JOM HAFAZ QUR'AN

ISLAM ITU INDAH...APA GOLONGAN ANDA??TUTUP AURAT ATAU DEDAH AURAT??

>> Saturday, December 31, 2011

AsSalam Warga Follower Blog ZUANG sekalian,

Pada entry kalini, saya nak sentuh sikit mengenai satu perkara yg amat penting kpd kita sebagai muslimin&muslimat sejati. Antara perkara yang sgt penting yg telah digariskan oleh agama kita, ISLAM adalah setiap wanita muslim diWAJIBkan utk sentiasa menutup aurat mereka, bukan utk mendedahkannya kpd khalayak semesta alam.

Dalam Qur'anul Karim, terdapat tidak kurang daripada tujuh ayat al-Quran yang membincangkan tentang wajib menutup aurat termasuk mengenakan tudung kepala. Empat daripada ayat tersebut terdapat dalam surah al-Ahzab dan tiga selebihnya terdapat dalam surah an-Nur.

Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat satu ungkapan al-Quran yang menjadi sambungan kepada ayat 31 daripada surah an-Nur tadi dan dianggap menjadi hujah yang paling kuat digunakan untuk membuktikan bahawa wanita wajib menutup kepala.

Sambungan ayat berkenaan bermaksud: ``Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.'' (An-Nur 24: 31).

Inilah salah satu kelebihan nas al-Quran yang dihujahkan untuk membuktikan bahawa wanita wajib memakai tudung berbanding untuk dihujah terhadap lelaki.

Jadi....Pada entry kalini, kita highlightkan mengenai isu menutup aurat dikalangan wanita dengan spesifik kita fokus kpd tanggungjawab seorg wanita muslimah utk memakai tudung/penutup kepala/jilbab.

Namun, dlm masyarakat moden akhir zaman kini kita lihat betapa ramainya golongan wanita terutamanya golongan muda masih 'BERAT' utk mengenakan tudung masing2.

Ada pula yg menjawab: "TAK SEMESTINYA YG PAKAI TUDUNG TU BAIK, DAN TAK SEMESTINYA YG XPAKAI TUDUNG TU JAHAT!!!" dia sambung lagi: "NAK PAKAI TUDUNG TU KENA IKHLAS KERANA ALLAH, JGN PAKAI TUDUNG SEBAB ORANG!!"

Maka, golongan yg berkata demikian sesungguhnya termasuk dlm golongan yg terAMAT rugi! Sebab mereka bukan saja JAHIL dlm berkata-kata, namun mereka juga JAHIL dlm hukum-hakam yg diperintahkan oleh Pencipta mereka sendiri, Allah SWT.

"YG XPAKAI TUDUNG TU SEMESTINYA TELAH BERDOSA, BERDOSA SBB INGKAR PERINTAH WAJIB ALLAH. YG PAKAI TUDUNG TU XSEMESTINYA BERDOSA,SBB MEREKA SEKURANG2NYA TELAH MENJALANKAN SEBAHAGIAN PERINTAH ALLAH'...

Pada cuti sekolah kali ni, ramai sanak-sedare sy, anak2 buah dtg bercuti di kmpg halaman. Dan mmg ramai ank2 buah dlm golongan HAWA. Tapi sejuk sungguh mata memandang, tengok budak2 ni main dlm rumah pon pakat pakai tudung...Tp adakah wanita di luar sana tu masih tidak malu dgn golongan si kecil ini???



Jadi...TEPUK DADA TANYA IMAN...

Sekian sahaja, Wallahua'lam.

Jumpa lagi inshaAllah.

-ZUANG-

Read more...

BANJIR KILAT DI KUALA LUMPUR!

>> Tuesday, December 13, 2011

AsSalam Wbr dan Salam Sejahtera Guys,

Semalam kita digemparkan dengan banjir kilat yg berlaku di Kuala Lumpur iaitu di Jalan Tun Razak, Jalan Lok Yew, Jalan Semarak dan Jalan Ipoh setelah hujan lebat tidak henti-henti selama HANYA 2 JAM!!



So....Salah siapa?? Pihak yang mana yang harus dipertanggungjawabkan atas peristiwa ini??

Ya, sememangnya semua ini adalah TAKDIR, QADA' dan QADAR dari Allah SWT tapi kita semua kena ingat bahawa..........

Sebenarnya kita semua yang perlu dipersalahkan...Sebab apa??

Sebab kita yg mencorakkan kehidupan kita dan apa yang akan berlaku disekitar kita..kan kan?? :)

Tapi di sini saya ingin highlightkan bahawa kes seperti ini perlu diambil berat oleh kerajaan yg memerintah...sejak dari dulu lagi...

Ok, cuba kita tengok contoh lain...bukan kes banjir lah, tapi kes kesesakan lalutintas a.k.a TRAFFIC JAM yang hebat melanda di bandaraya KL ini...Kita semua tahu dan dapat tengok yang kerajaan pandai nak buat jalan baru jer....mereka xfikir pun solution jangka masa yg panjang...nanti kalau dah asyik buat jalan baru, nanti last2 KL terus jadi stuck dek jalan yg berbelit-belit...Lagi banyak kereta atas jalan dan at last lagi JEM lah jalan dibuatnya.....

Adakah kita nak jadi mcm Beijing yg pada suatu ketika baru-baru ini, Traffic JEM terus berlaku sampai kenderaan stuck hampir seminggu atas jalan...xboleh gerak ke depan dan ke belakang...ish ish ish...



So, cubalah fikirkan solution yg lebih bagus utk tempoh yg panjang...contohnya, cuba upgradekan lagi PUBLIC TRANSPORT dari semasa ke semasa especially LRT, KOMUTER, MONORAIL dan sebagainya..Sekarang ramai xnak guna public transport, sebab dianya service pun ntah apa2 kan??

Dan begitulah juga kes macam BANJIR KILAT semalam tu, cuba fikirkan solution yang lebih efektif untuk diambil, jangan main buat jer..last2 satu ape pun xdpt solve the problem, malah buat bazir duit rakyat jer!!

Sama2 renungkan pada mereka yg bertanggungjawab..

CUBA SELAMATKAN NEGARA KITA ESPECIALLY BANDARAYA KL INI DARIPADA TERUS MENJADI BANDARAYA YANG PALING KOTOR, TIDAK PRODUKTIF, TIDAK EFISYEN, TIDAK MESRA PENGGUNA, KELAM-KABUT DAN SEBAGAINYA....

Renung-renungkan...

Wassalam Wbr

Ikhlas Coretan dari saya,

ZUANG

Read more...

UCAPAN PRESIDEN UMNO vs PAS

>> Monday, December 5, 2011

Assalam Wbr Tuan/Puan Para Pembaca Sekalian,

Entry kali ini saya nak sentuh sedikit tentang isu politik semasa memandangkan semua tahu bahawa baru-baru ini baru saja selesai Perhimpunan Agung UMNO dan sedikit masa dahulu telah selesai Muktamar PAS yang menghimpunkan barisan kepimpinan dan wakil-wakil parti di seluruh negeri.

Apa yang saya nak highlight di sini adalah content, gaya dan hujah yang dibahaskan oleh para pemimpin tersebut.

Ternyata dan seperti biasa, pemimpin tertinggi UMNO telah berucap dan berhujah dengan diselangi pelbagai tohmahan dan percakapan yang ANGKUH sekali...Apa tidaknya, saya sendiri mengikuti ucapan yang telah disampaikan dan nyata sekali, prinsip yang diperjuangkan dan diterapkan oleh barisan kepimpinan UMNO nyata JAUH berbanding apa yang diucapkan dan dibahaskan.



Contohnya, pemimpin UMNO tersebut ada berkata: "UMNO akan terus memperjuangkan ISLAM dan membela nasib MELAYU dan jangan sesekali kita berpaling daripada parti kita yang tercinta ini sekiranya kita tidak mahu melihat zaman bangsat yang akan melanda..."

Persoalannya di sini:

Perjuangan ISLAM apa yg diperjuangkan oleh UMNO selama ini? Adakah ianya telah dicerminkan sendiri oleh saf kepimpinan mereka? Bersalam-salaman antara bukan mahram adalah perkara biasa dalam perjuangan mereka, Aktiviti-aktiviti / Konsert Hiburan berleluasa di bawah naungan mereka, Isu-isu korapsi, penyalahgunaan kuasa dan RASUAH xperlu diceritakan lagi...terlalu BANYAK berlaku dikalangan mereka....Dan...kata-kata yang dilontarkan menunjukkan seolah-olah beliau lah yang berkuasa menentukan kemakmuran, keamanan dan kemajuan di MALAYSIA selama ini...

JADI, ADAKAH INI DINAMAKAN PERJUANGAN BERLANDASKAN ISLAM YANG DITERAPKAN DALAM UMNO/BARISAN NASIONAL??

Sekarang, kita cuba bandingkan ucapan dan hujah disuarakan oleh Pemimpin Tertinggi PAS sedikit masa dahulu. Berpandukan pada nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis, hujah yang telah disampaikan ternyata membawa 1001 pengertian dalam diri semua muslim yang hadir dan yang mendengarnya. Sebagai insan/hamba ALLAH SWT yang LEMAH, Presiden PAS menekankan bahawa beliau diberi tanggungjawab untuk memimpin JEMAAH untuk terus berjuang menegakkan SYIAR dan AJARAN ISLAM untuk dipraktikkan secara menyeluruh di dalam negara MALAYSIA yang tercinta ini.



Rata-rata perwakilan Muktamar menyifatkan ucapan Tuan Guru Presiden sebaga satu ucapan yang menarik dan dapat mnyatukan sof dan merapatkan sof ahli dan penyokong, sekaligus meyakinkan jentera parti menhadapi pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yakin, dengan ucapan penutup Ustaz Hadi, akan memberikan kekuatan kepada para petugas PAS untuk turun ke gelanggang sebaik pulang ke kawasan masing-masing.

"Ucapan penutup oleh Tuan Guru Presiden PAS, ucapan yang sungguh menarik, melerai segala kekusutan dan kebimbangan.

"Doa yang cukup syahdu, khusyuk dan yakin menaikkan semangat para perwakilan dan pemerhati,"ujarnya.

Justeru belau mengajak seluruh pihak menyatukan sof dan rapatkan ukhuwwah bagi bersama-sama bekerja untuk Islam menghadapi musuh Umno dan Barisan Nasional.

DENGAN ENTRY KALI INI, DIHARAP KITA SEMUA DAPAT MENILAI DAN BERFIKIR WALAU SEJENAK TENTANG PRINSIP PERJUANGAN DAN AMALAN YANG DITERAPKAN OLEH PARA PEMIMPIN KITA KERANA IA AMAT MEMBERI KESAN YANG AMAT PENTING KE ATAS DIRI KITA SETIAP MASA....

INGATLAH, KITA BUKANNYA TUHAN ATAU MEMPUNYAI KUASA UNTUK MENENTUKAN JATUH BANGUN SEBUAH NEGARA, NAMUN KITA HANYA DIBERI KUDRAT DENGAN IZIN ALLAH SWT UNTUK MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB DALAM MEMBANGUNKAN SYIAR ISLAM DAN AGAMA ALLAH INI SEPANJANG MASA...USAHA TETAP DILAKUKAN UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA, MEMAKMURKAN NEGARA...TAPI INGAT, KESUDAHANNYA HANYALAH KEPADA ALLAH SWT SAHAJA KITA BERSERAH.....

Wallahua'lam.

Read more...

SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRAH

>> Friday, December 2, 2011

Assalam Semua,



ZUANG ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1433 Hijrah kepada semua pelawat blog ini. Moga-moga kita diberi peluang oleh Pencipta, Allah SWT untuk berHIJRAH ke arah kebaikan dari semasa ke semasa.

SEMOGA hari-hari yang mendatang akan jadi lebih baik untuk kita daripada hari-hari sebelum ini.

Again....SALAM MAAL HIJRAH 1433 H.

Wassalam Wbr dan Ikhlas Daripada,

ZUANG

Read more...

Kisah Benar: "Abang Tunggu Mak di Syurga...."

>> Wednesday, August 10, 2011

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.





8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah...

Read more...

JANGAN BAZIR DUIT RAKYAT!!

>> Tuesday, August 2, 2011

MELAKA, 2 Ogos: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Muhammad Aizat Baharuddin kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang dilihat ingin melakukan pembaziran yang besar mengenai pembelian tender nombor pendaftaran kenderaan kerajaan.

Aizat berkata maklumat pembelian tender nombor pendaftaran kereta itu diperoleh dari Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka yang menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

"Ianya melibatkan perbelanjaan tender nombor pendaftaraan kereta yang bernombor MCC 1 sehingga MCC 15.

"Bayangkan RM317,000 duit rakyat digunakan untuk tender nombor pendaftaran kereta, ianya tidak masuk akal dan ianya suatu pembaziran duit rakyat?" kata Aizat.



Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya dapat membezakan antara keperluan dan kehendak rakyat bukannya membelanjakan duit rakyat sesuka hati.

Katanya, pembelian nombor kenderaan langsung tidak memberi faedah kepada rakyat, lebih-lebih lagi ianya melibatkan kos yang besar.

Tambahnya, kerajaan perlu memikirkan nasib rakyat Melaka yang rata-rata hari ini masih belum berada pada taraf hidup yang memuaskan.

Menurutnya, masih ramai lagi di kawasan luar bandar di Melaka hidup miskin, buktinya dengan program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kerajaan negeri sendiri laksanakan ketika Pilihan Raya Kecil di Merlimau dahulu.

"Rakyat Melaka juga masih terbeban dengan kenaikan harga barang, dan baru-baru ini kerajaan negeri juga telah menaikkan tarif air sebanyak 20%," ujar Aizat lagi.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS Melaka menggesa agar kerajaan negeri membatalkan tender untuk mendapatkan nombor plat tersebut kerana ianya tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat, banyak lagi program-program yang menguntungkan rakyat boleh dilaksanakan dengan wang sejumlah RM317,000 tersebut.

Baru-baru kerajaan negeri menukar kereta rasmi kerajaan dari Proton Perdana kepada Nissan Teana.

Kemungkinan besar plat itu akan digunakan oleh kereta rasmi kerajaan tersebut.

Read more...

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP