~Walimatul Urus~
>> Tuesday, February 10, 2009
Dan...sehingga ke hari ini ramai yang sudah menduga, ramai yang sudah berbicara, ramai yang sudah mengagak-agak dengan pelbagai dugaan dan khabar angin.. Namun yang pasti, kembalinya saya ke pangkuan keluarga pada 2 Purnama yang mendatang, insyaAllah bukanlah sekadar untuk melepaskan rindu di hati, pulang ke desa melihat riak-riak air di muara, kembali menghirup udara nyaman di pinggiran pantai indah yang diselaputi pasir-pasir halus yang suci... serta ditambah lagi dengan sajian pandangan yang sungguh indah tatkala fajar menyinsing mahupun ketika sang mentari melabuhkan hari.. ini semua atas aturan dan kekuasaan Yang Maha Pencipta...untuk kita merenung akan kebesaranNya seterusnya berusaha menjadi hambaNya yang senantiasa bersyukur.....
Namun kembalinya saya ke tanah air pada kali ini, ketika sahabat-sahabat yang lain sedang bertarung menghabiskan sisa-sisa perjuangan di semester akhir. Saya pula dengan segala kedhaifan yang ada sedang merencana pula untuk membina sebuah keluarga seterusnya membuka lembaran baru dalam perjuangan hidup ini... Pastinya ia bukan keputusan yang mudah untuk dilakukan tetapi dengan penuh rasa tawakkal saya teruskan rencana tersebut dan pastinya saya cukup mendambakan doa dari kalian agar segala yang dirancangkan akan berjaya dilaksanakan. Walaupun dikira sangat awal untuk berkongsi dan memaklumkan berita gembira ini bersama kalian, namun saya mengambil jua langkah ini; antaranya adalah hasil permintaan dari kalangan kalian agar saya memaklumkan mereka dengan kadar segera untuk memudahkan mereka mencoret di dalam sisipan atur kalendar mereka, membuat persediaan, merancang beramai-ramai untuk cuba menghadirkan diri memeriahkan suasana disamping dapat menjamah gulai kampung terengganu hasil gotong royong sanak saudara..
Justeru, dengan penuh rasa merendah diri dan penuh takzim, saya menjemput semua sahabat-sahabat, yang mengenali diri ini, samaada rakan-rakan di bumi Jerman, sahabat-sahabat di INTEC, sahabat-sahabat di UTP, sahabat-sahabat di SMKA Sheikh Abdul Malek, SMK Sultan Sulaiman, SMKA Rantau Abang mahupun di SRK Sultan Sulaiman 2 dan Tadika Yayasan Islam serta siapa sahaja mengenali diri saya ini.. Termasuklah guru-guru yang pernah mendidik saya selama ini, saya dengan penuh hormat menjemput semuanya ke majlis kesyukuran sempena perkahwinan saya ini seperti yang tertera di kad jemputan di bawah.
Akhirnya saya sekali lagi memohon doa dari semua agar majlis aqad yang akan berlangsung pada 16 April 2009 (Khamis) di rumah pengantin perempuan dipenuhi barakah dan berjalan dengan lancar dan sebaiknya insyaAllah. Suka saya di sini untuk sama-sama kembali mengingati janji dan pernyataan yang pernah dikirimkan Allah melalui firmanNya yang bermaksud “dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa dia menciptakan untuk kamu (wahai lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan” (surah Ar Rum ayat 21). Atas keyakinan itulah saya berdoa semoga hubungan suci ini dipenuhi barakah dan rahmat dariNya, InsyaAllah...
Sekian, jazakumullah khairan kathiraa…
PS: Talian saya di Malaysia, 013-9273837.
-Walimatul Urus-
Hj. Aziz Bin Hj. Mahmood
&
Hjh. Hasmah Binti Hj. Othman
Dengan segala hormatnya kami mempersilakan
Tengku / Engku / Dato / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
sekeluarga meraikan majlis perkahwinan putera kami

Mohd Azwan Bin Aziz
dengan
Tengku Balqis Binti Tengku Azam
Pada hari Sabtu, 18 April 2009 bersamaan 22 Rabiul Akhir 1430 Hijrah
Di kediaman kami beralamat:
Lot 588 Jalan Cempaka 16, Taman Perpindahan Tok Adis,
Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Semoga dengan kehadiran serta doa restu semua akan menyeri dan memeriahkan lagi
majlis kami dan diberkati Allah S.W.T. Insya-Allah.
Terima Kasih & Wassalam
Aturcara Majlis:
12.00 tgh – 6.00 ptg ~ Jamuan Makan
2.00 ptg ~ Majlis Sambut Menantu
Turut Mengundang:
Seisi Keluarga
Tel: 09-6170637,013-9273837,013-9484865
-Walimatul Urus-
Tengku Azam Bin Tengku Ngah
&
Tengku Halimah Binti Tengku Mohd
Dengan segala hormatnya kami mempersilakan
Tengku / Engku / Dato / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
sekeluarga meraikan majlis perkahwinan puteri kami

Tengku Balqis Binti Tengku Azam
dengan
Mohd Azwan Bin Aziz
Pada hari Jumaat, 17 April 2009 bersamaan 21 Rabiul Akhir 1430 Hijrah
Di kediaman kami beralamat:
2097 Kampung Kubang Parit,
20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Semoga dengan kehadiran serta doa restu semua akan menyeri dan memeriahkan lagi
majlis kami dan diberkati Allah S.W.T. Insya-Allah.
Terima Kasih & Wassalam
Aturcara Majlis:
12.00 tgh – 6.00 ptg ~ Jamuan Makan
2.00 ptg ~ Majlis Persandingan
Turut Mengundang:
Seisi Keluarga
Tel: 09-6238116, 019-9840771
2 comments:
together... :-)
salam.. jauh beno nk pegi, kirim salam je huhu.. harap2 by the time aku balik tu bini mu bunting doh.. hehe..
Post a Comment