JOM HAFAZ QUR'AN

Kerajaan 1Malaysia HALALkan Judi??

>> Wednesday, May 19, 2010

Semalam saya ada mendengar coretan berita di radio semasa dlm perjalanan ke tempat kerja. Beritanya berbunyi lebih kurang begini:

"Kerajaan negeri menyerbu dan menyaman premis "Judi HARAM" yang beroperasi tanpa PERMIT dan LESEN yang SAH...."

Jika kita warga MUSLIM yg beriman dan prihatin tentang Agama kita, ISLAM yg penuh dengan kesucian, apakah pendapat anda tentang perkara ini? Bukankah JUDI itu memaang dah HARAM? Adakah kita masih xnampak disebalik perkataan Judi tu mmg telah termaktub keHARAMannya oleh Allah swt?Oh....Rupe2nya perkataan HARAM itu sbenarnya telah dilabelkan sendiri oleh kerajaan 1Malaysia..Siapa yg xdpt Lesen dari mereka, maka HARAMlah operasi judi mereka dan premis perlu disita serta-merta manakalah mereka yg berjaya mendapat Lesen bolehlah beroperasi tanpa gangguan...iaitu dengan cara HALAL yg dilabelkan oleh Kerajaan 1Malaysia...

Maka..sekali lagi...Adakah kita yg melabelkan Malaysia ini sebagai negara ISLAM, boleh mengkategorikan aktiviti JUDI kepada HALAL dan HARAM? iaitu dengan kata lainnya, Pusat Judi yg beroperasi tanpa LESEN kerajaan adalah HARAM manakala pusat judi yang besar, yang tersohor pula berjaya dapat LESEN dan telah dikategorikan sebagai Pusat Judi HALAL bagi kerajaan 1Malaysia!!Apekah ini???

Beberapa minggu lepas sehingga kini kita kedengaran pelbagai protes tentang Kerajaan 1Malaysia kita telah meluluskan Judi dalam edisi bolasepak Piala Dunia kali ini. Maka judi ini telah dilabelkan sebagai Judi HALAL disisi Kerajaan 1Malaysia? Adakah disebabkan sogokan yang amat tinggi kepada kerajaan 1Malaysia oleh tauke Berjaya Corporation Berhad iaitu Tan Sri Vincent Tan telah melemahkan pemimpin kerajaan 1Malaysia ini seterusnya mengHALALkan judi yang sememangnya telah diSyarakkan sebagai HARAM di sisi Allah dan telah termaktub jelas di dalam Al-Quran tentang perkara ini?

Maka..tepuk dada tanya selera! Jika kita benar2 menghayati ISLAM, jangan sesekali membiarkan orang lain menjatuhkan MARUAH ISLAM di depan kita, tanpa kita tiada USAHA membanterasnya.....

SEDIHnya....

Wallahua'lam.

0 comments:

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP