JOM HAFAZ QUR'AN

KampungKu SyurgaKu...

>> Saturday, October 16, 2010

Salam rakan2 sekalian,

Alhamdulillah, pertama2nya marilah sama2 kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt kerna sehingga saat ini kita masih diberi peluang untuk merasa nikmat hidup di atas muka bumi Allah, Tuhan Semesta Alam...

Saya masih diberi peluang untuk pulang ke kampung di Terengganu menjenguk kedua ibu-bapa, nenek, isteri dan keluarga mentua serta adik-beradik yg lain. Walaupun hanya 2hari berada di kampung halaman, namun saya bersyukur sebab ada peluang sebegini..

Di Terengganu, tiada apa2 program khusus yg saya jalankan. Just lepak2 di rumah, jalan2 bersama family dan juga ke kenduri kahwin sedara-mara.

Dan...kebetulan kepulangan saya pada kali ini tepat pada masanya. Iaitu kena dengan majlis kenduri kesyukuran dan Hari Jadi Ibu (ke-50), Kakak (ke-27), Adik bongsu (ke-7) serta Anak sedara saya (ke-2). Kesemuanya disambut serentak semalam. Dan buat pertama kalinya, kami makan2 bersama Family di Restoren makanan segera A&W di Batu Burok, Kuala Terengganu. Meriah juga...

Berikut beberapa keping gambar majlis yg sempat saya uploadkan..















InsyaAllah malamni saya akan bertolak ke Kajang semula dan esok, ISNIN akan kembali menjalani rutin harian seperti biasa sebagai Pekerja di TNB Research Sdn Bhd.

:)

Salam Ukhuwah Fillah,
ZuanG

Read more...

Konsert GAY Adam Lambert perlu diBATALkan!!

>> Wednesday, October 13, 2010

Salam rakan2,

Lagi2 berita kurang menyenangkan kedengaran di bumi Malaysia tercinta ini..Aktiviti atau konsert2 hiburan dalam dan luar negara tidak dinafikan memang bermaharajalela diserata tempat di seluruh pelosok Malaysia, khususnya di ibu kota...

Ini sedikit sebanyak memang mendorong remaja, muda mudi sentiasa berhidupkan hiburan2 yang tidak kenal akan batasnya..Padahal kerajaan hari2 dlm berita atau PC kat mana2, nak gejala sosial di Malaysia ini dikurangkan..Namun, dengan anjur dan luluskan konsert2 yg sepatutnya xsesuai diadakan di Malaysia ni,ape cerita??

Jadi, jangan jadi BODOH..Cakap xserupa bikin, kene bikin dan cakap baru sesuatu perkara boleh terjadi..

Semalam,satu konsert dari Adam Lambert ditegah oleh Mahasiswa, agar dibatalkan di Malaysia memandangkan Adam Lambert ni mmg terkenal dgn konsep GAY nya itu, ikuti coretan berita dari Harakah Daily:

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan kerajaan meluluskan konsert artis luar negara, Adam Lambert yang dijadual malam esok.

Bantahan itu disuarakan dalam satu memorandum kepada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) siang tadi.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Puspal di bawah bahagian perlesenan dan penguatkuasaan, Ramlah Amir di pejabatnya di bangunan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Malaysia, dekat sini.

Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, penganjuran konsert yang akan berlangsung di stadium Putra Bukit Jalil itu akan menambahkan barah gejala sosial terutamanya di kalangan anak muda di negara ini.

Ini kerana ujarnya, Adam Lambert memang sudah diketahui umum bahawa seorang remaja yang membawa ikon 'gay' di Amerika.



"Gamis menyatakan kekesalan kami di atas kelulusan konsert ini yang ternyata bakal membawa kesan negatif kepada anak muda.

"Dalam pada Datin Seri Rosmah (Mansor) dikatakan sibuk mencari formula untuk mengatasi gejala sosial, dalam masa yang sama satu konsert artis tidak bermoral diluluskan," kata Syazwan kepada pemberita sebelum penyerahan tersebut.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan memberi kelulusan kepada pihak penganjur mengundang artis itu.

"Apa sebab yang mendesak kerajaan untuk meluluskan kehadiran Adam Lambert sedangkan ramai lagi artis luar negara yang lain yang boleh dipanggil," katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ridhuan Othman berkata, SMM mendesak kerajaan khususnya kementerian terbabit mengkaji balik garis panduan konsert melibatkan artis luar negara serta membatalkan konsert tersebut.

"Kerajaan ada masa lebih kurang sehari lagi untuk membatalkan konsert Adam Lambert.

"Kalau konsert ini diteruskan, kami akan mengerahkan mahasiswa untuk turun beramai-ramai ke stadium esok untuk membuat bantahan dengan mengedarkan risalah dan sebagainya," katanya.

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa berhimpun di hadapan bangunan kementerian itu sambil memegang kain rentang bantahan dan dikawal oleh pihak polis.

Sementara itu, dalam pertemuan kira-kira 20 minit dengan Ramlah di pejabatnya, mereka meminta Puspal menjelaskan sebab konsert berkenaan diluluskan di samping menyuarakan kembimbangan terhadap gejala hedonisme yang semakin membarah di kalangan anak muda.

Ramlah bagaimanapun berkata, Puspal tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan kerana ia melibatkan kementerian lain juga.

Namun beliau mengucapkan terima kasih kepada Gamis di atas inisiatif mereka mengadakan pertemuan dengan pihaknya.

-Harakah Daily-

Read more...

Jangan terpengaruh provokasi Umno di Galas

>> Saturday, October 9, 2010

GUA MUSANG, 10 Okt: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa meminta supaya pemuda PAS dan Pakatan Rakyat tidak terpengaruh dengan provokasi Umno serta menunjukkan contoh akhlak yang baik dalam pilihan raya kecil Dun Galas.

"Kita masuk pilihan raya kecil Dun Galas bukan kerana kematian Chek Hashim (semata-mata) tetapi sebagai tanggungjawab dakwah dan jihad kita," katanya ketika merasmikan pelancaran jentera pemuda PAS di Markaz PAS Kawasan Gua Musang, petang semalam.

Sambil bekerja untuk menang dalam pilihan raya tersebut, katanya pemuda PAS juga diseru supaya menunjukkan akhlak yang baik kepada masyarakat setempat termasuk ahli-ahli BN dan Umno.

Katanya, Pemuda PAS juga mesti mengambil peluang mengimarahkan surau-surau dan masjid-masjid dengan program-program ibadah.

Badrul Hisham yang mewakili Angkatan Muda Keadilan pula mengingatkan kepada Pemuda Umno supaya tidak melakukan provokasi seperti mana di dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

"Saya mengingatkan pemuda-pemuda Umno, ini bukan Bagan Pinang, ini adalah negeri Kelantan," tegasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan.

Beliau turut menyatakan kesediaan Angkatan Muda Keadilan Rakyat bersama-sama PAS menggalas tanggungjawab di Dun Galas kali ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan pula menyeru setiap pemuda PAS mesti bersedia dari segi kekuatan fizikal, mental, dan spritual bagi menghadapi musuh dalam pilihan raya kali ini.

Nasrudin turut mensasarkan sekurang-kurangnya 5,000 pemuda akan turun ke Dun Galas.

-Harakah Daily-

Read more...

KOLEKSI STICKER/PELEKAT UNTUK DIJUAL!

>> Monday, October 4, 2010

Salam wbr rakan2,

Sesiapa yang berminat nak beli sticker/pelekat seperti di bawah, boleh lah membuat tempahan dengan sms kepada saya, beserta dengan no code sticker pilihan anda ditalian: 019-383 2023.

Harga termasuk dengan kos penghantaran di dalam Malaysia melalui Pos Laju untuk setiap unit sticker adalah seperti tertera di bawah:

CODE: TR1
HARGA: RM15


CODE: PAS1
HARGA: RM15


CODE: ISLAM1
HARGA: RM20


CODE: ISLAM2
HARGA: RM20


CODE: PA1, PA2, PA3
HARGA: RM15


CODE: U1
HARGA: RM20

CODE: U2
HARGA: RM25


CODE: U3
HARGA: RM25


CODE: U4
HARGA: RM22



Semua Sticker/pelekat ini sangat sesuai untuk dilekatkan di belakang cermin kenderaan anda atau di mana-mana yang anda rasa sesuai!

SELAMAT MEMBELI!

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Wassalam wbr :)

Read more...

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP