JOM HAFAZ QUR'AN

World tallest building

>> Friday, January 30, 2009



حديث الأول: عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : بينا نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثر السفر ولا يعرفه منا أحد حتى جلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأسند ركبتيه إلى ركبتيه ووضع كفيه على فخذية وقال : يا محمد أخبرني عن الإسلام قال : " الإسلام : أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا " . قال : صدقت . فعجبنا له يسأله ويصدقه . قال : فأخبرني عن الإيمان . قال : " أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره " . قال صدقت . قال : فأخبرني عن الإحسان . قال : " أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك " . قال : فأخبرني عن الساعة . قال : " ما المسؤول عنها بأعلم من السائل " . قال : فأخبرني عن أماراتها . قال : " أن تلد الأمة ربتها وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان " . قال : ثم انطلق فلبثت مليا ثم قال لي : " يا عمر أتدري من السائل " ؟ قلت : الله ورسوله أعلم . قال : " فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم " . رواه مسلم

Hadis yang pertama: Daripada Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a. katanya, “Ketika kami berada bersama Rasulullah s.a.w. pada suatu hari tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya kesan perjalanan dan tidak ada seorangpun dari kalangan kami yang mengenalinya sehinggalah dia duduk di hadapan Nabi s.a.w. lalu menyandarkan lututnya kepada lutut Nabi s.a.w. dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pahanya seraya berkata, “Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam”. Nabi s.a.w. menjawab, “Islam itu adalah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan engkau mengerjakan haji di Baitillah jika engkau mampu pergi kepadanya.”. Orang itu berkata, engkau benar. Maka kami hairan terhadapnya, dia bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya lagi, “Ceritakan kepadaku tentang iman”. Nabi s.a.w. menjawab: “Iaitu engkau beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kemudian dan engkau beriman dengan ketentuan baik dan buruk (dari Allah)”. Dia berkata, “Benar engkau”. Dia bertanya lagi, “Ceritakan kepadaku tentang ihsan”. Nabi s.a.w. menjawab, “Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya dia melihat engkau”. Dia berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang kiamat”. Nabi s.a.w. menjawab, “Orang yang ditanya itu tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Dia berkata lagi, “Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya”. Nabi s.a.w. menjawab, “Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan bila mana engkau melihat orang-orang yang dahulunya berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin dan pengembala-pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan”. Sayyidina Umar r.a. berkata, “Kemudian orang itu pergi lalu aku tinggal beberapa lama kemudian Nabi s.a.w. berkata kepadaku, “Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Nabi s.a.w. berkata, “Sesungguhnya dia adalah Jibril, dia datang mengajarkan kamu agama kamu”. (Hadis riwayat Muslim)

*note: org arab ni dulu pengembala kambing

0 comments:

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP