JOM HAFAZ QUR'AN

Pemergian Allahyarham Faiz Taufik....

>> Monday, August 23, 2010

Salam wbr rakan2 sekalian,

Sebentar tadi, iaitu pada hari ini tanggal 23.08.2010 bersamaan 13 Ramadhan 1431H, saudara Faiz Taufik telah kembali ke Rahmatullah. Allahyarham meninggal dunia pada jam 12tgh, setelah arwah koma sejak awal pagi.

ALLAHYARHAM FAIZ BIN TAUFIK dalam kenangan...
Ku berdoa agar rohmu ditempatkan dikalangan insan solihin..

Kronologi:
Arwah diserang penyakit Cancer "Lymphoma" dan telah disahkan berada di tahap ke-4 semasa di admit ke HUKM pada 3 Ogos yang lalu.

Arwah telah dimandikan, dikapan dan disembahyangkan di HUKM. Dan pada jam 2.30ptg tadi terus bertolak ke negeri asal arwah, Perlis utk dikebumikan.

InsyaAllah arwah akan dikebumikan selepas solat terawih pada malam ini.

Berikut dipaparkan beberapa keping gambar yg sempat sy rakam sebelum arwah di bawa ke Perlis.











Saya bagi pihak keluarga arwah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua yang berdoa akan kesejahteraan arwah selama ini dan mereka yg sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Maka, sekarang arwah telah berada di alam lain. Sama2lah kita berdoa agar arwah ditempatkan dikalangan insan SOLEH yg dimuliakan di sisi Allah swt, Tuhan Sekalian Alam...

Sekali lagi, marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Faiz Taufik.

Al-Fatihah.



SEKIAN...

8 comments:

Anonymous August 23, 2010 at 3:05 AM  

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un... zuang, kawe terkejut jugak dgr cerita keadaan dia makin teruk lps smp msia... sblm dia blk nampak ok je, boleh gurau², cuma boleh nmpk dia makin lemah... sudah takdir masa dan tempatnya demikian. semoga beliau pulang kepada-Nya dlm sebaik² keadaan dlm bulan yg penuh barakah ini...semoga menjadi peringatan pula bg yg hidup, agar tidak leka dgn dunia yg sementara ini.
- saiful adilin

imah abd rahman August 23, 2010 at 3:10 AM  

innalillah..Al-Fatihah untuk arwah..sbnrnye arwah kakak saya pun menghidapi sakit yang sama dan meninggal dunia bulan 12 2009 kat germany.smoga roh mereka dicucuri rahmat Allah..

Mohd Azwan Aziz August 23, 2010 at 3:54 AM  

Betul, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT, tidak kurang sesaat, tidak akan lebih sesaat.. Pemergian arwah dalam keadaan tenang..Beberapa jam sebelum arwah pergi, sempat memegang erat tangan arwah, berpesan kepada arwah supaya tabah dan sabar hadapi dugaan ini...arwah redho dan mengangguk2 kepalanya..Moga2 arwah berada digolongan mereka yang beriman,ameen..ameen ya robbal'alameen...

Mohd Azwan Aziz August 23, 2010 at 4:53 AM  

Sama2 doakan kesejahteraan roh Allahyarham...ameen...

yan August 23, 2010 at 4:57 AM  

sedih bila tau berita yg jipo dah xde.. kyan baru terlintas pg td nak tgk fb dia bila zuang tulis komen pasai dia kat hukm.. ingat nak la ajak husbd p tgk weekend ni.. dah la masa p jerman ari tu x p tgk dia..
tgh ari asoi call bgtau dia dah xdak.. sedih sgt... apa2 pun, semoga faiz taufik (jipo) diampunkan segala dosa, di tempatkan di kalangan hamba2-Nya yg beriman...

Mohd Azwan Aziz August 23, 2010 at 5:01 AM  

Mudah2an arwah ditempatkan disisi para solihin..Jenazah arwah begitu sempurna dan dilihat seakan-akan tidur..Sama2 doakan arwah benar2 dimuliakan oleh Allah swt. Marilah kita sama2 berdoa...

Bazlie August 23, 2010 at 5:46 AM  

salam saudara zuang..minta kebenaran untuk meletakkan posting saudara di blog saya..saya shahrul bazli adalah rakan sekelas arwah semasa di SMKDerma kangar..berdukacita dgn pemergian beliau..semoga rohnya dicuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..

sekian..

http://bazlie-nobodyelse.blogspot.com

Mohd Azwan Aziz August 23, 2010 at 6:53 AM  

Salam saudara Bazlie,Okay..mohon sebar2kan berita ini..Bcoz mungkin ada dikalangan rakan2 lama arwah yang masih belum mengetahui pemergian arwah..terima kasih.

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP