAN!!

>> Wednesday, April 18, 2012

Alhamdulillah, Syukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izinNya saya akhirnya dapat menyiapkan koleksi pertama E-Book yang LENGKAP untuk memudahkan para pelancong Malaysia yang akan ke Paris.

www.rahsiacutiparis.com

Tajuk E-book ini adalah "RAHSIA & PANDUAN STEP-BY-STEP BERCUTI DI PARIS SECARA PERSENDIRIAN & BERHEMAH".



E-Book ini dapat membantu anda semua untuk bercuti dengan lebih MUDAH, JIMAT dan LANCAR!!

Kesemua rahsia, panduan, tips dan info berguna telah saya sertakan dalam E-Book setebal hampir 140 m/s ini. Tidak ketinggalan juga, ada 3 Produk Bonus menanti 200 pembeli yang terawal!!

3 Produk Bonus:

Bonus #1: 68 Tempat Menarik di Paris - Sejarah & Panduan!


Bonus #2: KAMUS Ringkas English-French & Checklist Bercuti ke Paris!


Bonus #3: Peta Lengkap Kota Paris


Dan..Alhamdulillah, setakat ini E-Book saya ini mendapat response dan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk mendapatkan E-Book ini. Sila layari www.rahsiacutiparis.com dengan SEGERA!!

Terima Kasih.

E-Book yang akan menyusul adalah Rahsia Cuti Spain...

Wassalam.

ZUANG

Read more...

AKHIRNYA....

>> Sunday, February 12, 2012

Syukur Alhamdulillah,

Akhirnya dapat jua aku menyertai Seminar Pakar E-BOOK yang dianjurkan oleh Bro JaMaL di International Youth Centre, Cheras KL.



InshaAllah, hasil ilmu yang dapat bolehlah aku perbetulkan dan perkemaskan e-book yang sedang dihasilkan ini..

SAMA-SAMA NANTIKAN KEMUNCULAN E-BOOK PERTAMA DARIKU YA WAHAI TEMAN....

JENG JENG JENG.... :)

Semoga Allah SWT permudahkan segala apa yg akan aku lakukan ini..

Ameen...Ameen Ya Robbal 'Alameen..

ZUANG

Read more...

PROMOSI PRODUK KESELAMATAN!!

>> Monday, January 16, 2012

PROMOSI HEBAT SEMPENA KEMPEN 1RUMAH, 1SECURITY SYSTEM: TEMPAH SEKARANG UTK KELENGKAPAN RUMAH ANDA IAITU 2X INDOOR CCTV + 2X OUTDOOR CCTV + 1 ALARM SYSTEM DENGAN HARGA TOTAL HANYA RM1,990 SIAP PEMASANGAN!! BERMINAT, SILA PM ATAU HUBUNGI TALIAN HOTLINE KAMI! PROMOSI KHAS BAGI WARGA LEMBAH KLANG SAHAJA!!



DAN INI PULA LAIN-LAIN PRODUK MENARIK YANG DITAWARKAN OLEH PIHAK KAMI:



WASSALAM.

Read more...

ISLAM ITU INDAH...APA GOLONGAN ANDA??TUTUP AURAT ATAU DEDAH AURAT??

>> Saturday, December 31, 2011

AsSalam Warga Follower Blog ZUANG sekalian,

Pada entry kalini, saya nak sentuh sikit mengenai satu perkara yg amat penting kpd kita sebagai muslimin&muslimat sejati. Antara perkara yang sgt penting yg telah digariskan oleh agama kita, ISLAM adalah setiap wanita muslim diWAJIBkan utk sentiasa menutup aurat mereka, bukan utk mendedahkannya kpd khalayak semesta alam.

Dalam Qur'anul Karim, terdapat tidak kurang daripada tujuh ayat al-Quran yang membincangkan tentang wajib menutup aurat termasuk mengenakan tudung kepala. Empat daripada ayat tersebut terdapat dalam surah al-Ahzab dan tiga selebihnya terdapat dalam surah an-Nur.

Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat satu ungkapan al-Quran yang menjadi sambungan kepada ayat 31 daripada surah an-Nur tadi dan dianggap menjadi hujah yang paling kuat digunakan untuk membuktikan bahawa wanita wajib menutup kepala.

Sambungan ayat berkenaan bermaksud: ``Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.'' (An-Nur 24: 31).

Inilah salah satu kelebihan nas al-Quran yang dihujahkan untuk membuktikan bahawa wanita wajib memakai tudung berbanding untuk dihujah terhadap lelaki.

Jadi....Pada entry kalini, kita highlightkan mengenai isu menutup aurat dikalangan wanita dengan spesifik kita fokus kpd tanggungjawab seorg wanita muslimah utk memakai tudung/penutup kepala/jilbab.

Namun, dlm masyarakat moden akhir zaman kini kita lihat betapa ramainya golongan wanita terutamanya golongan muda masih 'BERAT' utk mengenakan tudung masing2.

Ada pula yg menjawab: "TAK SEMESTINYA YG PAKAI TUDUNG TU BAIK, DAN TAK SEMESTINYA YG XPAKAI TUDUNG TU JAHAT!!!" dia sambung lagi: "NAK PAKAI TUDUNG TU KENA IKHLAS KERANA ALLAH, JGN PAKAI TUDUNG SEBAB ORANG!!"

Maka, golongan yg berkata demikian sesungguhnya termasuk dlm golongan yg terAMAT rugi! Sebab mereka bukan saja JAHIL dlm berkata-kata, namun mereka juga JAHIL dlm hukum-hakam yg diperintahkan oleh Pencipta mereka sendiri, Allah SWT.

"YG XPAKAI TUDUNG TU SEMESTINYA TELAH BERDOSA, BERDOSA SBB INGKAR PERINTAH WAJIB ALLAH. YG PAKAI TUDUNG TU XSEMESTINYA BERDOSA,SBB MEREKA SEKURANG2NYA TELAH MENJALANKAN SEBAHAGIAN PERINTAH ALLAH'...

Pada cuti sekolah kali ni, ramai sanak-sedare sy, anak2 buah dtg bercuti di kmpg halaman. Dan mmg ramai ank2 buah dlm golongan HAWA. Tapi sejuk sungguh mata memandang, tengok budak2 ni main dlm rumah pon pakat pakai tudung...Tp adakah wanita di luar sana tu masih tidak malu dgn golongan si kecil ini???



Jadi...TEPUK DADA TANYA IMAN...

Sekian sahaja, Wallahua'lam.

Jumpa lagi inshaAllah.

-ZUANG-

Read more...

BANJIR KILAT DI KUALA LUMPUR!

>> Tuesday, December 13, 2011

AsSalam Wbr dan Salam Sejahtera Guys,

Semalam kita digemparkan dengan banjir kilat yg berlaku di Kuala Lumpur iaitu di Jalan Tun Razak, Jalan Lok Yew, Jalan Semarak dan Jalan Ipoh setelah hujan lebat tidak henti-henti selama HANYA 2 JAM!!



So....Salah siapa?? Pihak yang mana yang harus dipertanggungjawabkan atas peristiwa ini??

Ya, sememangnya semua ini adalah TAKDIR, QADA' dan QADAR dari Allah SWT tapi kita semua kena ingat bahawa..........

Sebenarnya kita semua yang perlu dipersalahkan...Sebab apa??

Sebab kita yg mencorakkan kehidupan kita dan apa yang akan berlaku disekitar kita..kan kan?? :)

Tapi di sini saya ingin highlightkan bahawa kes seperti ini perlu diambil berat oleh kerajaan yg memerintah...sejak dari dulu lagi...

Ok, cuba kita tengok contoh lain...bukan kes banjir lah, tapi kes kesesakan lalutintas a.k.a TRAFFIC JAM yang hebat melanda di bandaraya KL ini...Kita semua tahu dan dapat tengok yang kerajaan pandai nak buat jalan baru jer....mereka xfikir pun solution jangka masa yg panjang...nanti kalau dah asyik buat jalan baru, nanti last2 KL terus jadi stuck dek jalan yg berbelit-belit...Lagi banyak kereta atas jalan dan at last lagi JEM lah jalan dibuatnya.....

Adakah kita nak jadi mcm Beijing yg pada suatu ketika baru-baru ini, Traffic JEM terus berlaku sampai kenderaan stuck hampir seminggu atas jalan...xboleh gerak ke depan dan ke belakang...ish ish ish...



So, cubalah fikirkan solution yg lebih bagus utk tempoh yg panjang...contohnya, cuba upgradekan lagi PUBLIC TRANSPORT dari semasa ke semasa especially LRT, KOMUTER, MONORAIL dan sebagainya..Sekarang ramai xnak guna public transport, sebab dianya service pun ntah apa2 kan??

Dan begitulah juga kes macam BANJIR KILAT semalam tu, cuba fikirkan solution yang lebih efektif untuk diambil, jangan main buat jer..last2 satu ape pun xdpt solve the problem, malah buat bazir duit rakyat jer!!

Sama2 renungkan pada mereka yg bertanggungjawab..

CUBA SELAMATKAN NEGARA KITA ESPECIALLY BANDARAYA KL INI DARIPADA TERUS MENJADI BANDARAYA YANG PALING KOTOR, TIDAK PRODUKTIF, TIDAK EFISYEN, TIDAK MESRA PENGGUNA, KELAM-KABUT DAN SEBAGAINYA....

Renung-renungkan...

Wassalam Wbr

Ikhlas Coretan dari saya,

ZUANG

Read more...

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP