JOM HAFAZ QUR'AN

Kenangan di Jerman dan Fesyen RAMBUT???

>> Monday, August 23, 2010

Salam wbr follower ZuanG's Blog yg dikasihi sekalian,

Xlama lagi, 2minggu dari sekarang umat Islam akan menyambut Hari Raya 'Idulfitri. Jadi thn ni adalah tahun ke-2 saya dapat beraya sepenuhnya bersama Family tercinta di Tengganu. Selama ini beraya di Jerman je...

Tp kadang2 tu rasa rindu lak, ingat time berada kat Jerman suatu ketika dahulu. Puasa kat sane, Raya kat sane..siap hari raya pertama ada kelas tuu...huhu..
Okayla...di bawah ni saya sertakan beberapa keping gambar terakhir saya sebelom pulang ke Malaysia pd akhir July 2009. Saya tunjuk kat mana tempat saya belajar dan saya demo sikit camne routine harian saya semasa bergelar Pelajar di University of Applied Science Karlsruhe, Germany....

Inilah laluan basikal yang selalu saya guna utk ke kelas:


Ha..inilah fakulti saya..Fakulti Kejuruteraan Mekanikal..Selalu park basikal kat sini,depan kelas je..


Sebelum masuk kelas,biasanya saya beli 1cup coffee..sebab standby kot2 harini belajar topic yang membosankan..so,bila ada coffee,leh tahan sikit kemengantukan saya itu..


Last posing in front of faculty..Special brought to you by me:


Inilah dia Lecturer kesayangan saya, Prof. Dr.- Ing. Habil. Martin Jäckle:


Ha,inilah rupa dalam kelas...


Ini pula gaya saya belajar dalam library..


Last but not least, study mesti sambil dengar alunan ayat suci al-quran atau lagu2 nasyid...and ada juga standby mike utk call family tersayang di Malaysia..hehehe..


Okay..berbalik semula topik pasal raya tadi..bila sebut pasal raya dah nak dekat..maka macam2 preparation yang semua org dah buat. Ada yang tukar kereta baru, tukar langsir baru, cat rumah dengan kaler baru (bukan dgn kaler biru yerk..hehe). Dan semestinya ramai yang dah mula shopping sakan, beli baju raya baru..SALE pon nampaknya dah mula "menggila"..Harap2 kita semua xikutkan nafsu yer..Belanjalah secara berhikmah..Jangan shopping sampai xhingat akan dunia ni bersifat sementara, milik Allah swt.

Baiklah, itu cerita orang disekeliling saya..Saya pon nak raya jugak, tp apa yg perlu saya prepare? Baju raya?? InsyaAllah pakai yang dah ada kot..kalo nak beli pon, beli sehelai dua lagi..Kasut raya?Em..tahun ni pakai sandle dah la..bebas sket rase..So, nampaknye saya xperlu nak berbelanja besar kot utk beli baju raya nih..

Dari segi ketrampilan pulak...Of course pasal Rambut..Em, skang ni rambut saya dah mula serabut,panjang..Jadi,kena mula fikir nak potong rambut ikut fesyen apa tahun ni..

Sebut pasal fesyen rambut ni,teringat saya time belajar di Jerman dahulu (2005-2009)..Macam2 fesyen rambut dah saya ada..Dari pendek "kentot" sampaila panjang cam "pompuan"..Em,camnila..saya tunjuk serba sedikit kronologi fesyen rambut saya sepanjang belajar di Jerman suatu ketika dahulu. Lets see together:

Inilah fesyen rambut saya masa mula2 nak FLY ke germany pd tahun 2005:


Ini pula fesyen rambut setahun kemudian, semasa berada di sana:


Ini pula semasa main tournament bola kat sana:


Dan ini pula keadaannya semasa pulang bercuti di Malaysia. hehehe...MAT ROCK sket...


Dan....inilah dia rambut yang paling panjang pernah saya miliki,sehingga apabila saya landing di KLIA Airport, nenek saya xkenal akan saya...bila tegur, nenek saya terkejut seraya menjawab: "La..ewan ke ni...bakpe jadi gini.."
hehe..


Dan...oleh kerana nenek saya dah xkenal saya, maka sebelum pulang ke Jerman, saya sempat TRIM sedikit rambut saya supaya jadi begini..Okayla skit kan?Ni gambar di KLIA sbelom berlepas kembali ke Germany:


Huhu...ngeri betol..

Okay, jadi...sy rase utk raya tahun ni, saya kena kembali kepada rambut asal..pendek dan kemas..(xkan nak tukar fesyen rambut kepada rambut yg panjang tu pulak kan?..nak kena sambung rambutlaa jawabnye..huhu..)

Raya tahun ni, mungkin nak fesyen camni; iaitu fesyen rambut pendek pertama ketika di Germany. Saya masih ingat, harga kena charge oleh tukang gunting german adalah 30Euro = RM150 sbb jari-jemari tukang gunting tu lumpuh seketika lepas selesai potong rambut saya tu..ini dia fesyen pendek dan kemas,maybe:



So.....WeekN ni dah kena survey Barber Shop mane kat Tengganu yang terbaik..Sebab sejak akhir2 ni,bila saya gi barber shop..sy suh dieorg gunting fesyen A, mesti dieorg akan gunting fesyen B. Aiseh..Jadi, kena betol2 carik penggunting yang memahami..

Wait n See..

SEKIAN dari ZUANG ---- SELAMAT BERPUASA!

Read more...

Pemergian Allahyarham Faiz Taufik....

Salam wbr rakan2 sekalian,

Sebentar tadi, iaitu pada hari ini tanggal 23.08.2010 bersamaan 13 Ramadhan 1431H, saudara Faiz Taufik telah kembali ke Rahmatullah. Allahyarham meninggal dunia pada jam 12tgh, setelah arwah koma sejak awal pagi.

ALLAHYARHAM FAIZ BIN TAUFIK dalam kenangan...
Ku berdoa agar rohmu ditempatkan dikalangan insan solihin..

Kronologi:
Arwah diserang penyakit Cancer "Lymphoma" dan telah disahkan berada di tahap ke-4 semasa di admit ke HUKM pada 3 Ogos yang lalu.

Arwah telah dimandikan, dikapan dan disembahyangkan di HUKM. Dan pada jam 2.30ptg tadi terus bertolak ke negeri asal arwah, Perlis utk dikebumikan.

InsyaAllah arwah akan dikebumikan selepas solat terawih pada malam ini.

Berikut dipaparkan beberapa keping gambar yg sempat sy rakam sebelum arwah di bawa ke Perlis.











Saya bagi pihak keluarga arwah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua yang berdoa akan kesejahteraan arwah selama ini dan mereka yg sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Maka, sekarang arwah telah berada di alam lain. Sama2lah kita berdoa agar arwah ditempatkan dikalangan insan SOLEH yg dimuliakan di sisi Allah swt, Tuhan Sekalian Alam...

Sekali lagi, marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Faiz Taufik.

Al-Fatihah.



SEKIAN...

Read more...

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP