JOM HAFAZ QUR'AN

TERENGGANU vs KL!

>> Monday, May 31, 2010

Salam rakan2,

Alhamdulillah, saye masih diberi peluang oleh Allah swt untuk masih bernafas di muka bumi Allah ini dan kembali bekerja setelah 4hari diberi kesempatan olehNya untuk balik ke kampung, bersama keluarga dan juga isteri.

Selama 4hari berada di kampung halaman, saye berkesempatan buat 1001 perkara. Bab bisnes pon ade, bab peribadi, sosial dan tidak lupa juga bab rohani..Semua ada..

Suasana di kampung mmg mcm biasa,tenang je..tidak sperti di KL yg sntiasa sibuk dan "serabut". So, saye nampak kurang la skit stress bg pekerja2 di terengganu compared to those yg bekerja di area KL ini..

Namun, persoalan yg ingin saye utarakan harini adalah bukan pasal pekerja2 tetapi actually berkenaan isu pendidikan utk anak2 di sekolah, suasananya di Terengganu dan KL.

Lets compare with each other.

Saye nampak pendidikan di Terengganu smestinya lebih tenang la berbanding di KL ni.. No wonder laa Terengganu dpt pegang negeri paling cemerlang dlm UPSR 9thn berturut2!

Point2 yg saye nampak boleh saye gambarkan seperti berikut. Ini adalah pandangan peribadi penulis, bukan tujuan mengutuk atau apa2..just menulis berdasarkan pemerhatian:

Di Terengganu:
>> Bangun pagi awal, udara nyaman..Lepas solat subuh, mandi dan pakai baju..Sarapan dah siap atas meja..Makan dan gerak ke skolah..ada yang naik van skolah, ramai juga naik beskal..Anak2 skolah boleh pulang awal ke rumah masing2 setelah penat dan abis belajar di Skolah. Ada yang naik beskal je ulang-alik dari skolah ke rumah masing2. Smpi di rumah waktu tengahari, mak masing2 dah siap2 buat LUNCH..mandi2, sembahyang..pastu LUNCH..then, boleh rehat2, sambil tgk TV ke..tidor ke..Petang, time asar bangun..Sembahyang, n boleh gi main..main bola dan sebagainya..Malam kebiasaannya baru anak2 tengok kerja skolah yg cikgu bagi.. Makan malam sama2 dgn mak ayah, adik2 yg lain..pastu sambung ulang-kaji pelajaran. Jam 10mlm, dah siap2 nak tido..coz esok still skolah..Ada yg boleh stay smpi jam 11 mlm..Keesokannya, jam 6 bangun..solat subuh dan terus ke skolah..rutin seperti biasa.....


Di Kuala Lumpur (Ibu Kota):
>> Anak2 skolah tunggu bas skolah dtg amik dieorg kat tepi jalan depan rumah masing2..masa tu jam kul 645pg. Mak ayah tgh kelam-kabut bersiap2 nak gi kerja. Ada kalanya xsempat sediakan sarapan utk anak2 dieorg ni. Sng cite: "Breakfast kat skolah nanti ye nak..."Balik skolah, jalan jem! So, anak2 ada yg stay back je kat skolah..balik ptg2 skit..coz malas nak pening kpala atas jalan yg bazirkan masa dieorg..tp yg balik juga, terpaksala merempuh JEM di jalanraya..balik rumah lewat..sampai badan dah penat melampau..ada yg terus tertido kepenatan..Tup2, zohor terlepas...coz sedar2 jam dah kul 5ptg. Baru la mandi, sembahyang dan makan..Ptg lak nak tgk TV dan main2..Malam buat kerja skolah, tapi mak ayah ajak makan kat luar coz xsempat masak..balik rumah, kerja skolah dibuat hingga selesai..then trus tido..tp mase tu,jam dah kul 1130mlm! Bangun pagi esoknya..rutin sperti biasa..


So, bile korang compare dengan 2 suasana di atas, saye rase tidak hairanlah di negeri sperti Terengganu, Kelantan dan Kedah selalu melahirkan pelajar CEMERLANG setiap kali keputusan peperiksaan besar diumumkan..Ada jugak yg datangnya dari ibu kote, tapi kebanyakannya belajar di Skolah2 ELIT dan ada yg tinggal di asrama! Jadi, cubalah kita cari solution yg terbaik utk kesejahteraan anak2 kita...

Pendapat diberi hanya pandangan peribadi ye..hehe..

MAJULAH PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK!!

Sekian.

Read more...

Hanya Allah SWT Yang Maha Esa, Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah...

>> Tuesday, May 25, 2010

Salam wbr,

Harini berita di akhbar tempatan menyiarkan dakwaan isteri Allahyarham "Abuya" tampil menceritakan kepada umum bahawa arwah mempunyai kuasa menjadikan tsunami..berikut adalah petikan berita tersebut:

‘Tsunami berlaku kehendak Abuya’

Hatijah dakwa Asaari ada ‘power’ angkat, terbangkan air lautan sebesar gunung

KUALA LUMPUR: Sebulan sebelum Asaari Muhammad atau Abuya meninggal dunia, isteri keduanya, Hatijah Aam, melancarkan buku tulisannya berjudul Tsunami: Bukti Abuya Putra Bani Tamim dengan mendakwa tsunami yang melanda Aceh pada 2004 adalah kehendak dan perintah Asaari.

Beliau turut mendakwa bekas pemimpin Al-Arqam itu akan mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Buku yang dilancarkan di Hotel Sultan, Jakarta pada 7 April lalu, mendapat kritikan keras Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan meminta kerajaan Indonesia mengharamkannya. Bagaimanapun, buku berkenaan tidak dipasarkan di negara ini dan hanya diedarkan kepada ahli saja.

Dalam buku 83 halaman itu, Hatijah mendakwa Asaari yang mengarahkan terjadinya tsunami dan meminta semua anggota bekas Al-Arqam keluar dari Aceh sebelum kejadian.

“Abuya Asaari itu ‘power’ yang mampu mengangkat air satu lautan sebesar gunung dan menerbangkan secepat kapal terbang Boeing ketika ketinggian 30,000 kaki iaitu 700km sejam. Senjata tsunami keajaiban ciptaan Abuya Asaari untuk memerangi orang yang gila berperang di Aceh agar kemudian tidak sanggup berperang lagi di bumi milik Abuya Asaari itu” tulis Hatijah dalam bab tiga buku itu.

Malah, bagi menggambarkan keajaiban Asaari, dalam bab empat berjudul Perang Penuh Keajaiban, Hatijah menceritakan satu keluarga terselamat daripada maut ketika tsunami dengan hanya menyebut nama Abuya.

“Diceritakan ketika saat air laut sampai ke tahap leher, anggota keluarga pegawai kesihatan Aceh, Rita Mutia, saling berpegangan tangan dan memohon ampun daripada Allah serta menjerit Mak, Ayah, tolong ,Ya Allah tolong! Ya Allah tolong! Bagaimanapun, abang Rita, iaitu Syeikh Mujiburrizal meminta Rita jangan meminta tolong kepada Allah melainkan kepada Abuya. Syeikh pun dengan lantang berteriak ‘Abuya tolong!’ dan Rita turut menjerit meminta pertolongan daripada Abuya”.
Hatijah mendakwa keluarga berkenaan terselamat daripada maut hanya dengan menjerit nama Abuya apabila sebuah kapal ikan yang dipandu pasukan penyelamat ghaib berada berhampiran mereka.

Dalam bab enam yang berjudul Betulkah Abuya Asaari Putra Bani Tamim, Hatijah menulis “Kerana mengaku dialah Putra Bani Tamim atau Putra Bani Hashim atau Satria Piningit itu. Dan dialah bakal Presiden Indonesia selepas ini”.

Buku yang turut dilancarkan di Bandung pada 23 April lalu, mendapat kritikan MUI Jawa Barat yang mengatakan tulisannya tidak masuk akal dan menyesatkan.

Setiausahanya, Rafani Akhyar, berkata, tiada sesiapa yang boleh mendatangkan tsunami atau sebarang bencana dan hanya Allah SWT yang mampu berbuat demikian.

Jadi tuan2, berfikirlah..sentiasa istighfar agar kita dijauhkan daripada perkara2 sebegini..Sentiasalah bertaubat dan selalulah ingat bahawa segala yg berlaku di langit dan bumi keseluruhannya adalah kuasa dari Allah, Tuhan Yang Maha Satu..Tuhan yang kekal abadi, tiada hidup dan tiada mati..

Renung2kanlah...

Wallahua'lam

Read more...

World Cup 2010 - South Africa

Emm..kali ni nak sembang pasal bola..

Frasa tersohor stiap kali menjelang aksi bolasepak dunia: "Makan bola, tidur bola, minum Coca-Cola" akan kembali pada tanggal 11Jun yg akan datang. Maka korang semua trmasuk sy sendiri mesti ada team masing2 utk disokong kan?


Emm..biasanya masa sy kat bangku skolah dulu2, sy ni penyokong kuat Team Italy, xtau laa nape..mgkin sbb saye minat gile dgn Filippo Inzaghi dan juge Fr. Totti.

Tp bile dah dewasa cam skang ni cam xbrape minat lak Team Italy..mgkin sbb dieorg ni main xla brape best sgt, mgkin sbb LUCK kot dieorg leh menang World Cup lepas..So, kali ni sy lebih suke team SPAIN, GERMANY dan juge ENGLAND. Moga2 dpt la tengok aksi menarik tahun ni dari team2 ni..

To fellows di tmpt kije, jgn lupe beli Alarm Clock yg besar skit..takot2 pahni ramai yg terlajak, dan ramai yg terpakse amik half-day stiap hari.huhuhu...

so...be prepared!

SELAMAT MENONTON!!

Read more...

Perihal Seorang Penggunting Rambut...

>> Friday, May 21, 2010

Pd pagi yg hening td, saya bgn tdo dan berasa rambut sy mcm serabut, kusut-masai dan rase cam xsmgt je tengok rambut sy ni...

Dengan itu, sy membuat 1 kputusan...

Sy call kwn, tanya kot2 dieorg tahu kedai gunting rambut melayu di area bangi,seksyen 3 atau berdekatan. Sebab yang ada di tempat sy ni, kedai gunting India..

Tapi semua jawab,dieorg hanya prasan kedai gunting dari golongan India je..aiseh.. Pelik gak, kenapa ramai India bukak kedai gunting? Mana perginya golongan Melayu kita?

Pastu sy try tanya abg sy pulak, kot2 die tahu..N die kate, kat Sungai Ramal Dalam ada kedai gunting rambut. Nama kedai tu cam melayu je..so,die suh sy try gi tengok!

Then,tanpa berlengah lagi...sy terus bersiap n men'drive kereta ke kedai gunting tersebut.

Sampai je, sy tengok kedai tu lengang..padehal tepi jalan.Di pintu kedai tu, tempampang board "BUKA". So maknanya ada orang laa kat dlm tu. Sy pon mem'parking kereta sy di tepi jalan bersebelahan kedai tersebut dan meng'lock kereta sy tersebut.

Sebelom masuk.."Assalamualaikum..." Sy bagi salam..

1-2 minit kemudian baru kedengaran swara org menyahut salam. "Alaikumsalam..masuk aa..duk dulu.."

Then,2-3 minit kemudian seorang lelaki umur dlm linkungan 30-an keluar, bersaiz badan sasa, bermuka..mak aii...garang je nampak..

Die bersuara pd sy: "Duk ah,nak gunting camne?"

Sy menjawab: "Gunting pendek dan kemas ye bang, bagi nampak sy makin smart..hehe"

Die keluarkan bunyi: "Emm.."

Terus menggunting rambutku dgn laju dan rakusnya...pahtu sy tgk,die cam nk potong botak je rmbut sy..kang main rakus je...sy pon mencelah: "Bang, jgn gunting botak lak..pendek dan kemas je..."

Dgn nada swara yg amat garau die menjawab: "Emm, duk diam-diam.."

Haha..slambe die je..die ingat sy ni budak kecik ke.suh duk diam2...ish ish ish..

Sy mencelah dan bertanya: "Bang, abg sorang je ke tukang gunting kat kedai ni? sebelah ni ade krusi kosong ni,siapa punya??"

Die dgn tensennya mnjawab: "Dulu ade budak muda kije same2, tp merajuk dah..xleh tinggikan swara sikit, xleh marah sikit..trus merajuk, xdtg2 dah..biase laa budak2 muda skrg ni,senang naik kepala..kije ikut suke die je..."

Dalam hati sy berkata2: "mmg patut pon budak kije die tu lari,xtahan..dgn aku sbgi pelanggan die pon, die layan garang giler, apatah lagi ngan anak buah die...sia2 aku pusing2 cari kedai gunting Melayu...aiseh.."

Bayar 8 hinggit, dan kemudian trus berlalu dari kedai tersebut dlm keadaan Rambut ala2 Tom Cruise..

Read more...

Kemaruk Umat Akhir Zaman..

Entry kali ni..sy nak sentuh sekali lagi pasal Umat Akhir Zaman. Sekarang kalo kite tengok, kat luar sane tu...ramai sgt kemaruk nak jadi artis, jadi penyanyi..Ada yg bertungkus-lumus datang dari kampung,pedalaman dan sbgainya semata2 nak kejar "cite-cite" n nak jadi "glamor" cam artis skrg.

Ade yg sanggup dtg dari jauh utk ujibakat program realiti (MentoS, Akademi FantaSial, One in a Milliong dll.), coz nk sgt jadi penyanyi..daftar awal2 pagi, beratur berkilometer panjang dan sampai ade yg dtg berkali-kali..kalo swara dah xsedap, kene reject..rela dieorg ni balik, praktis dan kembali utk ujibakat lagi.. kalo xterpilih lagi..terus praktis..kalo xterpilih lagi..trus..ade yg sanggup jumpe BOMOH, smata2 jampi dptkan swara merdu..Aaaaiiii, berat betol umat akhir zaman sekang..betol x?Seperti org ganung ckp : "Berat nanang sungguh manusie lening..."

Kalo pompuan lak, pakaian MasyaAllah...cam dah jadi artis...KETAT, SEKSI dan yg paling penting majoritinya mana ada PENUTUP KEPALA...isk isk isk..

Ada juge sy tgk, sampaikan MAK BAPAK pon bawak anak2,suruh anak2 dieorg jadi penyanyi!Ape punye MAK BAPAK la...Kalo heret anak2 ke kelas mengaji ke, fardhu ain ke, kelas fiqah ke logik la..Commonlaa MAK BAPAK, jgn sia2kan ZURIAT yg Allah bagi kat korang..DIDIKlah anak2mu itu dgn SEMPURNA..Sesungguhnya antara bekalan yg baik utk MAK BAPAK adalah anak2 yang SOLEH..Ingat tu...

Maka suke sy menyentuh berita dlm Harian Metro smlm, ada seorg gadis, sanggup gi jumpa BOMOH, mintak penawar, nk bagi swara die sedap cam Siti Nurhaliza.pergh....cam tu skali..sampai sanggup byr RM1k++ tuuu...ish ish..malang betol gadis ni..berita lanjut, lihat di: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PetuatirusuaraSiti/Article/index_html

Tapi cube kite berfikir..sejauh mana kite sanggup berkorban utk ISLAM? untuk Agama ALLAH SWT? Kalau ada majlis2 ilmu di surau...siap ada makan lagi tu..tiket free..xyah beratur panjang2...duk dan dengar je..dpt ILMU, dpt PAHALA..bekalan ke AKHIRAT kelak..tp ke mana kite pergi? ke...Shopping Complex hari2??ke...Cinema?Karaoke?Kelab Malam?dah laa semua ni keluar duit, memenatkan, malah silap gaya bertambah2 DOSA kite kumpul...tp, still ramai antara kita tergolong dlm golongan ini kan??TEPUK DADA TANYA SELERA..

Jadi, marilah sama2 MUHASABAH diri, tanya diri kite..adakah kita dah cukup sediakan BEKAL utk perjalanan NUN jauh di AKHIRAT kelak??Adakah cukup amalan kita nak beli TIKET masuk ke SYURGA Allah??

Maka..soalan tu perlu sentiasa dlm kepala fikiran kita..Jgn selalu ikutkan NAFSU dan keseronokan DUNIA semata2..Kembali ke jalan yg diredhai Allah...InsyaAllah sama2 diberi TAUFIQ dan HIDAYAH dariNya.Amien..

Wallahua'lam.

Read more...

Kerajaan 1Malaysia HALALkan Judi??

>> Wednesday, May 19, 2010

Semalam saya ada mendengar coretan berita di radio semasa dlm perjalanan ke tempat kerja. Beritanya berbunyi lebih kurang begini:

"Kerajaan negeri menyerbu dan menyaman premis "Judi HARAM" yang beroperasi tanpa PERMIT dan LESEN yang SAH...."

Jika kita warga MUSLIM yg beriman dan prihatin tentang Agama kita, ISLAM yg penuh dengan kesucian, apakah pendapat anda tentang perkara ini? Bukankah JUDI itu memaang dah HARAM? Adakah kita masih xnampak disebalik perkataan Judi tu mmg telah termaktub keHARAMannya oleh Allah swt?Oh....Rupe2nya perkataan HARAM itu sbenarnya telah dilabelkan sendiri oleh kerajaan 1Malaysia..Siapa yg xdpt Lesen dari mereka, maka HARAMlah operasi judi mereka dan premis perlu disita serta-merta manakalah mereka yg berjaya mendapat Lesen bolehlah beroperasi tanpa gangguan...iaitu dengan cara HALAL yg dilabelkan oleh Kerajaan 1Malaysia...

Maka..sekali lagi...Adakah kita yg melabelkan Malaysia ini sebagai negara ISLAM, boleh mengkategorikan aktiviti JUDI kepada HALAL dan HARAM? iaitu dengan kata lainnya, Pusat Judi yg beroperasi tanpa LESEN kerajaan adalah HARAM manakala pusat judi yang besar, yang tersohor pula berjaya dapat LESEN dan telah dikategorikan sebagai Pusat Judi HALAL bagi kerajaan 1Malaysia!!Apekah ini???

Beberapa minggu lepas sehingga kini kita kedengaran pelbagai protes tentang Kerajaan 1Malaysia kita telah meluluskan Judi dalam edisi bolasepak Piala Dunia kali ini. Maka judi ini telah dilabelkan sebagai Judi HALAL disisi Kerajaan 1Malaysia? Adakah disebabkan sogokan yang amat tinggi kepada kerajaan 1Malaysia oleh tauke Berjaya Corporation Berhad iaitu Tan Sri Vincent Tan telah melemahkan pemimpin kerajaan 1Malaysia ini seterusnya mengHALALkan judi yang sememangnya telah diSyarakkan sebagai HARAM di sisi Allah dan telah termaktub jelas di dalam Al-Quran tentang perkara ini?

Maka..tepuk dada tanya selera! Jika kita benar2 menghayati ISLAM, jangan sesekali membiarkan orang lain menjatuhkan MARUAH ISLAM di depan kita, tanpa kita tiada USAHA membanterasnya.....

SEDIHnya....

Wallahua'lam.

Read more...

Cuti-Cuti di Lembah Kelang..

>> Monday, May 17, 2010

Alhamdulillah, Jumaat lepas sehingga semalam (isnin) sy berkesempatan meluangkan mase bersama dgn isteri tersayang selama 4hari.

Memandangkan beliau dpt cuti 4hari setelah berjaya mghabiskan posting pertamanya selama 7bulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah K.Trg, beliau tlh m'buat keputusan utk bercuti di tmpt saye di area Lembah Kelang kali ini.

Maka...kami berjaye meluangkan masa bersame2..jalan2...shopping...main bowling...tgk wayang dan sbgainya..

Sabtu pon, beliau smpt menghadirkan diri bagi support kpd saye dan rakan2 TNBR yg lain utk berjuang dlm 1 tournament FUTSAL, kejohanan antara Pusat Penyelidikan Kajang/Bangi.

Alhamdulillah kami berjaya mghabiskan perjuangan hingga ke peringkat Semi Final..

Namun.. hasilnya: Dikejarkan ke Klinik Panel berhampiran oleh Organizer kerna mengalami Injured yg agak serius..Tp syukur tiada fractured leg dll.

Dptla MC 1hari semalam...hehehe..

P/S: Majulah Sukan Untuk Semua!

Read more...

Menyahut Seruan Azan...

>> Thursday, May 13, 2010

Semalam balik dari opis lewat coz hujan lebat..jalan lak konfem jem gile..so, lepak2 jap kat opis..dalam jam 640pm baru kluar dari opis balik ke rumah..

Jalan still jem nampaknye..tp agaknye kurang dari jam sbelom ni kot..so, saye memandu sperti biase pulang ke rumah di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Sampai ke kwsn perumahan seksyen 3..dalam pukul 705pm. Mase tu perut dah bunyi-bunyi, bagi signal yg saye ni tgh lapor gile...so, saye decide trus ke Restoren yg saye biasa makang berdekatan dgn rumah...

Kebiasaannya, rutin harian saye: Sampai umah dlm kul 630pm, pastu mandi2, pastu gi Surau solat magrib, then pas abis solat baru gi makang...

Namun, smlm ubah style sket..coz lapor gile. Kene trus gi makang kat Restoren biase kat rumah tu..

Then, saye pon order makang, menu: Nasik putih, Telur Darda', Tomyam dan Teh Ais.

Bile makanan saye dah siap, dieorg trus bawak makanan tersebut hantar ke meja saye...Suddenly, trus berkumandang AZAN Magrib dari SURAU yg terletak directly di depan Restoren tersebut..


Maka..saye angkat balik makanan2 tu, skali dgn teh ais...bagi kat die suruh simpan jap n tutup...jgn bagi lalat masuk..

Makcik restoren terpinge-pinge melihat aksi saye..mgkin die ingat makanan yg die sediakan tu ade sumthing ke, ade ulat ke, lipas ke, kala jengking dalam makanan tu..

Die bertanye: "Knape dik, ade ape2 ke????"

Saye dgn lemah mebut mnjawab : "Xde ape2 mokcik, nok suruh simpan makanan ni jap..sbb orang BANG, nok gi smayang dulu..baru makang.."

Saye melihat senyuman manis terukir dr makcik tersebut..Dan ade juge senyuman manis dari sepasang suami isteri yg tengah duk makang kat meja tepi saye duk tadi..

Saye ingin menunaikan kewajipan sebagai Muslim..Menyahut Seruan Azan..Berjuang mendapat keredhaan Allah...

Maka..Sebagai renungan bersama:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Dari Nabi saw., Baginda bersabda: Sesungguhnya syaitan, apabila mendengar azan untuk solat, ia berlari terkontang-kanting sampai tidak mendengarnya lagi. Ketika azan telah berhenti, ia kembali menghasut manusia. Apabila mendengar iqamat, ia pergi sampai tidak mendengarnya. Ketika iqamat telah berhenti, ia kembali menghasut lagi.

SEKIAN.

Read more...

Pengalaman Isteri seorang Doktor..

>> Wednesday, May 12, 2010

Salam rakan2..

Entry kali ni nak cite sikit serba sedikit pengalaman saye yg mpunyai isteri seorang Doktor...adalah sorang hamba Allah ni yg beria2 suruh saye cite pengalaman plg manis beristerikan seorang Doktor...maybe sebab die nak kawin ngan Doktor gak kot..atau maybe adik ppuan die nak jadi doktor..atau...mcm2 lagi laa mgkin sebab mengapa beliau beria2 suh saye cite pengalaman plg manis ada isteri sorang doktor..so,kalo korang ade pengalaman manis gak feel free laa share with us kat sini k...hehehe...

Ok,tanpa berlengah lagi lets start our journey..che wah...cam nak gi ke bulan laks..

K,pengalaman...em...pengalaman tu mmg banyak..tp stakat ni Alhamdulillah xde pengalaman yg saye xsuke atas alasan isteri saye sorang Doktor..Tp...tipu laa org kate, kalo saye langsung xde masalah dgn kerjaya isteri saye nih..em...k, ikhlas laa nak share..special for those yg mgkin akan jadi suami atau isteri kpd seorg Doktor.. U all kena ada sifat SABAR dan BERTIMBANG-RASA...thats all..

Kpd tuan2 yg mgkin xtahu, camne rupe seorang Doktor..cam ni rupenye ye:

Kite kene ingat..ape yg Allah aturkan utk kita di muka bumi ni adalah yg terbaik utk kite..mgkin skrg ni kite xnmpk..tp mgkin esok trus boleh nampak ape hikmahnye..tp mgkin smpi bile2 kite xnampak ape hikmahnye..tp percayalah..semuanya adalah tidak lain dan tidak bukan..just utk menguji tahap KEIMANAN kite kepada Allah Yang Maha Satu..Percayelah..

Jadi berbalik kpd kisah pengalaman saye sndiri..saye just share sikit demi sikit ye..kalo nak share srentak smua pngalaman manis yg bnyk2 tu...xjadi kije la plak saye kat opis ni...skang ni just relax...tulis blog dulu..sambil buat2 kije..hehe..

K, ada satu malam tu la kan..isteri saye xangkat2 phone...pelik gaks..patutnye die balik kul 6ptg coz die x oncall hari tersebut...Namun call punye call...dial punye dial..sampai malam..still xangkat2 phone..maka saye assumela..maybe die kene handle terlampau ramai patient kot...jadi..sabor je la..tggu je die call...

TIBE2...phone saye berdering...(Ringtone lagu Sujud dari Mawi&KRU)..Mase tu saye baru nak stat mimpi..dgn keadaan separuh sedarnye saye pick up phone..dan mendengar satu suara:

"Bang, amik yang bang..yang baru balik...baru sudoh..."

Rupe2nye isteri saye dah call..die baru slesai jalankan tggjawab die..saye pon dgn sepantas kilat trus mencapai segugus (betul ke penjodoh bilangan utk kunci segugus yer?lupe daa....) kunci di atas meja, dlm keadaan mamai2 lagi...tp bile smpi di kerete, time saye nk naik kete je..terpakse saye patah balik ke bilik sbb saye tersilap ambik kunci lain..dan kemudiannya saye menjenguk ke dinding, melihat jam kul brape pd mase tu..

MasyaAllah, kol 12.05tgh malam!! Dgn pantasnye saye trus men'drive kreta dan trus memecut laju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sbb jalan lengang, maka perjalanan sejauh 10km dari rumah saye hanye mengambil mase lebih kurang 5minit je utk saye sampai di depan Pintu Masuk HSNZ..Mase tu, saye nampak isteri saye dah menunggu ketibaan SUAMI tersayangnye...dgn keadaan yg AMAT LETIH..Dlm hati saye trus berkate2: "Kesiannya bini aku...cekalnye die jadi seorang Doktor...Bangganye aku ada bini mcm die..dll..."

Maka..dipendekkan cite..kami pun menyusuri jalan utk pulang ke rumah...mase tu, isteri saye dah tido keletihan..die sempat bagi salam mase naik kreta tadi jer..

Dan...akhirnya kami Selamat smpi di rumah..

Isteri saye trus masuk ke bilik kami...dan hanya buang White Coatnye itu..die trus minta izin utk tido..

Namun...sebelum saye tutup lampu..saye sempat bertanye spatah due:

"Yang, tadi ade kes mende yerk? Ade org accident ke? Kene bedah mayat ker?"

Dengan slambenye isteri aku sempat menjawab:

"Ye bang..tadi ade kes Mat Rempit Mati Accident..Pastu saye kene handle mayatnye..kene tutup usus die yg terkluar..kene balut kepala die,masukkan balik otak2 yg tersembur, kene..."

Tanpa sempat isteri aku menghabiskan citenye itu aku mencelah:

"errr, yang..lewat doh ning..tido neh..siang awok, mesti letih...em...awok xmboh mandi dulu ker?? hilangkan bau2 mayat tadi ke ape ke..hihi"

Die sempat menjawab dgn sopan:

"Yang mandi esok ye bang, ngantuk n penat sgt la..."

Dengan jawapan yg diberikan itu...saye trus tutup lampu. Dlm keadaan gelap itu, saye menampalkan diri saye di dinding, membaca doa, ayatul kursi dan pelabagai doa lagi...bacela sampai.....saye tido....

SEKIAN...

P/S: Kpd Doktor2 di luar sane...Saye sgt Respect u all..truskan bekerja..yg penting IKHLAS dan trus IKHLAS...kerana Allah...amien...

Read more...

Kesempatan berjumpa seorang JUTAWAN muda..

Semalam saya berkesempatan berjumpa dgn seorang jutawan muda..nama dirahsiakan..
Baru berusia 27thn, namun bile die join bisnes ni..after 8 months income die adalah : RM150k per month!!Dan..pakai lak kreta yg berharga 500k camni:



Smlm sembang punye sembang, tanye punye tanye...ape sebenarnye die buat smpi leh byk tu..then, die cite laa sikit2 history kat saye..rupe2nye dulu die pon mcm saye gak, seorang Mechanical Engineer yg kerja makan gaji sekitar RM3000 per month.

Namun disebabkan tdk mampu menanggung kos hidup di KL dgn hanya gaji sekitar RM3000, die trus nekad join bisnes ni..

Saye tanye lagi soal Syariah..kot2 bisnes yg die buat ni x comply dgn Syarak. Namun stelah penjelasan diberikan n bisnes ni mmg ada pemantauan dari Penasihat yg Beragama..lagipon bisnes ni mmg diasaskan oleh seorang anak melayu beragama ISLAM...maka saye puas hati dgn jawapan diberikan...DAN...Tanpa Segan Silunye...

Saya Terus Join!!

Hehe..Yg penting, USAHA...Utk pengetahuan rakan2 si jutawan muda tu dpt RM8k after 1 month join into this bisnes!Memandangkan saye ni xlah rajin sgt bab2 buat bisnes camni..jadi target saye insyaAllah side income utk next month mgkin dpt at least RM2k...

So,sape2 nak tahu pasal bisnes ni sile laa contact saye terus ye...

Rebut Peluang Selagi Ianya Ada di Depan Anda.

ZUANG

Read more...

Jasa Ibu...

>> Monday, May 10, 2010

Beberapa hari lepas, saya perhatikan ramai yg beria-ria menyambut Hari Ibu..Tp adakah kita sbgi muslim perlu menyambutnya? Ada sesetengah Ulamak n kebanyakannya mengHARAMkan kita menyambut hari Ibu seperti beberapa hari lepas..kerana ianya bercanggah dengan prinsip Islam. Ianya adalah dari barat yg ingin memperingati Ibu kepada "Tuhan" mereka...

Jadi kita sebagai anak, sebagai seorang Muslim..sebenarnya perlu menghargai jasa ibu kita..ibu yg mengandung kita sehingga 9 bulan, ibu yg sanggup berjaga malam mnjaga kita sejak kita kecil..ibu yg tdk pernah mengetahui penat-lelah utk memelihara kita, melayan 1001 karenah kita...jadi..sepatutnya tdk perlu utk memperingati dan mengenang jasa IBU kita, dengan hanya menyambut hari ibu sepertimana bangsa2 Barat sana menyambutnya..

Sepatutnya...Kita berdoalah utk Kesejahteraan Ibu kita setiap masa jika kita betol2 ingin mengenang jasa, membalas jasa ibu kita..Sesungguhnya jika ibu kita pergi meninggalkan kita suatu hari nanti, pastinya bekalan yg paling mulia yg dpt kita bagi kpd Ibu kita adalah dgn menjadi anak yg SOLEH, yg sntiasa mendoakan kesejahteraan Ibu..

Maka..sayangilah Ibu kita..jgn sesekali buat mereka kecil hati..

Semalam ada kes:

Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan. Ibunya yang nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai se...hinggakan wanita tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka. Malah, pasangan suami isteri itu mencerca dan meninggalkan wanita tua itu bersendirian setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian. Akhirnya, wanita tua berkenaan dibawa ke balai polis berdekatan oleh seorang peniaga yang berjaja di kawasan itu. Orang ramai yang menyaksikan drama ‘anak derhaka’ berkenaan, terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu sehingga ada yang merakam kejadian terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pasangan suami isteri itu di laman sosial, Facebook. Ia bertajuk ‘Kami benci pompuan gemuk dan suami dia yang maki mak dia di pusat komersial’
Source: http://www.rohaizad.com/2010/05/11/anak-derhaka/

Jadi..ambillah cerita ini sebagai IKTIBAR kepada kita..

Doakan Kesejahteraan Ibu kita SELALU...

Read more...

Umat Akhir Zaman...Renung-renungkanlah..

Salam wbr,

Pada entry kali ni, saya ingin mengupas isu-isu semasa yg berlaku di keliling kita..n isu yg paling membuat saya sentiasa menginsafi diri saya adalah mengenai Umat Akhir Zaman..Betapa teruk dan rosaknya umat akhir zaman ketika ini..Pernah Rasulullah bersabda; umat akhir zaman adalah seteruk malah lebih teruk sifatnya dari masyarakat jahiliah sebelum kedatangan baginda membawa kebenaran..

Saya bukanlah ingin mengatakan saya ni perfect, saya juga sperti rakan2..xlekang dgn buat dosa..namun saya cuba dari masa kesemasa utk memperbaiki diri..n bertaubat stiap masa..

Bila kita tengok keliling kita..adakah kita cuba kaitkan dengan diri kita sendiri?Adakah kita dah cukup baik n bersedia utk bawak seberapa banyak bekalan yg kita mampu utk ke Akhirat kelak?? Pastinya perjalanan ke arah sana adalah jauh dan tdk semudah perjalanan kita di dunia ini, dari 1destinasi ke destinasi yg lain..
Cuba kita tanya diri kita sendiri..Mengapa Kita dijadikan oleh Allah?? Adakah hanya utk bersuka-ria? Adakah hanya utk cari makan?? Utk enjoy semata-mata???

Maka marilah sama2 kita cube menginsafi diri kita sndiri..

Adakah kita mahu berjumpa dgn Rasulullah, Nabi Muhammad SAW??

Maka..ayuhlah rakan2..sama2 kita mengejar utk mencari sberapa bnyk bekalan utk ke Akhirat kelak..Sentiasa betaubat dgn apa yg telah kita kerjakan selama ini..mudah-mudahan taubat kita diterima oleh Allah swt, Pencipta sekalian Alam..

Jadi berbalik dgn topik tadi..cuba rakan2 tengok disekeliling kita..

Beberapa hari lepas, saya ada baca paper..

1) Seorang lelaki bunuh diri kerana tidak dpt bayar hutang n kesempitan wang utk hidup...

2) Seorang nenek dibunuh dgn kejam, disembelih dan ditikam..semuanya angkara Dadah..

3) Mayat bayi ditemui di Longgokan Sampah..dimakan ulat..

Nah, bila baca ketiga-tiga berita seperti di atas, apa yg kita rasakan? Xde ape? Buat xtau je? I don't care??
Jgn jadi org yg Tuli dan Buta seperti firman Allah di dalam Qur'anul Karim..Allah jadikan semua perkara diatas muka bumiNya ini adalah utk kita berfikir..kita terus beriman dan bertaqwa padaNya..

Maka..

Adakah dgn bunuh diri dpt selesaikan semua perkara yg berlaku atas bumi ini?Tidak sama sekali...Masalah anda yg jauh lebih berat baru bermula sbenarnya..

Adakah dengan membunuh manusia anda dpt lari dengan ketenangan? Adakah dengan mengambil dadah membuatkan anda berasa seronok?? Tidak.. Keseronokan itu hanyalah bersifat sementara shj.. Tidakkan anda ingin keseronokan yg Kekal Abadi nun di Syurga Allah kelak??

Adakah dengan membunuh dan membuang bayi yg tdk berdosa dpt menutup malu anda? Dpt selesaikan masalah anda?? Tidak..anda akan terima balasan atas perbuatan kejam anda itu..

Maka..berfikirlah..ayuhlah berfikir wahai semua..Kita dijadikan oleh Allah utk menjadi Insan yg beriman dan bertaqwa kepadaNya bukan mnusia yg tdk tahu erti bersyukur...

Mudah-mudahan kita dapat sama2 mengejar dan mencari bekalan utk ke perjalanan hari Akhirat yg amat jauh kelak...

Wallahua'lam.

Read more...

>> Saturday, May 8, 2010

Read more...

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP