MALAYSIA bersedia untuk NUKLEAR??
Jikalau sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan kerajaan Malaysia berminat untuk membina loji tenaga nuklear selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib melakukan kunjungan hormat ke negara Jepun dan melihat sendiri teknologi tenaga nuklear yang dilihat sebagai tenaga alternatif terbaik bagi mereka. Kejayaan dan pandangan positif terhadap nuklear yang diaplikasikan oleh Jepun, telah menjadi contoh kepada negara lain khususnya di Asia Pasifik
Jikalau di Jepun, terdapat 55 buah loji tenaga nuklear di Jepun yang bertanggungjawab menyalurkan tenaga 49,467 megawatts (MW) kepada keperluan domestiknya. Kejayaan Jepun dan China telah mempengaruhi negara-negara di rantau berkenaan memiliki sumber nuklear seperti Korea Utara (enam loji), Korea Selatan (18 loji), Taiwan (lapan loji) dan China (40 loji).
Terbaru, Kerajaan Malaysia telah meluluskan usul untuk membina loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi mulai 2021. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mengumumkan pembinaan loji tenaga nuklear. Sehingga ke hari ini, Malaysia bergantung pada bahan bakar fosil serta tenaga hidro untuk menjana elektrik. Namun, dengan harga minyak yang semakin meningkat serta bekalan minyak dan gas asli yang terhad, kerajaan Malaysia terpaksa mencari alternatif lain bagi memenuhi permintaan tenaganya.
Buat masa ini, penggunaan elektrik di Malaysia ialah 14,000 megawatt sementara kapasiti maksimum negara ialah 23,000 megawatt. Kebiasaannnya jangka hayat loji tenaga nuklear ialah antara 50 tahun dengan 70 tahun.
1 daripada 4 penduduk dunia adalah muslim, dan jumlah muslim terbesar berada di luar Timur Tengah. Laporan yang dikeluarkan CNN menyatakan jumlah muslim China lebih ramai daripada yang berada di Syria, dan Muslim di Jerman jumlahnya lebih besar daripada muslim yang tinggal di Lubnan.
© Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP
0 comments:
Post a Comment