JOM HAFAZ QUR'AN

Foto2 di hari PERKAHWINAN...

>> Tuesday, May 19, 2009

Salam rakan..di sini sy lampirkan sedikit gambar di hari perkahwinan kami.. xbrape banyak pon, sbb xsempat nak upload bnyk2...hehe..































Sekian...salam alaik...

Read more...

Kehidupan selepas KAHWIN...

>> Sunday, May 17, 2009

Alhamdulillah..skang selamat sudah sy mendirikan rumah tangga dgn isteri pilihan Tengku Balqis Tengku Azam. Semoga ikatan barakah rumahtangga kami diredhai dan kekal hingga ke syurga Allah.. ameen ya robbal alameen...

Read more...

KAD JEMPUTAN...

>> Friday, February 27, 2009

Salam alaik rakan2..Di sini dilampirkan Kad Jemputan Walimatul Urus dan juga peta ke kediaman saya...harap semua yg datang nanti x akan mengalami kesulitan dan slamat tiba...ameen...




Wassalam...

Read more...

~Walimatul Urus~

>> Tuesday, February 10, 2009


Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera

Saya mulakan entry pada kali ini dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah swt. atas segala kurnia dan limpahan rahmat yang tidak terhingga, yang dianugerahkan kepada saya, keluarga saya, sahabat-sahabat dan sesiapa jua dalam kita meniti hari-hari yang kita lalui saban hari. Adapun rasa syukur tersebut tidak setara dengan segala kurniaan yang telah dianugerahkanNya kepada kita. Mudah-mudahan segala apa yang kita perjuangkan dalam hidup kita ini; misi kita, cita-cita mahupun impian kita...tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untukNya..untuk mencari keberkatan dan keredhaan yang tidak ternilai harganya dariNya, Tuhan sekalian alam...

Dan...sehingga ke hari ini ramai yang sudah menduga, ramai yang sudah berbicara, ramai yang sudah mengagak-agak dengan pelbagai dugaan dan khabar angin.. Namun yang pasti, kembalinya saya ke pangkuan keluarga pada 2 Purnama yang mendatang, insyaAllah bukanlah sekadar untuk melepaskan rindu di hati, pulang ke desa melihat riak-riak air di muara, kembali menghirup udara nyaman di pinggiran pantai indah yang diselaputi pasir-pasir halus yang suci... serta ditambah lagi dengan sajian pandangan yang sungguh indah tatkala fajar menyinsing mahupun ketika sang mentari melabuhkan hari.. ini semua atas aturan dan kekuasaan Yang Maha Pencipta...untuk kita merenung akan kebesaranNya seterusnya berusaha menjadi hambaNya yang senantiasa bersyukur.....

Namun kembalinya saya ke tanah air pada kali ini, ketika sahabat-sahabat yang lain sedang bertarung menghabiskan sisa-sisa perjuangan di semester akhir. Saya pula dengan segala kedhaifan yang ada sedang merencana pula untuk membina sebuah keluarga seterusnya membuka lembaran baru dalam perjuangan hidup ini... Pastinya ia bukan keputusan yang mudah untuk dilakukan tetapi dengan penuh rasa tawakkal saya teruskan rencana tersebut dan pastinya saya cukup mendambakan doa dari kalian agar segala yang dirancangkan akan berjaya dilaksanakan. Walaupun dikira sangat awal untuk berkongsi dan memaklumkan berita gembira ini bersama kalian, namun saya mengambil jua langkah ini; antaranya adalah hasil permintaan dari kalangan kalian agar saya memaklumkan mereka dengan kadar segera untuk memudahkan mereka mencoret di dalam sisipan atur kalendar mereka, membuat persediaan, merancang beramai-ramai untuk cuba menghadirkan diri memeriahkan suasana disamping dapat menjamah gulai kampung terengganu hasil gotong royong sanak saudara..

Justeru, dengan penuh rasa merendah diri dan penuh takzim, saya menjemput semua sahabat-sahabat, yang mengenali diri ini, samaada rakan-rakan di bumi Jerman, sahabat-sahabat di INTEC, sahabat-sahabat di UTP, sahabat-sahabat di SMKA Sheikh Abdul Malek, SMK Sultan Sulaiman, SMKA Rantau Abang mahupun di SRK Sultan Sulaiman 2 dan Tadika Yayasan Islam serta siapa sahaja mengenali diri saya ini.. Termasuklah guru-guru yang pernah mendidik saya selama ini, saya dengan penuh hormat menjemput semuanya ke majlis kesyukuran sempena perkahwinan saya ini seperti yang tertera di kad jemputan di bawah.

Akhirnya saya sekali lagi memohon doa dari semua agar majlis aqad yang akan berlangsung pada 16 April 2009 (Khamis) di rumah pengantin perempuan dipenuhi barakah dan berjalan dengan lancar dan sebaiknya insyaAllah. Suka saya di sini untuk sama-sama kembali mengingati janji dan pernyataan yang pernah dikirimkan Allah melalui firmanNya yang bermaksud dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa dia menciptakan untuk kamu (wahai lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan” (surah Ar Rum ayat 21). Atas keyakinan itulah saya berdoa semoga hubungan suci ini dipenuhi barakah dan rahmat dariNya, InsyaAllah...

Sekian, jazakumullah khairan kathiraa…

PS: Talian saya di Malaysia, 013-9273837.

_____________________________________________

-Walimatul Urus-



Hj. Aziz Bin Hj. Mahmood
&
Hjh. Hasmah Binti Hj. Othman



Dengan segala hormatnya kami mempersilakan
Tengku / Engku / Dato / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
sekeluarga meraikan majlis perkahwinan putera kami


Mohd Azwan Bin Aziz


dengan

Tengku Balqis Binti Tengku Azam



Pada hari Sabtu, 18 April 2009 bersamaan 22 Rabiul Akhir 1430 Hijrah

Di kediaman kami beralamat:

Lot 588 Jalan Cempaka 16, Taman Perpindahan Tok Adis,
Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu


Semoga dengan kehadiran serta doa restu semua akan menyeri dan memeriahkan lagi
majlis kami dan diberkati Allah S.W.T. Insya-Allah.

Terima Kasih & Wassalam


Aturcara Majlis:
12.00 tgh – 6.00 ptg ~ Jamuan Makan
2.00 ptg ~ Majlis Sambut Menantu

Turut Mengundang:
Seisi Keluarga
Tel: 09-6170637,013-9273837,013-9484865

_____________________________________________

-Walimatul Urus-



Tengku Azam Bin Tengku Ngah
&
Tengku Halimah Binti Tengku Mohd



Dengan segala hormatnya kami mempersilakan

Tengku / Engku / Dato / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
sekeluarga meraikan majlis perkahwinan puteri kami


Tengku Balqis Binti Tengku Azam


dengan

Mohd Azwan Bin Aziz



Pada hari Jumaat, 17 April 2009 bersamaan 21 Rabiul Akhir 1430 Hijrah

Di kediaman kami beralamat:

2097 Kampung Kubang Parit,
20050 Kuala Terengganu, Terengganu


Semoga dengan kehadiran serta doa restu semua akan menyeri dan memeriahkan lagi
majlis kami dan diberkati Allah S.W.T. Insya-Allah.

Terima Kasih & Wassalam


Aturcara Majlis:
12.00 tgh – 6.00 ptg ~ Jamuan Makan
2.00 ptg ~ Majlis Persandingan

Turut Mengundang:
Seisi Keluarga
Tel: 09-6238116, 019-9840771

Read more...

Politik Malaysia..Jgn abaikan konsep "Hablum minaLLAH"

>> Monday, February 9, 2009

Salam rakan2..suke sekali lagi sy ingin mnyentuh isu politik semasa tanah air yg smakin hangat diperkatakan..Dalam dada2 akhbar sehingga dalam berita2 semasa, khususnya Buletin Utama TV3 yg disiarkan,trus dibangkitkan isu Karpal Singh dan mereka2 yg telah membuat knyataan secara langsung dan tdk langsung kpd Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Sehingga timbul kenyataan bahawa mereka ini telah MENDERHAKA kpd Duli Yang Mulia Sultan dan ini sterusnya menimbulkan pelbagai reaksi dan kemarahan rakyat2 Malaysia amnya dan org2 melayu khususnya..Ya, sy bukanlah setuju ape yg telah dibuat dan dinyatakan oleh Karpal Singh tersebut..dan sy bukanlah tak setuju apa yg telah dibangkitkan oleh rakyat2 terutamanya rakyat melayu ttg isu ini; sehingga mengadakan bantahan di seluruh negara, membuat laporan polis dan sbgainya bg mnyuarakan kemarahan mereka terhadap si PENDERHAKA tersebut..Malah, bg sy dia (Karpal Singh) tdk patut membuat knyataan sedemikian yg boleh menimbulkan huru-hara dan kemarahan rakyat malaysia kini yg menjunjung tggi institusi raja berpelembagaan. Bagi mereka, org seperti Karpal Singh ini tdk layak lg utk trus tinggal di tanah melayu ini dan patut sahaja dihukum iaitu dibuang negara..kerana telah menghina dan MENDERHAKA kepada Sultan/Raja..


Namun rakan2, perasan atau tidak.. kita smakin hari hanya manyanjung tinggi hubungan sesama makhluk, dan kadang2 sehingga melebihi apa yg lebih HAK iaitu Allah Azza Wajalla, Tuhan sekalian Alam.. Isu Derhaka sesama makhluk membuatkan kite semua cepat melenting, cepat melatah dan cepat menimbulkan kemarahan, sehingga sanggup mengadakan Demo jalanan dan bantahan ramai2 untuk bangkitkan kemarahan rakyat!


Namun...Isu Derhaka pada Allah swt, siapa sahaja yg melenting? siapa saja yg sanggup bermandikan peluh dan keringat demi mempertahankan Kalimat Allah swt? Konsep kita sekarang lebih mengamalkan konsep "Hablum minannas" semata2..yakni hbgn sesama mnusia dan makhluk..namun dimana konsep yg lebih utama iaitu hubungan kita kpd Yang Maha Pencipta, Allah swt?? Tiada pula kedengaran Demo2 jalanan berlaku untuk mempertahankan kesucian Allah swt dan penderhaka2 Allah swt kan? Tidak pernah kita dgr rakyat bangun berjuang, buat Demo besar2an membantah Kerajaan tidak memperjuangkan Hukum2 Allah swt contohnya..atau tidak mengharamkan konsert2 bebas yg menganjurkan keruntuhan moral yg menjadi2 dikalangan umat2 ISLAM khususnya..dan tiada pula kedengaran rakyat bersuara menghukum mereka yg telah DERHAKA kepada ALLAH swt.. Tiada kan? Tiada hukuman yg diputuskan utk org2 yg menderhaka kepada Allah dgn hukuman BUANG NEGERI atau NEGARA? Walhal, Bumi ini dan segala apa yg ada terkandung dalamnya adalah pinjaman dari Allah swt, nikmat sementara untuk kita untuk rasa bersyukur kpdNya dan menurut segala peintah serta meninggalkan segala laranganNya..Allah dah berfirman dalam Quran yg mafhumnya, bagi mereka yg tidak mengamalkan dan tidak menurut apa yg Allah perintah dan tdk pula meninggalkan sgala apa yg Allah larang, maka tiada hak bagi mereka utk duduk dan tinggal dalam bumi ciptaanNya ini...maka...inilah isu utama yg perlu kita perjuangkan,rakan2..jika isu derhaka pada Sultan/Raja semua boleh bangkit menentang, ini pula isu yg paling2 besar, isu aula' iaitu DERHAKA kepada ALLAH SWT..Dimana kita???


Mengapa jadi begini??Adakah semua perasan akan hal ini??


Ini semua tidak lain tidak bukan...atas konsep kerajaan ISLAM HADHARI, MELAYU BESTARI yg ada skrg ini; bagi mereka, tiada salah atas apa yg kerajaan buat sekarang..tiada salah pemimpin2 utama kerajaan bersalam-salaman dgn kaum hawa tanpa batasan..tiada salah amalan2 rasuah dan riba yg berlaku saban hari,ianya isu remeh yg perlu dijauhkan sbb akan merosakkan PARTI..dan..tiada salah hiburan2 melampau yg dianjurkan saban hari..


Jadi...cubalah renung2kan...jgnlah menjadi seperti umat yang hanya tahu berbuat baik sesama Manusia, tetapi kpd yg menciptakan manusia dan alam seluruhnya, kita cuma diam dan abaikan..


Wallahua'lam.



Read more...

Jom muhasabah diri sambil berpolitik..

>> Saturday, February 7, 2009

Assalamualaikum wbr,

Pada entry kali ni,buat pertama kali sy ingin mencoret sdikit tentang politik semasa di negara kesayangan kita, Malaysia...memandangkan keadaan politik semasa di tanah air yang sering hangat diperkatakan.. Sebelom itu..sama2lah kita panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah swt. atas kurniaan nikmat dan rahmat yg xterhingga kpd sy dan juga kpd rkn2 skalian..yg menjadikan bumi sbgai hamparan,dan yg menjadikan langit sbgi bumbung..dan yg mnjadikan antara kedua2nya sgala apa yg terkandung skecil2nya shinggalah sbesar2nya..untuk apa?tidak lain dan tidak bukan,hanya utk menguji umat mnusia utk menjadi hambaNya yg benar2 bersyukur di muka bumi ini..yg memegang panji2 ISLAM untuk dimartabatkan agar agama suci Allah ini sentiasa disanjung..maka dgn ini, marilah kita sm2 muhasabah diri kita, renung2kan sejenak fikiran kita..adakah kita telah melaksanakan segala perintah Allah dlm segala hal di atas muka bumi ini berlandaskan syariat dan hukum Allah..di samping kita menjauhkan diri kita dari segala apa yg Allah larang... atau kita masih tercari2 dan tergapai2 dalam urusan dunia semata2 yg penuh tipu helah dan melalaikan kita??Jadi,sama2lah kt muhasabahkan diri kita ini selagi kita diberi kesempatan..dan berazam utk berusaha menjadi hambaNya yg betol2 berjaya scara haqiqi...yakni berjaya d dunia dan berjaya d akhirat sana yg KEKAL ABADI..rebutlah peluang yg masih ada di atas muka bumi ini sbelom datangnya utusan Allah,yakni Malaikat Izrail utk mencabut roh kita,menandakan perjalanan dan tempoh ujian kita di alam dunia sudah TAMAT dan sebarang kekesalan dan pintu taubat pada ketika itu sudah tertutup rapat... Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata : „Haasibu anfusakum qobla antu haasabu“ yg bermaksud Hisablah diri kamu,sbelom kamu dihisab d depan Allah swt kelak...Jadi rakan2,ayuh kita berusaha mencari bekalan sbnyk2nya utk dibawa ke alam akhirat kelak..bekalan yg dimaksudkan adalah segala amalan kita terhadap Allah swt. Dan brgsiapa yg lalai dan tdk mnyediakan bekalan scukupnya, maka mereka adalah golongan yg rugi.. Saidina Abu Bakar r.a. pernah berkata; Barangsiapa yg masuk ke dlm kubur tanpa bekal, samalah seperti orang terjun ke dalam laut yg luas dan tergapai2 kelemasan. Maka jgnlah kita sesekali benarkan dunia ini menguasai kita, mghalang kita utk beramal dan mngumpul sberapa byk amalan utk diri kita...Janganlah terpedaya dgn tipu helah Syaitan Laknatullah utk ingkar akn sgala perintah Allah.. Brgsiapa yg tk beramal dan lalai d dunia, maka mereka telah memilih utk bersama2 dgn syaitan, daripada memilih utk bersama pasa solihin dan ahli2 syurga..Syaitan telah bersumpah di depan Allah, bahawa mereka akan mnyesatkan mnusia dgn pelbagai cara..sehingga hari Qiamat..sungguhpun ketika roh mnusia berada di saat2 akhir utk dipisahkan dari jasad..Maka dugaan ketika itulah yg amat2 besar..ketika itulah, mereka yg cukup amalannya,maka amalan mereka itu cukup utk selamatkan diri mereka..Adapun mereka yg ketika di dunia tdk beramal dan tdk mjalankan perintah Allah dgn baik, maka binasalah mereka itu bersama2 dgn syaitan laknatullah..Na’uzubillah.. Jadi sama2lah kita mncari bekalan amalan yg cukup utk diri kita sbelom MATI menjelma..Adapun umat mnusia akhir zaman skrg,amatlah tdk peduli dan tdk takut akan perihal ini..mereka sering buat maksiat, amalkan rasuah, tidak solat dll...Mereka hanya mnyangka MATI akan menjelma ketika mereka di lewat usia..maka pd ketika itulah mereka mahu bertaubat dan mereka mngatakan bahawa Allah Maha menerima taubat..Ya,betol bahawa Allah Maha menerima taubat dan Allah tetap ampunkan hamba2 yg dikehendakiNya,tetapi AWAS! Allah juga berhak utk tidak menerima taubat dan tidak mengampunkan sgala dosa kita jika Allah mahu..Sebab itu semua adalah urusan Allah yg Maha Satu..So, jgnlah kita begitu yakin yg kita smpt utk bertaubat dan sterusnya taubat kita itu dterima Allah dan jgn sesekali kita yakin yg kita ni diantara golongan „ man yashaa‘ “ yakni mereka yg terpilih...sperti yg difirman dalam Quranul Karim. Jadi rakan2 marilah kita sama2 memperjuangkan kalimat Suci Allah dgn mengamalkan segala apa yg dibawa oleh Rasul Junjungan kita, Muhammad SAW. Di mana nabi SAW pernah bersabda sbelom baginda wafat; „ Utk cemerlang dan selamat di dunia dan akhirat, maka kamu semua pelihara dan amalkanlah segala apa yg aku tinggalkan, yakni AlQuran dan Sunnahku..“ Jadi..marilah kita sama2 memartabatkan Islam, kembalikan Islam setinggi2nya..dan jadikan alQuran sbgi pegangan hidup kita haqiqi dan slama2nya..Sesungguhnya alQuran itu lengkap dlm segala hal, dari perkara2 besar hatta shingga perkara2 kecil dlm kehidupan harian kita..Pernah suatu ketika seorang wanita bertanyakan kepada Saidatina A’ishah r.a. „Cuba terangkan kepadaku ya A’ishah,bagaimanakah Akhlak Rasulullah?“ Maka A’isah mnjawab „Kaana Khuluquhu..alQuran..yakni: Akhlak baginda adalah Qur‘an“. Maka tidak hairanlah Nabi Muhammad SAW adalah manusia paling mulia dan sempurna di sisi Allah swt.
Jadi berbalik kepada perihal politik tanah air kita..dimana semua diantara kita tahu bahawa di sana terdapat 2pihak dominant iaitu Pakatan Rakyat dan jg Barisan Nasional. Dan BN merupakan kerajaan persekutuan pd ketika ini. Sekarang ini kita amat beratkan masalah derhaka pada Sultan/Raja atau dgn erti lain, derhaka antara makhluk..tetapi kita tdk ambil berat masalah yg lebih UTAMA iaitu derhaka pada Allah, Tuhan Pencipta sekalian makhluk?? Jgn kita lebih2kan yg kedua itu lebih daripada Allah, kerna ini mnunjukkan kita seakan2 ketepikan hak Allah swt…ingatlah semua…Jadi Golongan yg ingkar,yakni tdk mnjalankan perintah Allah setelah mereka beriman dikategorikan sbgi golongan yg DERHAKA kpd Allah swt, atau dgn kata lain golongan FASIK..Jadi suka sy utk mnyampaikan pendapat sy..juga hasil pembelajaran sedikit sbnyk dari kalangan ulamak2 di tanah air. Andaikata kita diberi pilihan utk memilih kerajaan, satu mempertahankan perlembagaan ciptaan manusia dan yg lagi satu memperjuangkan perlembgaan dan hukum ciptaan Allah, Pencipta Yang mnjadikan segala apa yg ada di atas muka bumi ini termasuk Yang menciptakan kita..Jadi pada ketika itu, semua tahu…dan semua stuju..juga menurut ijma’ Ulamak bahawa WAJIB ke atas kita utk mnyokong dan memilih mereka yg memperjuangkan Hukum Allah! Setahu saya konsep ISLAM Hadhari ataupon spatutnya dgn lebih tepat Hadharah Islamiah, rukun/prinsip pertama yg tertulis adalah melahirkan insan yg beriman dan bertaqwa. Ok..rukun yg amat dipuji oleh Syarak..tapi rakan2..adakah ini dipraktikkan dalam kerajaan pimpinan BN skrg?Adakah rukun yg ditulis itu adalah hiasan dan pemanis kata semata2? Cuba kita saksikan dgn mata kepala kita sendiri..Jika prinsip utk melahirkan mnusia yg beriman dan bertaqwa dipraktikkan, maka kenapa masih “menggila” hiburan2 luar batasan yg semestinya dilarang oleh Allah swt di Malaysia? Konsert2 dipersembahkan tanpa batas2, pertandingan realiti utk mencari bakat “penyanyi” bagai cendawan tumbuh slepas hujan…artis2 Malaysia diagung2kan..dan sbagainya.. ye, cuba lihat dalam televisyen2 kita di Msia..Apa yg selalu ditayangkan? Adakah Ulamak2, utk mnyampaikan mesej2 Islam? Hakikatnya skrg, artis2, konsert2, lakonan2 adalah tayangan unggul di negara kita…ini akan mnyesatkan umat mnusia yg smakin hari sudah smakin lupa dan lalai..Sepatutnya sbgi kerajaan yg memerintah, pemimpin2 wajib utk memastikan segala apa yg berlaku dan dijalankan dlm Negara pimpinan mereka mengamalkan konsep Dosa dan Pahala, bukan konsep utk Enjoy dan Mencari Keuntungan Wang Ringgit semata2! Namun itu sume hakikat..Jika Pemimpin pun xpandai dalam urusan ukhrawi,yg mementingkan kerjaya dunia dan professionalism smata2,maka mereka adalah dari glongan yang Zalim..seperti Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah: “Maka barangsiapa yang tidak menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini, maka mereka adalah dalam golongan yang zalim..” Jadi adakah kita mahu termasuk dlm golongan yang zalim yg diterangkan oleh Allah ini? Fikir2kanlah..
Maka di sini, Pemimpin memainkan peranan yg paling penting dlm sebuah kerajaan ISLAM. Jika Pemimpin yg kita pilih itu dari golongan yang jahil, maka kita sendiri akan terima Bala’ dari Allah swt. Ada yg bertanya; Malaysia sekarang sentiasa dlm keadaan aman damai, tiada malapetaka dan bencana alam yg dasyat..ini bermakna Allah swt meredhai dan apa yg kerajaan buat skrg adalah tidak terpesong dgn ajaran ISLAM! So, bagaimana pula kata2 oleh ulamak2; yang Malaysia akan terima bala’ dari Allah jika tidak jalankan hukum2 Allah? Untuk menjawab soklan ini, suka saya kongsikan skali lagi apakah prinsip ISLAM sbenarnya? ISLAM yg perlu dijalankan dalam setiap Negara ISLAM dan pada stiap diri Muslim ada 4 macam perkara, jika satu daripadanya tdk lngkp, maka ia tidak tergolong sbgi sbuah Negara ISLAM di sisi Allah Azza Wajalla dan dikira sbgai sesat.. Jadi apa 4 perkara itu? Perkara2 itu adalah IBADAT, MUAMALAT, MUNAKAHAT dan JENAYAH. Jadi di Malaysia, amalan ibadat secara Islam telah dipraktikkan. Begitu juga cara bermuamalat dan bernikah..semua telah dipraktikkan..namun, yg masih tidak dipraktikkan shingga kini adalah cuma hukum JENAYAH! Mengapa??Ada dikalangan pemimpin2 hanya berkata zaman dulu tak sama gn zaman skrg yg penuh dgn kemodenan..Astarfirullah..Awas,rakan2..jgn sesekali IMAN kita dicabut dan terlucut tanpa sedar hanya dgn ungkapan dan iktiqad sebegini! Jgn kita rasa, slagi kita percaya Allah itu adalah SATU dan Muhammad itu Rasullullah, IMAN kita tetap akan dipelihara dan kekal slama2nya..namun kita kena amalkan semua RUKUN2 Iman yg lain tuan2..Antaranya ialah Percaya pada Kitab2, Malaikat, Hari Berbangkit dan juga ketentuan Qada dan Qadar Allah..Jadi, percaya pada kitab2 ialah percaya akan semua isi Kitab2 yg pernah Allah turunkan kepada para Rasul termasuk Injil,Zabur, Taurat dan akhirnya dilengkapkan dan disempurnakan oleh ALQURAN.. Jadi jika kita berkata yg kita benar2 beriman pada Allah,maka kita WAJIB patuh dan ikut sgala apa yg terkandung dalam Quran, termasuklah Hukum2 HUDUD! Pernah sy mendengar kenyataan seorg pemimpin besar Malaysia skrg mngatakan dalam satu kempen pilihanraya baru2 ini; “Jangan kita sesekali terikut dgn isu HUDUD PAS itu..kita cuba berusaha utk yakinkan rakyat,dan sy yakin rakyat akan masih memilih kita..kerana kita telah buktikan bahawa kita dpt mnjanjikan pembangunan utk rakyat selama ini” Tuan2, apa pandagan tuan2 jika tuan2 mendengar ucapan sedemikian? Tuan2, HUDUD bukanlah ciptaan PAS, HUDUD adalah ciptaan Allah swt; “Tilka Hududallah”.. Maka jika pemimpin2 yg kita pilih itu dari kalangan pemimpin2 yg JAHIL, maka tdk hairanlah Malaysia sehingga kini masih mempertahankan sistem kehakiman ciptaan manusia tanpa berusaha membetulkannya..dan ada sebilangan besar dipengaruhi oleh Barat! Jadi..bolehlaa kita labelkan kerajaan yg tidak berusaha utk kearah memperjuangkan 1 daripada hukum Allah ini adalah kerajaan yg ZALIM..jgn marah jika ada antara saudara yg xberpuas hati kepada saya hasil coretan sy kali ini..tp ini adalah BENAR.. Sy ssekali tdk takut utk mengatakan sdemikian kerna Allah sendiri berfirman dlm Quran sperti di atas tadi..Dan..jika 3 daripada 4 perkara hukum sahaja yg dijalankan di Malaysia sambil dlm ms yg sama menolak 1 hukum Allah, cthnya hukum Hudud ini..Maka tidak hairanlah sy boleh katakan kerajaan Malaysia yg ada skrg ini adalah kerajaan TIGA SUKU.
Saya tidak mengatakan bahawa Parti PAS adalah perfect, rakan2..sy cuma ingin mengajak kita semua berfikir perbezaan dari segi dasar yg diperjuangkan oleh masing2..Yang mana yg BATIL dan yg mana yang HAK..Maka apa yg lebih slamat utk kita? Memilih Kerajaan dari kalangan Pemimpin yg JAHIL, atau memilih Kerajaan dari kalangan Pimpinan ULAMAK??Cuba renung2kan…
Jika Pemimpin2 itu dari kalangan mereka yg benar dan beriman, maka tiadalah timbul isu RASUAH diantara mereka...kerana Pemimpin2 itu sendiri FAHAM akan konsep Dosa dan Pahala, dan ssungguhnya SOLAT mereka telah berjaya menjaga mereka dari melakukan sbrg jenayah disisi Allah, cthnya RASUAH tersebut..kerana apa?keran SOLAT mereka itu HIDUP dan mempunyai ROH, seperti firman Allah yg bermaksud “Adapun Solat dpt mencegah kita dari perkara2 keji dan mungkar” Dan jika dari kalangan pemimpin itu selalu kita gr dgn isu RASUAH, maka adakah mereka itu tidak dpt menjaga SOLAT mereka atau….mereka tidak SOLAT??Wallahua’lam.
Jadi konsep bala’ yg ditimbulkan oleh sedara yg bertanya sebelom ini menampakkan bahawa dia masih lagi tdk faham akan ISLAM dan masih lagi tdk tahu byk pasal Agama Allah ini.. Allah swt skrg telahpun menurunkan bala’ kpd kita semua skrg, tetapi yg kbanyakan org faham, bala’ banjir dan sbginya..tp bala’ yg dimaksudkan adalah antaranya keruntuhan moral dan akhlak yg menjadi2..anak2 muda makin bebas berzina, minum arak dan sbginya..anak2 skrg tdk takut lagi utk menderhaka pada ibu bapa mereka..anak2 luar nikah smakin hari smakin bnyk dilaporkan dalam media saban hari, tatkala kes2 bunuh dan dadah sering heboh di perkatakan dalam media..tatapi…ramai yg xsedar..xsedar sbb mereka semua tidak faham dan tdk mahu menerima ISLAM scara keseluruhannya! Jadi…itulah bala’ sebenar yg besar yg sdg melanda Negara tercinta kita sekarang ini..jika kita buat2 xsedar dan tidak endah akan hal ini, maka tdk hairanlah suatu hari nanti hampir semua umat manusia adalah termasuk dlm golongan Yakju’ dan Makju’. Maka berbaliklah pada ISLAM keseluruhannya..
Jadi..setakat ini sahajalah coretan saya pada kali ini..diharap apa yg disampaikan boleh membuat kita berfikir dan muhasabah diri kita..Apa yg benar dan bagus itu dtgnya dari Allah, dan ape yg buruk itu juga dtgnya dari Allah tetapi dizahirkan keatas diri sy yg serba kedhoifan ini..
Harap Komen dan Pendapat dari rakan2 sekalian utk kita berbahas…sekian.

Jazakumullah khairan kathira

Read more...

DEMI MASA...

>> Thursday, February 5, 2009

Wal ‘Ashr: Pengurusan Masa Dalam Islam.
(Hafiz Firdaus Abdullah)
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3).
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:
1. Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.
2. Melaksanakan amal shalih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.
3. Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.
4. Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.
Saya yakin para pembaca sekalian telah menghafal dan mengetahui maksud tiga ayat al-Qur’an di atas sejak dari kecil. Akan tetapi timbul satu cabaran hebat: Masa! Tidak cukup masa untuk melaksanakan keempat-empat tuntutan dalam ayat tersebut. Mengapakah Allah Subhanahu wa Ta'ala bersumpah dengan masa padahal tuntutan-tuntutan yang disebut-Nya selepas sumpahan tersebut amat sukar dicapai kerana keterbatasan masa?
Sebenarnya apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala mengaitkannya dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi.
Melalui tulisan ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang bagaimana mengurus masa secara efisyen. Ia amat mudah, hanya terdiri dari lima langkah. Ia amat ringkas, hanya memerlukan lima belas minit dari masa anda. Akan tetapi ia amat penting, penentu sama ada anda menjadi orang yang beruntung atau rugi.
Langkah # 1: Menyedari Bahawa Masa Adalah Tetap.
Berhenti sekejap dan lihat kepada jam anda. Sama ada jam tangan, jam talifon bimbit atau jam di dinding. Sama ada jam yang menggunakan jarum atau angka digital. Terdapat pelbagai jenis jam dan pelbagai jenis reka bentuk, dengan kepelbagaian yang tidak mampu kita hitung. Akan tetapi dalam kepelbagaian tersebut, terdapat sesuatu yang sama, sesuatu yang tetap. Iaitu, 60 saat = 1 minit, 60 minit = 1 jam dan 24 jam = 1 hari.
Formula di atas tidak dapat diubah atau diperlahankan. Kita tidak boleh mengubah agar dalam satu hari ada 30 jam. Kita tidak boleh memperlahankan agar 100 saat menjadi satu minit. Ringkasnya, masa adalah sesuatu yang tetap. Lalu bagaimanakah kita hendak melebihkan masa supaya dapat mencapai keempat-empat tuntutan dari surah al-‘Ashr?
Jawapannya, kita tidak boleh melebihkan masa kerana ia adalah tetap. Sebaliknya kita boleh ubah perkara-perkara yang kita lakukan kerana ia tidak tetap. Salah satu sebab utama orang menghadapi masalah keterbatasan masa ialah kerana mereka melakukan terlalu banyak perkara. Sikap inilah yang perlu diubah, dari melakukan banyak perkara kepada melakukan hanya beberapa perkara.
Sebagai contoh, seorang pelajar pusat pengajian tinggi mungkin melakukan perkara-perkara berikut sehingga menghadapi keterbatasan masa:
1. Belajar jurusan yang diambil.
2. Menyertai sesi latihan Kick Boxing setiap petang, dua kali seminggu.
3. Menyertai kelab bahasa Inggeris.
4. Menyertai pasukan sukarelawan menziarahi rumah orang kurang upaya setiap hari Ahad.
5. Ahli panel rekabentuk grafik untuk risalah bulanan fakulti yang diterbitkan setiap bulan.
6. Bermain untuk pasukan badminton asrama.
7. Menghadiri kuliah-kuliah agama yang dianjurkan oleh masjid di kampus setiap hari.
8. Menganjurkan usrah untuk pelajar-pelajar yang baru masuk ke kampus setiap malam Jumaat.
9. Menjadi wakil penjual kad tambah nilai talifon bimbit untuk syarikat 015-xxx xxxx.
Perkara-perkara di atas hendaklah diubah dan dikurangkan, umpama:
1. Memberi tumpuan menuntut ilmu agama.
2. Memberi tumpuan kepada jurusan yang diambil.
3. Memberi perhatian kepada hal-ehwal ibubapa di kampung.
4. Menyertai hanya satu aktiviti sukarelawan di kampus.
Kenyataan saya di atas mungkin memeranjatkan. Bukankah lagi banyak yang dilakukan, lebih baik dan berjaya seseorang itu? Saya berkata, kenyataan tersebut sekali pun masyhur, perlu dipertimbangkan semula. Banyak tidak semestinya berjaya, sedikit tidak semestinya gagal.
Ingat! Masa adalah tetap. Melakukan banyak perkara dalam masa yang tetap menyebabkan perkara-perkara yang dilakukan tidak mencapai kualiti yang terbaik. Malah adakalanya cukup syarat sahaja. Semua ini akhirnya melahirkan perasaan tidak puas hati, kekecewaan dan kehilangan motivasi. Sebaliknya melakukan beberapa perkara dalam masa yang tetap menyebabkan perkara-perkara yang dilakukan mencapai kualiti yang baik. Ini akhirnya melahirkan perasaan kesyukuran, puas hati dan motivasi untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.
Langkah # 2: Fokus Dan Prioriti, Bukan Rambang Dan Suka Hati.
Sebab kedua yang menyebabkan keterbatasan masa adalah sikap melakukan perkara-perkara secara rambang dan suka hati, tidak secara fokus dan berprioriti. Ditegaskan bahawa individu muslim yang berjaya bukanlah seorang yang melakukan banyak perkara, tetapi adalah seorang yang melakukan beberapa perkara dan dia melakukannya secara fokus dan berprioriti.
Fokus maksudnya memberi tumpuan kepada sesuatu perkara secara mendalam sehingga menguasainya secara luas. Prioriti maksudnya menimbang sesuatu perkara, sama ada patut didahulukan atau dikemudiankan, sama ada patut dipertamakan atau diletakkan di tangga kedua, ketiga dan seterusnya.
Sebagai contoh, menuntut ilmu agama hendaklah difokuskan kepada aqidah kerana aqidah yang sahih lagi kukuh menjamin kejayaan seorang muslim di dunia dan akhirat. Menuntut ilmu agama hendaklah diberi prioriti kerana seseorang yang memahami Islam secara benar akan menjadi individu yang berjaya, bukan sahaja dari sudut agama tetapi juga dari sudut pembelajaran, kerjaya dan motivasi diri.
Memberi fokus dan prioriti kerana ilmu agama tidak bererti mengabaikan ilmu duniawi. Seorang muslim yang memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh serta kefahaman Islam yang benar akan mengetahui bahawa Islam amat menuntut agar dia menjadi seorang yang profesional dalam urusan duniawi. Dia mengetahui firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَقُلْ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ.
Dan katakanlah: “Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu amalkan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia (Allah) akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah amalkan.” [al-Taubah 9:105]
Dia mengetahui sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلاً أَنْ يُتْقِنَهُ.
Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihi jika seseorang itu beramal, dia beramal dengan cemerlang.2
Firman Allah yang bermaksud “Beramallah kamu…” adalah fi‘il amr yang berupa satu perintah. Ini menunjukkan kewajipan untuk kita beramal. Sementara perkataan “amal” bukanlah terhad kepada solat, puasa dan zikir tetapi meliputi semua aktiviti yang selari dengan Islam termasuk menuntut ilmu duniawi dan berkerja dalam jurusan duniawi. Sesiapa yang berpendapat perkataan amal hanyalah solat, puasa dan zikir, bererti dia masih berpegang kepada kefahaman sekularisme yang memisahkan antara agama dan dunia.
Menyentuh tentang sekularisme, fahaman ini telah banyak mempengaruhi umat Islam pada masa kini. Di satu sudut kita akan temui orang yang hanya memberi tumpuan kepada agama hingga mengabaikan dunia. Di sudut yang lain kita temui pula orang yang hanya memberi tumpuan kepada dunia sehingga mengabaikan agama. Amat sedikit untuk ditemui orang yang memberi tumpuan kepada agama dan dunia sehingga mencapai kecemerlangan dalam kedua-duanya.
Seterusnya amal tersebut kita lakukan sebaik mungkin, sesempurna mungkin. Ini kerana dari sudut aqidah, kita mengetahui bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat apa yang kita lakukan. Seolah-olah, Allah dan Rasulullah hadir mengawasi apa yang sedang kita lakukan. Kemudian di Hari Akhirat kelak …(Allah) akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah amalkan.” Sudah tentu semua ini akan menyebabkan kita malu untuk melakukannya secara enteng atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya kita akan melakukannya sesempurna mungkin kerana: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihi jika seseorang itu beramal, dia beramal dengan cemerlang.”
Oleh itu, langkah kedua dalam mengurus masa ialah memberi fokus dan prioriti dalam beberapa perkara yang dilakukan sehingga setiap detikan saat memiliki nilai dan manfaat. Keberadaan masa yang sentiasa tetap menyebabkan kita tidak mampu untuk mensia-siakannya dengan sikap yang rambang dan suka hati.
Langkah # 3: Menyedari Bahawa Masa Tidak Menunggu Sesiapa.
Sekali lagi saya ingin meminta para pembaca merenung kepada jam. Perhatikan bahawa ia sentiasa bergerak. Jika ia terhenti kerana kehabisan bateri atau kerana anda menghentikannya, jam-jam yang lain tetap bergerak. Semua ini mengarah kepada satu kesedaran yang amat penting, iaitu masa tidak menunggu sesiapa.
Saya yakin semua orang tahu akan hakikat ini. Akan tetapi kadangkala kita melakukan perkara-perkara yang memberi gambaran seolah-olah masa menunggu kita. Seolah-olah masa berhenti sementara bagi membolehkan kita melakukan perkara-perkara tersebut. Apakah perkara-perkara yang saya maksudkan itu? Berikut saya kemukakan beberapa contoh:
1. Menyambung tidur selepas solat Subuh pada hari cuti. Jika hari Isnin hingga Jumaat bangun pukul 5.45 pagi, solat Subuh berjamaah dan terus ke kuliah atau pejabat, maka pada hari cuti bangun dilewatkan hingga pukul 8 atau 9 pagi. Ada juga yang melanjutkannya hingga siang hari.
2. Meluangkan masa antara 1 hingga 2 jam membaca surat khabar.
3. Menonton orang lain bersukan, seperti menonton perlawanan bola sepak, futsal, hoki, tenis dan sebagainya.
4. Beriktikaf di hadapan kaca TV, purata antara 1 hingga 3 jam setiap hari.
5. Keluar makan bersama rakan-rakan dengan tempoh yang lama, purata antara 1 hingga 2 jam.
Contoh-contoh di atas adalah segelintir dari sekian banyak perkara yang kita lakukan yang sebenarnya merupakan satu kesia-siaan masa. Istilah seerti baginya ialah pembaziran masa dan pembaziran, sama ada melibatkan masa, wang, kesihatan, pemikiran dan perbuatan, adalah suatu tindakan yang tidak sepatutnya menjadi ciri-ciri seorang muslim. Ini kerana:
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ.
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan. [al-Isra’ 17:27]
Di sini saya tidak bermaksud untuk menyuruh para pembaca sekalian mengabaikan perkara-perkara di atas. Jika anda ingin tidur lebih untuk merehatkan minda dan tubuh pada hari cuti, lakukanlah ia pada waktu siang dan bukan pada waktu pagi. Waktu pagi adalah saat yang penuh keberkatan untuk kita lakukan aktiviti yang bermanfaat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berdoa:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا.
Ya Allah! Berkatilah umat aku pada pagi hari.3
Ada pun waktu siang, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:
قِيْلُوْا، فَإِنَّ الشَّيَاطِيْنَ لاَ تَقِيْلُ.
Tidurlah (sebentar) pada siang hari kerana sesungguhnya syaitan-syaitan tidak tidur pada siang hari.4
Merujuk kepada surat khabar, anda sudah mendapat berita dengan hanya membaca beberapa perenggan pertama bagi setiap laporan. Kemudian jika anda membacanya dengan manhaj fokus dan prioriti, 80% dari laporan yang dikemukakan boleh diabaikan. Semua ini membolehkan anda khatam membaca surat khabar dalam masa 15 minit sahaja.
Ada pun sukan, maka Islam menganjurkan kita untuk bersukan demi kekuatan dan kesihatan. Berkenaan kekuatan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ.
Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.5
Ada pun kesihatan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lazim berdoa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي.
Ya Allah! Aku memohon kepada Engkau kesihatan yang baik di dunia dan akhirat. Ya Allah! Aku memohon kepada Engkau keampunan dan kesihatan yang baik dalam urusan agamaku, duniaku, ahli keluargaku dan hartaku.6
Walaubagaimana pun bezakan bahawa Islam menganjurkan kita bersukan dan bukan menonton orang lain bersukan. Saya sebenarnya amat hairan memerhatikan gelagat orang yang menonton orang lain bersukan. Bukan sekadar menonton, mereka menyokong pasukan yang ditonton dengan penuh jiwa dan raga. Mereka menunggu perlawanan bermula dengan penuh debaran. Mereka memerhati perlawanan dengan penuh kekhusyukan, kekhusyukan yang mengalahkan semua nilai khusyuk solatnya dalam sehari. Jika pasukan yang disokong menang mereka melompat kegembiraan. Jika sebaliknya, mereka tunduk kesedihan mengalirkan air mata.
Kepada para penonton seumpama perenggan di atas, saya ingin bertanya beberapa soalan mudah. Jika anda sakit, adakah pasukan yang anda sokong datang untuk menziarahi anda? Jika anda menghadapi kesempitan kewangan, adakah pasukan yang anda sokong memberikan sumbangan atau pinjaman? Jika anda gagal dalam kehidupan, adakah pasukan yang anda sokong akan membantu anda mencapai kejayaan? Saya yakin jawapannya tidak. Oleh itu kenapakah anda menyerahkan segala jiwa dan raga, termasuk masa anda, kepada satu pasukan yang tidak kisah langsung tentang anda?
Ada pun menonton TV, maka tontonlah dengan manhaj fokus dan prioriti, iaitu satu dua rancangan yang memberi manfaat kepada pembangunan minda. Percayalah, kebanyakan pemilik syarikat siaran TV tidak menonton apa yang disiarkan oleh syarikatnya melainkan beberapa rancangan yang terpilih. Mereka tahu, jika mereka menonton TV saban hari, mereka tidak akan menjadi individu berjaya yang dapat memiliki sebuah syarikat siaran TV.
Akhir sekali, makan bersama-sama rakan dianjurkan oleh Islam kerana memiliki keberkatan di dalamnya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:
فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ.
Berkumpullah kalian ketika makan dan sebutlah nama Allah padanya (Bismillahi Rahmani Rahim), nescaya makanan kalian akan diberkati.7 Oleh itu makan bersama adalah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Akan tetapi menghabiskan masa yang lama ketika makan bersama adalah pembaziran masa dan pembaziran adalah sunnah……
Langkah # 4: Di Celah-Celah Masa Ada Masa.
Sebenarnya dalam keterbatasan masa yang dihadapi, kita boleh memiliki masa yang lebih. Berikut dikemukakan beberapa tip untuk mencari masa di celah-celah masa:
1. Berani berkata tidak. Apabila orang lain mengajak anda untuk melakukan aktiviti yang sia-sia atau minimum manfaatnya, beranikan diri berkata tidak. Tolaklah ajakan tersebut dengan sopan, umpama: “Tak mengapa silakan, saya ada kertas kerja fakulti yang belum disiapkan.” Atau yang lebih baik: “Tak mengapalah, saya ada kertas kerja fakulti yang belum disiapkan. Hmm! Alang-alang anta ada masa lapang, jom kita siapkan bersama?”
2. Gunakan kaedah temujanji (appointment). Kaedah temujanji bukan hanya untuk orang yang sudah berjaya tetapi juga untuk orang yang ingin berjaya. Apabila ada rakan yang ingin menziarahi anda, tetapkan waktu bermula dan berakhir. Apabila ada mesyuarat persatuan, minta ditetapkan waktu mula dan akhir. Kemudian jangan anda berganjak dari waktu yang dijanjikan. Kaedah ini mungkin kurang selesa bagi rakan atau ahli-ahli persatuan anda, justeru sejak awal berilah penjelasan yang hikmah tentangnya.
3. Manfaatkan bas dan tandas. Dua suasana yang lazim kita lalui tetapi tidak sedar bahawa masa boleh dimanfaatkan di dalamnya. Ketika dalam pengangkutan awam dan tandas, kita sebenarnya memiliki masa untuk membaca, mengkaji dan berfikir. Maka janganlah bazirkannya dengan nyanyian dan khayalan.
4. Do Not Disturb. Peranan tanda Do not disturb please bukan saja untuk digantung pada tombol pintu bilik hotel, tetapi juga untuk digantung pada tombol pintu bilik asrama atau dileher anda. Apabila anda sedang melakukan aktiviti yang penting, cuba elakkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan gangguan. Senyapkan talifon bimbit. Tutup pintu bilik asrama. Pastikan rakan perbincangan di perpustakaan adalah mereka yang benar-benar fokus dalam perbincangan.
Ketahuilah bahawa satu gangguan akan merosakkan fokus anda pada kadar dua hingga tiga kali ganda dari tempoh gangguan itu sendiri. Sebagai contoh, anda mungkin mengambil masa 20 saat untuk membaca dan menjawab satu pesanan ringkas (SMS). Akan tetapi anda akan mengambil masa 1 minit untuk mengembalikan fokus kepada apa yang sedang anda lakukan sebelum itu. Kemudian, lazimnya SMS tersebut akan berbalas semula. Oleh kerana itulah dikatakan: A minor interruption will lead to many other interruptions.
1. Cepat bukan jimat. Wujud satu kefahaman, bahawa sesuatu aktiviti yang dilakukan dengan cepat akan menjimatkan masa. Sebenarnya tidak. Ia bahkan membazir masa. Sebabnya:
1. Cepat menyebabkan anda terpaksa menggunakan fikiran pada kadar yang tinggi. Ini menyebabkan ia cepat letih sehingga tidak dapat melakukan aktiviti seterusnya dengan efisyen.
2. Cepat menyebabkan projek yang anda lakukan memiliki banyak kesilapan dan kekurangan. Akhirnya anda terpaksa melakukan semula dari awal untuk menampung kesilapan dan kekurangan tersebut demi mencapai kualiti yang memuaskan.
3. Anda akan mudah marah dan merungut apabila berlaku gangguan yang tidak dijangkakan. Ini kerana gangguan tersebut mempengaruhi kadar kecepatan anda. Namun yang sebenarnya mengganggu ialah sikap anda yang ingin cepat sehingga mudah marah dan merungut. Satu gangguan mungkin mengambil masa 5 minit, tetapi anda akan memerlukan 15 minit untuk kembali tenang dan lapang.
4. Anda mungkin dapat membaca buku dalam masa yang cepat (speed reading). Akan tetapi dalam kecepatan tersebut banyak poin penting yang anda tertinggal atau salah faham. Kemudian apabila ingin membuat kertas kerja, anda gagal mengemukakan maklumat yang bermanfaat dan tepat padahal semuanya sedia terkandung dalam buku-buku yang sudah anda baca sebelum itu. Akhirnya anda terpaksa merujuk semula kepada buku-buku tersebut.
Oleh itu cepat bukanlah jimat. Sikap yang terbaik ialah dipertengahan antara cepat dan lambat. Sikap yang dimaksudkan ialah tenang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berpesan:
اَلتَّأَنِيْ مِنَ اللهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ.
Ketenangan adalah dari Allah manakala ketergesa-gesaan adalah dari syaitan.8
1. Lakukan pelaburan masa. Pelaburan bererti menggunakan modal yang kecil untuk memperoleh manfaat yang besar di kemudian hari. Pelaburan bukan sahaja berkaitan dengan wang ringgit, tetapi juga masa. Gunakan masa yang sedikit sebagai pelaburan untuk mencapai manfaat masa yang besar di kemudian hari.
Satu contoh mudah, saya yakin para pembaca sekalian lazim menggunakan perisian Microsoft Word untuk menyiapkan kertas kerja kuliah dan sebagainya. Saya juga menggunakannya untuk menulis risalah ini. Pada mulanya saya menggunakan perisian tersebut secara terus tanpa belajar apa-apa tentangnya. “Alaah! Microsoft Word! Siapa yang tak tahu guna?”
Akan tetapi pada satu hari, saya mengambil keputusan untuk belajar tentangnya. Saya membeli buku The Complete Idiot’s Guide To Microsoft Word 97 oleh Daniel T. Babola yang diterbitkan oleh QUE Corporation, tahun 1996.
Saya mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk mengkajinya. “Wah! Sungguh banyak yang mampu dilakukan oleh perisian ini. Dan semua itu dapat dilakukan dengan amat mudah.” Demikian bisik hati saya. Apa yang saya belajar dalam tiga minggu tersebut, sepuluh tahun yang lalu, dapat saya manfaatkan hingga hari ini. Tiga minggu tersebut merupakan satu pelaburan masa yang benar-benar menguntungkan. Ia, alhamdulillah, membolehkah saya melakukan pelbagai kerja dengan perisian Microsoft Word dan semuanya dapat dilakukan dengan mudah dan kemas.
Tak dapat bayangkan apa yang saya maksudkan? Cubalah anda melaburkan masa membacanya. Carilah edisi yang terkini. Saya yakin kertas kerja kuliah dapat anda siapkan dengan kemas lagi canggih dalam masa sejam berbanding tiga jam sebelumnya.
1. Belanjakan RM untuk masa. Ada satu kata pepatah Inggeris: Time is more valuable than money. Iyya! Masa lebih bernilai dari wang ringgit. Maka gunakanlah wang ringgit untuk memperoleh masa yang lebih. Kertas kerja kuliah anda sekali lagi saya jadikan contoh. Adakah anda terpaksa ke makmal komputer atau cybercafe untuk menaipnya? Banyak masa yang terbuang di sana, dari menunggu giliran sehinggalah kepada petunjuk di skrin yang tidak bergerak searah dengan tetikus.
Sebagai alternatif lain, cuba beli komputer riba sendiri. Anda tidak perlu membelanjakan wang yang banyak. Memadai komputer riba terpakai dengan kelajuan prosesan sederhana. RM1500.00 yang anda belanjakan akan dapat menjimatkan masa anda dalam jumlah yang tidak dapat dihitung.
Menyentuh berkenaan mencari masa di celah-celah masa, saya tidaklah bermaksud agar para pembaca sekalian menggunakan seluruh masa yang ada untuk bekerja keras. Islam tidak menyuruh umatnya menjadi rahib yang hanya beribadah mahu pun robot yang hanya bekerja. Sebaliknya Islam membolehkan agar ibadah dan kerja diselang-seli dengan lawak jenaka, sembang-sembang bersama rakan dan beristirehat. Ringkasnya, setiap sesuatu ada masanya, yang penting hendaklah kita membahagikannya secara adil.
Salah seorang sahabat dan juru tulis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bernama Hanzhalah al-Usaidi radhiallahu 'anh pernah menceritakan: ‘Satu hari saya berjumpa dengan Abu Bakar as-Shiddiq radhiallahu 'anh.” Abu Bakar bertanya: “Kamu apa khabar?”
Hanzalah menjawab: “Saya telah melakukan satu kemunafiqan!”
“Subhanallah! Apa yang kamu cakap ni?”
“Sebentar tadi saya bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda mengingatkan kami berkenaan neraka dan syurga sehingga seolah-olah saya dapat melihat dengan mata saya sendiri. Apabila saya berangkat pulang dari sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, saya bermain-main bersama isteri dan anak-anak serta melakukan beberapa urusan sehingga saya lupa kebanyakan (dari apa yang dipelajari dari Rasulullah sebelum itu).”
“Demi Allah! Saya juga pernah mengalami hal yang sama!” ujar Abu Bakar.
Kemudian Hanzhalah dan Abu Bakar pergi berjumpa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Hanzhalah berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah menjadi seorang munafiq!”
Rasulullah bertanya: “Kenapa sedemikian?” Lalu Hanzhalah menceritakan apa yang terjadi padanya. Lalu Rasulullah bersabda:
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنْ لَوْ تَدُومُونَ عَلَى مَا تَكُونُونَ عِنْدِي وَفِي الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمْ الْمَلاَئِكَةُ عَلَى فُرُشِكُمْ وَفِي طُرُقِكُمْ وَلَكِنْ يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً (ثَلاَثَ مَرَّاتٍ).
“Demi Allah yang jiwaku berada di Tangan-Nya, kalau kalian sentiasa dalam keadaan seperti ketika bersamaku dan kalian sentiasa berzikir, nescaya para malaikat akan menemani kalian di atas tempat tidur dan juga di jalanan.
Akan tetapi wahai Hanzhalah, segala sesuatu ada masanya.” (Baginda mengulanginya tiga kali).9
Langkah # 5: Carilah Keberkatan Dalam Masa.
Sebelum ini saya ada menerangkan tentang formula masa dan pergerakan jam. Memang, ia tidak dapat diubah. Akan tetapi sebagai seorang mukmin, kita beriman kepada wujudnya sesuatu yang istimewa di sebalik formula masa dan pergerakan jam. Perkara istimewa tersebut tidak dapat diukur dengan apa-apa formula dan tidak dapat dilihat pada mana-mana jam.
Perkara istimewa tersebut ialah keberkatan yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada para hamba-Nya yang terpilih. Dengan keberkatan ini, seseorang itu mampu melakukan banyak perkara bermanfaat untuk agama, umat, manusia dan alam sekali pun dalam formula masa dan pergerakan jam yang tetap sama.
Bagaimanakah memperoleh atau mencari keberkatan dalam masa? Berikut dikemukakan dua cara:
• Memberi perhatian kepada hal-ehwal ibubapa.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ.
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.10
Luangkanlah masa sekurang-kurang seminggu sekali untuk menalifon ibubapa atau menulis surat kepada mereka. Sebulan sekali, baliklah ke kampung menziarahi dan memperhatikan hal ehwal mereka. Dalam zaman materialisme dan individualisme masa kini, ibubapa sering diketepikan. Akan tetapi ketahuilah, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa kita. Jika ibubapa redha kepada kita, Allah juga akan redha kepada kita. Apabila Allah redha kepada kita, tidak ada perkataan yang mampu saya taip untuk menggambarkan hasilnya.11
• Sedekahkan masa.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. [al-Baqarah 2:261]
Dalam ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan pulangan dividen harta bagi sesiapa yang sebelum itu mensedekahkan hartanya secara ikhlas untuk kebaikan agama dan umat Islam. Secara analogi, demikianlah juga dividen masa yang akan diperoleh oleh sesiapa yang mensedekahkan masanya secara ikhlas demi kebaikan agama dan umat Islam. Sedekah masa yang saya maksudkan ialah melakukan kerja-kerja sukarelawan. Kerja sukarelawan tersebut bukanlah kerana kumpulan atau persatuan, tetapi kerana agama dan umat.
Antara kerja sukarelawan yang saya maksudkan ialah mengajar tusyen kepada pelajar-pelajar sekolah luar bandar, melawat hospital, melawat rumah orang tua, melawat rumah orang kurang upaya dan memperbaiki rumah yang rosak di kawasan kampung. Jika anda menguasai ilmu agama, lakukanlah amar ma’ruf dan nahi mungkar.12 Jika anda menguasai ilmu perbandingan agama, maka jadilah seorang pendakwah. Sesiapa yang mensedekahkan masanya demi kebaikan agama dan umat Islam, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mengurniakan kepadanya kelapangan masa untuk melakukan pelbagai lagi perkara yang bermanfaat.
Dua perkara di atas, iaitu memperhatikan hal-ehwal ibubapa dan melakukan aktiviti sukarelawan telah saya senaraikan ketika mengupas langkah pengurusan masa # 1. Di sana saya senaraikan bahawa jumlah perkara yang hendak dilakukan oleh seseorang hendaklah dikurangkan kepada:
1. Memberi tumpuan menuntut ilmu agama.
2. Memberi tumpuan kepada jurusan yang diambil.
3. Memberi perhatian kepada hal-ehwal ibubapa di kampung.
4. Menyertai hanya satu aktiviti sukarelawan di kampus.
Apabila anda melakukan perkara ketiga dan keempat secara ikhlas dan sebaik-baiknya, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mengurniakan keberkatan dalam masa anda sehingga anda memiliki kelapangan untuk melakukan perkara-perkara lain yang bermanfaat. Maka setelah itu, senarai empat perkara di atas boleh anda tambah menjadi lima, enam dan seterusnya. Akan tetapi ingat, hendaklah perkara yang anda tambah itu masuk dalam kategori firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3).
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Read more...

Permudahkan & Gembirakanlah...

>> Wednesday, February 4, 2009

(Hafiz Firdaus Abdullah)

Melalui tulisan ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang bagaimana mengurus masa secara efisyen. Ia amat mudah, hanya terdiri dari lima langkah. Ia amat ringkas, hanya memerlukan lima belas minit dari masa anda. Akan tetapi ia amat penting, penentu sama ada anda menjadi orang yang beruntung atau rugi.
Penulisan ini ingin saya mulakan dengan dua buah kisah benar, yang pertama berlaku beberapa hari yang lalu manakala yang kedua berlaku beberapa tahun yang lepas.

Kisah Seorang Pembantu Juruterbang.
“Capt., is it hard to convert to Islam?” tiba-tiba tanya pembantu juruterbang (co-pilot) saya, memecah keheningan penerbangan di malam hari. Capt adalah gelaran singkat untuk kapten.
“Why do you ask?” saya membalas kepada beliau yang berbangsa Cina, beragama Kristian. “Well, I’m quite interested in Islam… but the experiences that I hear and the news that I read every now and then about problems faced by those who wanted to convert or had converted makes me reserve my intention.”
“Aha! Then you must differentiate between Islam and those who sit in the office by the name of Islam. If you want to convert by Islam, it’s easy. It’s the administrative part that makes it tough and causes all those problems. ”How easy is easy?”
“Well, if you believe Allah is the one and only god and that Muhammad is His final messenger, than you have converted to Islam… you are muslim. After that, progressively, try your best to learn and practice Islam.” “That easy? Then why all those problems, procedures and paper work?”
“Well…I’m still trying to find the answers to that.”Penerbangan kami ke Hong Kong malam itu seterusnya dipenuhi dengan perbincangan – atau lebih tepat – sembang-sembang tentang Islam. Pelbagai topik disentuh oleh pembantu juruterbang saya itu, dari jin kepada pontianak, dari perbezaan antara Islam dan Kristian, dari sihir kepada kerasukan, dari sembahyang kepada puasa, dari poligami kepada talak, rujuk dan nafkah. Memang berbeza antara muslim dan orang yang mengkaji tentang Islam. Yang pertama tidak tahu manakala yang kedua mengetahui, yang pertama kosong manakala yang kedua penuh. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dapat disatukan, iaitu muslim yang mengkaji tentang Islam. Penerbangan diakhiri dengan saya tidak menekannya memasuki Islam serta merta, sebaliknya saya memberinya nombor talifon beberapa ustaz berbangsa Cina yang lebih berpengalaman mengurusi orang yang berminat tentang Islam.

Kisah Seorang Jurutera Penerbangan.
Sebelum ini saya biasa mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka yang ingin memeluk Islam atau yang sudah memeluk Islam. Akan tetapi jauh berbeza apabila masalah itu saya dengar terus daripada orang yang berminat tentang Islam. Kalau nak diikutkan, memang saya marah kepada pelbagai prosedur dan syarat yang dikenakan oleh pihak-pihak berwajib mahupun selainnya. Walaubagaimana pun saya cuba menahan kemarahan tersebut kerana teringat kepada satu pengalaman yang diceritakan oleh seorang rakan saya yang pernah bertugas sebagai jurutera penerbangan (flight engineer) .

Sebelum menerangkan pengalaman rakan saya itu, izinkan saya cerita sikit tentang “pasukan” juruterbang yang bertugas dalam satu-satu penerbangan. Ketika manusia berjaya mencipta besi yang mampu terbang di atas udara seperti burung, pasukan juruterbang terdiri dari empat orang. Pertama ialah captain, kedua ialah co-pilot, ketiga ialah flight engineer dan keempat ialah navigator. Apabila teknologi semakin maju, orang keempat tidak lagi diperlukan. Mulai awal tahun 90an, orang ketiga juga tidak lagi diperlukan. Sejak itu hingga kini, pasukan juruterbang hanya terdiri dari dua orang, iaitu captain dan co-pilot. Sebagai sebuah syarikat penerbangan yang menjaga hal ehwal kakitangannya (Ewwah…puji sikit…), Penerbangan Malaysia (MAS) tidak membuang jurutera-jurutera penerbangan yang mereka ada saat itu. Sebaliknya pilihan diberi sama ada mereka ingin berhenti atau bertukar jurusan dari jurutera penerbangan menjadi juruterbang. Agak ramai yang mengambil pilihan kedua. Pada satu hari saya bersembang-sembang dengan salah seorang jurutera penerbangan yang telah pun menjadi co-pilot. Beliau yang umurnya sudah melangkaui angka empat puluh bercerita: “Kau tahu tak Hafiz, sebelum ini belasan tahun aku duduk di dalam kokpit sebagai flight engineer. Kerusi aku tak lebih tiga kaki jaraknya dari kerusi captain dan co-pilot. Ketika take off dan landing, aku berada sekadar sekaki dari mereka. Bila aku tengok mereka berdua tu, rasa macam senang sangat kerja. Duduk termenung aje. Aku inilah yang kat belakang kena monitor macam-macam sistem pesawat…electric, hydraulic, pneumatic, pressurization dan macam-macam lagi.Sekarang aku dah jadi pilot, co-pilot. Hmm...! Baru aku tahu kerja pilot ini susah sebenarnya. Macam-macam otak aku ini kena kira, nilai dan fikir. Belasan tahun aku duduk di belakang pilot, dah duduk di kerusi pilot baru aku tahu kerja ini susah juga.”
Pengajarannya? Kita tidak akan mengetahui setepatnya apakah yang sebenarnya dialami dan difikirkan oleh orang lain sekali pun kita berada bersebelahan dengan mereka. Sekadar nak cakap, mengulas dan mengkritik, itu memang mudah, teramat mudah. Any Tom, Dick and Harry can do it. Akan tetapi apabila kita berada di mana mereka berada, barulah kita sedar apa yang dicakap, diulas dan dikritik sebelum ini belum tentu benar.Kadangkala betul-betul berlawanan..
Atas dasar inilah saya menahan diri dari mengkritik secara negatif pihak-pihak berwajib dan selainnya yang mengurusi hal ehwal pemeluk Islam. Saya sebagai orang luar memang sukar untuk memahami apa yang mereka fikir, apa yang mereka nilai dan kenapa mereka bertindak sedemikian. Tindakan yang tepat ialah berbincang dan mencari ruang bekerja sama. Atau setidak-tidaknya, mereka berusaha apa yang mereka rasakan mampu dan baik manakala saya berusaha apa yang saya rasakan mampu dan baik. Jika asyik mengkritik, kedua-dua pihak tidak akan ke mana-mana.
Permudahkanlah dan Jangan Menyusahkan, Gembirakanlah dan Jangan Menakutkan.Demikian maksud sebuah hadis yang diriwayat oleh al-Imam al-Bukhari (no. 69). Tiada siapa yang lebih patut kita permudahkan dan gembirakan melainkan kepada orang yang mahu berjinak-jinak dengan Islam. Kemudahan dan kegembiraan apa yang patut kita lakukan? Saya ada beberapa cadangan yang ingin dikongsikan. Setuju atau tidak, kita bincang dengan harmonis dan semangat Islami.
* Permudahkan Ucapan Dua Kalimah Syahadah.
Pertama yang saya cadangkan ialah dua kalimah syahadah diucapkan dalam bahasa ibunda orang yang ingin memeluk Islam. Keyakinan dan kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah pesurah Allah tidak semestinya diucapkan dalam bahasa arab, tetapi boleh saja dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan sebagainya. Asalkan saksi juga memahami bahasa tersebut dan dapat mengesahkannya.
Cadangan ini saya kemukakan kerana teringatkan seorang pramugari berbangsa Jepun yang saya temui beberapa tahun yang lalu. Beliau amat meminati Islam dan telah pun mengikuti kelas-kelas tentang Islam yang berbahasa Inggeris di Kuala Lumpur. Apabila saya bertanya kepadanya: “So when are you going to embrace Islam?” Dia menjawab: “I’m ready now, but I’m still facing difficulty saying the two testimony of faith in Arabic. My ustaz says my tongue is still very keras”.
* Permudahkan Paper Work.
Ketika melawat salah sebuah NGO yang mengurusi hal-ehwal orang yang ingin memeluk Islam, saya bertanya sama ada bolehkah diminimumkan paper work “pendaftaran Islam” atau setidak-tidaknya ia dikemudiankan apabila orang itu memiliki kelapangan? Dia menjawab tidak boleh dengan alasan utama: “Jika dia mati sebelum pendaftarannya lengkap, kita tidak akan memiliki bukti yang cukup untuk menyelenggarakan jenazahnya mengikut prosedur Islam.” Saya mengangguk lesu kerana hati saya membantah dengan persoalan: “Manakah lebih penting, orang hidup masuk Islam atau orang mati masuk kubur secara Islam?”
* Gembirakanlah Dengan Pengekalan Nama Asal.
Bin Abdullah. Isu ini ketika dibangkitkan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin telah menimbulkan pelbagai reaksi. Orang yang lazim menaiki kapal selam akan membantah, orang yang lazim menaiki helikopter akan menyokong. Syarat mewajibkan penukaran nama ayah kepada “Bin Abdullah” dan “Binti Abdullah” bagi orang yang ingin memeluk Islam begitu masyhur sehingga tidak sedikit yang mengganggap saya juga seorang saudara baru semata-mata kerana nama saya yang berbinkan Abdullah. Agaknya apabila mereka melihat raut wajah saya, sudah tentu mereka tertanya-tanya pula: “Mamat ini dulu agama apa agaknya?”
Syarat “bin Abdullah” dan “binti Abdullah” sekali lagi adalah sesuatu yang dibuat-buat oleh entah siapa. Ia menyusahkan orang yang ingin memeluk Islam kerana tujuan mereka hanyalah mengubah agama dan bukan mengubah ayah dan keluarga. Ia menakutkan ibubapa yang anaknya ingin memeluk Islam kerana memberi isyarat menukar agama bererti memutuskan hubungan anak dan bapa. Yang benar orang yang ingin memeluk agama Islam tidak perlu menukar namanya mahupun nama ayahnya. Penukaran hanya perlu jika namanya memiliki unsur syirik seperti nama berhala agama yang lepas. Nama ayah tetap tidak ditukar sekalipun memiliki unsur syirik.
* Gembirakanlah Dengan Gelaran Yang Mesra.
Menyentuh tentang nama, saya meminta agar diletakkan batasan tempoh masa sehingga bila kita akan memanggil orang yang memeluk Islam sebagai “saudara baru” atau mualaf. Kadangkala gelaran ini masih disandarkan kepada seseorang yang sudah lebih sepuluh tahun memeluk Islam. Lebih memalukan, kerap kali “saudara baru” itu lebih memahami Islam, lebih mempraktikkan Islam dan lebih memperjuangkan Islam berbanding orang yang terislam sejak kelahiran.
Sukakah anda dengan gelaran “Saudara terislam”? Sudah tentu tidak. Maka demikianlah juga dengan mereka yang anda gelar “Saudara baru”.
Saya cadangkan gelaran “saudara baru” hanya diberi kepada orang yang minat tentang Islam sekalipun dia belum memeluk Islam. Persaudaraan yang dimaksudkan adalah hubungan persahabatan, pertolongan dan pemahaman. Mudah-mudahan dengan gelaran ini mereka merasa lebih mesra dan diterima, sehingga menjadi salah satu faktor pendorong kepada memeluk Islam. Sebaik saja mereka mengucapkan dua kalimah syahadah dalam bahasa ibundanya, mereka adalah seorang muslim yang bersaudara dengan kita berdasarkan hubungan keimanan. Mereka tidak lagi digelar “saudara baru” tetapi “saudara seagama”. Walaubagaimanapun kelayakannya menerima zakat berterusan sehinggalah dia memiliki suasana kewangan yang selesa.
Selain itu saya mencadangkan agar tidak lagi mengistilahkan orang bukan Islam sebagai orang kafir. Sebaliknya istilahkanlah mereka sebagai “Orang belum Islam.” al-Qur’an sendiri apabila menyeru orang bukan Islam mengistilahkan mereka sebagai “Wahai manusia!” (Ya iyyuhan nas). Istilah kafir hanya diberikan kepada orang yang sudah sampai risalah Islam yang indah, merasakan keindahan tersebut namun tetap mengingkarinya.
* Gembirakanlah Dengan Pengekalan Bangsa.
Cadangan kelima, yang dituntut ialah menjemput orang memasuki agama Islam, bukan memasuki bangsa Melayu. Bezakan antara agama dan bangsa. Tukar agama tidak bermaksud tukar bangsa. Justeru, sebagai contoh, janganlah dipaksa orang cina yang memeluk Islam memakai baju kurung, belajar silat dan makan dengan tangan. Biarkan mereka dengan fesyen tersendiri asalkan menutup aurat, bermain kungfu asalkan bersedia membela Islam dan makan dengan sepasang chopstick asalkan menggunakan tangan kanan.
* Permudahkanlah Dengan Islam Yang Bertahap-Tahap.
Bercakap tentang paksaan, jangan memaksa orang yang baru memeluk Islam menjadi seorang muslim yang sempurna sekelip mata. Jangan memaksa mereka serta merta bersolat lima kali sehari dan berpuasa penuh sebulan Ramadhan. Bukankah kita dulu dilatih oleh ibubapa dan guru-guru untuk solat dan puasa secara bertahap-tahap?
Oleh itu berilah kelapangan bagi mereka untuk belajar tentang Islam dan mempraktikkannya secara bertahap-tahap. Mulakan dengan tauhid, diikuti dengan fekah. Mulakan dengan yang wajib, diikuti dengan yang sunat. Jangan mewajibkan sunat, padahal bersunat itu hukumnya hanya sunat.
Cadangan seterusnya berupa ketujuh, kelapan dan kesembilan memerlukan revolusi minda dan rembatan paradigma. Ia memerlukan penjelasan yang lebih terperinci dari sudut dalil dan hujah, serta keterangan fiqh yang mendalam. Akan tetapi tujuan saya dalam penulisan ini bukanlah menyusahkan atau menakutkan, sebaliknya memudahkan dan menggembirakan. Justeru saya hanya akan sentuh secara ringkas manakala selanjutnya diserahkan kepada kajian para pembaca.
* Gembirakanlah Dengan Kehidupan Bersama Ahli Keluarga.
Cadangan ketujuh, orang yang memeluk Islam tidak perlu dipisahkan dari ahli keluarganya. Seorang anak yang memeluk Islam boleh duduk serumah dengan ahli keluarganya yang belum Islam. Seorang suami atau isteri yang memeluk Islam boleh terus mengekalkan hubungan pernikahan dengan pasangannya yang belum Islam. Semua ini dengan syarat ahli keluarga atau pasangannya tidak memusuhi agama Islam yang dipeluknya. Demikian merupakan fatwa Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan anak muridnya al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (Ahkam Ahl al-Zimmah) dan diperluaskan oleh Syaikh Yusuf al-Qaradhawi (Fatwa al-Mu‘ashirah, jld. 3).
Jika salah seorang dari pasangan suami isteri memasuki Islam dan ingin menceraikan pasangannya yang belum Islam, penceraian hendaklah dilakukan mengikut prosedur agama sebelumnya. Ini kerana pembubaran satu perjanjian, dalam kes ini perjanjian perkahwinan, hendaklah dilandaskan kepada prosedur yang sama ketika perjanjian itu dibuat pada mulanya. Jika tidak, ia adalah penipuan dan kezaliman yang sangat ditentang oleh Islam.
* Permudahkanlah Urusan Jenazah.
Cadangan Kelapan, orang memeluk Islam yang meninggal dunia, maka pengurusan jenazahnya memiliki dua pilihan:
* Pertama, jika memungkinkan bagi umat Islam dilokasi itu menguruskan jezanahnya mengikut cara Islam tanpa menimbulkan sebarang mudarat, maka ia adalah pilihan yang baik lagi patut diusahakan.
* Kedua, jika tidak mungkin dilakukan sedemikian, seperti ahli keluarga yang tidak tahu yang meninggal dunia itu sudah memeluk Islam atau umat Islam dilokasi itu tidak memiliki bukti kukuh orang yang meninggal dunia itu sudah memeluk Islam, maka jenazah itu dibiarkan kepada ahli keluarga untuk menguruskannya mengikut cara agama mereka. Tidak digalakkan merebut mayat kerana ia hanya menimbulkan mudarat bagi Islam, umat Islam dan keluarga jenazah.
Cadangan ini tidak memerlukan ijtihad yang baru atau fatwa dari para mufti kerana sudah memiliki dalil dari sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang tidak merebut jenazah Najasyi yang meninggal dunia di Habasyah, sebaliknya membiarkan jenazah beliau diuruskan mengikut cara Kristian dan dikebumikan di perkuburan Kristian. Baginda dan umat Islam hanya melaksanakan solat jenazah ghaib untuk Najasyi dari Madinah. [Rujuk risalah saya Cadangan Terhadap Prosedur Merebut Mayat Bagi Orang Yang Diperselisihkan Keislamannya dalam Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 6) terbitan Jahabersa, Johor Bahru]
* Gembirakanlah Berkenaan Harta Warisan.
Cadangan terakhir pada kesempatan ini ialah berkenaan harta warisan. Dalam bab ini terdapat beberapa hadis sahih yang melarang pewarisan harta antara dua orang yang berbeza agama. Majoriti ahli fiqh berpegang kepada zahir hadis tersebut kecuali Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan dan anak muridnya al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (Ahkam Ahl al-Zimmah). Ini seterusnya diikuti oleh Syaikh Yusuf al-Qaradhawi (Fatwa al-Mu‘ashirah, jld. 3). Mereka membezakan sama ada orang bukan Islam itu memusuhi Islam atau tidak. Jika memusuhi, orang Islam tidak boleh menerima harta warisan mereka. Jika berdamai, orang Islam boleh menerima harta warisan mereka.
Akan tetapi Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah tidak membenarkan orang belum Islam menerima harta warisan daripada orang Islam. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi seolah-olah membolehkannya. Persoalannya, apakah adil di sisi Islam jika seorang ayah yang muslim meninggal dunia, ahli keluarganya yang belum Islam dibiarkan kebuluran tanpa apa-apa harta warisan? Apakah adil di sisi Islam jika seorang anak yang muslim meninggal dunia, ibubapanya yang belum Islam yang telah mengasuhnya sejak kecil, dibiarkan begitu saja?
Persoalan ini memerlukan ijtihad dari para ahli agama yang berkemampuan. Titik ijtihad berpaksi pada faktor musuh atau damai. Ini kerana jika faktor musuh atau damai digunakan sebagai penentu membolehkan orang Islam menerima harta warisan dari orang belum Islam, maka faktor yang sama boleh juga digunakan sebagai penentu bagi membolehkan orang belum Islam menerima harta warisan orang Islam. Memberi harta warisan kepada orang belum Islam tidaklah bererti merendahkan Islam atau meninggikan agama lain kerana tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima.

Islam Pesat Berkembang Di Seluruh Dunia Kecuali Malaysia?
Sudah menjadi pengetahuan umum oleh mereka yang ingin mengetahui bahawa Islam adalah agama yang paling pesat berkembang sekarang ini, khasnya di Amerika Utara, Eropah dan Australia. Antara faktor penyubur ialah kemudahan yang menggembirakan orang yang ingin memeluk Islam.
Ada pun Malaysia, kesukaran yang memuramkan orang yang ingin memeluk Islam menjadi faktor pemandul. Akan tetapi harapan tetap ada agar bertahap-tahap, kesukaran menjadi kemudahan, kemuraman menjadi kegembiraan.
Saya tidak berputus asa. Apatah lagi mengingatkan rakan saya yang awalnya seorang jurutera penerbangan kini sudah pun menjadi seorang Captain. Ada pun rakan saya yang bertugas sebagai pembantu juruterbang, ketahuilah Islam memang mudah, tetap mudah.

Wallahua'lam.

Read more...

Perjalananku....

>> Tuesday, February 3, 2009

Salam rakan2..Setelah selesai da last paper sbentar tadi, maka tamatlah pembelajaran sy di University of Applied Science Karlsruhe slama tempoh 4tahun.. Skrg tiba pula masa sehingga Julai 09 utk terus berjuang, memerah otak dan mngembeling tenaga mnyiapkan Final Thesis di Daimler AG, Untertückheim.. Tema final thesis ini berkisar pada bahagian "Axles and Chasis" sbuah kenderaan Merz. Dan mmerlukan sy "weiterentwickeln des neuen Konzepts"..em,maksudnya construct idea baru utk dieorg la.. Dan insyaALLAH atas kpercayaan yg diberikan oleh pihak firma kpd sy, akan sy cuba laksanakan tugas ini dgn sbaik mgkin. Mohon doa dari kalian jua.amien.. Dan di sini dilampirkan sedikit gambar2 kenangan spanjang thn 2005 hgga 2008. Jazakumullah khairan kathira...

2008_1

2008_2

2007_1

2007_2

2006_1

2006_2

2005_1

2005_2

Read more...

Exam Terakhir di Bumi Jerman....

>> Sunday, February 1, 2009

InsyaAllah, pada hari selasa 03.02.09 sy akan menduduki exam terakhir di sini untuk meneruskan usaha menggapai cita2 memegang segulung Ijazah yang bergelar Diplom..Alhamdulillah, segala penat lelah dan usaha selama ini dimakbulkan oleh Allah swt. dan berdoa agar semuanya diberkati dan diredhai olehNya..amien..Dan semestinya pelbagai pengalaman suka duka telah berjaya sy tempuhi sepanjang bergelar pelajar di University of Applied Sciences Karlsruhe ini..Dan pengalaman paling perit dan pahit adalah....em...ha, bilamana sy pernah mengambil peperiksaan terbanyak di Sem. 5 iaitu sebanyak 13 Subjek tatkala pada tahun itu juga iaitu sesi 2007 saya diamanahkan utk memegang jawatan Presiden Persatuan Pelajar2 Msia di Jerman (MGSS). Dan Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur setelah hasil usaha dan tawakkal, semuanya dipermudahkan oleh Dia yg Maha Satu..Dan... pengalaman manis pula juga pada ketika itu dimana keputusan peperiksaan yg paling cemerlang sy pernah dapat juga di Semester 5...dan seterusnya berjaya menerima Sijil Kecemerlangan Akademik dari pihak JPA..Subhanallah...Dan bagi rakan2 di luar sana especially junior2 di bumi Jerman ini,teruskanlah berusaha sedaya upaya..Sesungguhnya Allah swt disamping orang yg selalu berusaha dan bertawakkal kpdNya...InsyaAllah...

Read more...

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W

>> Friday, January 30, 2009

Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW:

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Read more...

World tallest building



حديث الأول: عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : بينا نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثر السفر ولا يعرفه منا أحد حتى جلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأسند ركبتيه إلى ركبتيه ووضع كفيه على فخذية وقال : يا محمد أخبرني عن الإسلام قال : " الإسلام : أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا " . قال : صدقت . فعجبنا له يسأله ويصدقه . قال : فأخبرني عن الإيمان . قال : " أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره " . قال صدقت . قال : فأخبرني عن الإحسان . قال : " أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك " . قال : فأخبرني عن الساعة . قال : " ما المسؤول عنها بأعلم من السائل " . قال : فأخبرني عن أماراتها . قال : " أن تلد الأمة ربتها وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان " . قال : ثم انطلق فلبثت مليا ثم قال لي : " يا عمر أتدري من السائل " ؟ قلت : الله ورسوله أعلم . قال : " فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم " . رواه مسلم

Hadis yang pertama: Daripada Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a. katanya, “Ketika kami berada bersama Rasulullah s.a.w. pada suatu hari tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya kesan perjalanan dan tidak ada seorangpun dari kalangan kami yang mengenalinya sehinggalah dia duduk di hadapan Nabi s.a.w. lalu menyandarkan lututnya kepada lutut Nabi s.a.w. dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pahanya seraya berkata, “Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam”. Nabi s.a.w. menjawab, “Islam itu adalah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan engkau mengerjakan haji di Baitillah jika engkau mampu pergi kepadanya.”. Orang itu berkata, engkau benar. Maka kami hairan terhadapnya, dia bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya lagi, “Ceritakan kepadaku tentang iman”. Nabi s.a.w. menjawab: “Iaitu engkau beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kemudian dan engkau beriman dengan ketentuan baik dan buruk (dari Allah)”. Dia berkata, “Benar engkau”. Dia bertanya lagi, “Ceritakan kepadaku tentang ihsan”. Nabi s.a.w. menjawab, “Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya dia melihat engkau”. Dia berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang kiamat”. Nabi s.a.w. menjawab, “Orang yang ditanya itu tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Dia berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya”. Nabi s.a.w. menjawab, “Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan bila mana engkau melihat orang-orang yang dahulunya berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin dan pengembala-pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan”. Sayyidina Umar r.a. berkata, “Kemudian orang itu pergi lalu aku tinggal beberapa lama kemudian Nabi s.a.w. berkata kepadaku, “Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Nabi s.a.w. berkata, “Sesungguhnya dia adalah Jibril, dia datang mengajarkan kamu agama kamu”. (Hadis riwayat Muslim)

*note: org arab ni dulu pengembala kambing

Read more...

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP