JOM HAFAZ QUR'AN

Jasa Ibu...

>> Monday, May 10, 2010

Beberapa hari lepas, saya perhatikan ramai yg beria-ria menyambut Hari Ibu..Tp adakah kita sbgi muslim perlu menyambutnya? Ada sesetengah Ulamak n kebanyakannya mengHARAMkan kita menyambut hari Ibu seperti beberapa hari lepas..kerana ianya bercanggah dengan prinsip Islam. Ianya adalah dari barat yg ingin memperingati Ibu kepada "Tuhan" mereka...

Jadi kita sebagai anak, sebagai seorang Muslim..sebenarnya perlu menghargai jasa ibu kita..ibu yg mengandung kita sehingga 9 bulan, ibu yg sanggup berjaga malam mnjaga kita sejak kita kecil..ibu yg tdk pernah mengetahui penat-lelah utk memelihara kita, melayan 1001 karenah kita...jadi..sepatutnya tdk perlu utk memperingati dan mengenang jasa IBU kita, dengan hanya menyambut hari ibu sepertimana bangsa2 Barat sana menyambutnya..

Sepatutnya...Kita berdoalah utk Kesejahteraan Ibu kita setiap masa jika kita betol2 ingin mengenang jasa, membalas jasa ibu kita..Sesungguhnya jika ibu kita pergi meninggalkan kita suatu hari nanti, pastinya bekalan yg paling mulia yg dpt kita bagi kpd Ibu kita adalah dgn menjadi anak yg SOLEH, yg sntiasa mendoakan kesejahteraan Ibu..

Maka..sayangilah Ibu kita..jgn sesekali buat mereka kecil hati..

Semalam ada kes:

Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan. Ibunya yang nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai se...hinggakan wanita tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka. Malah, pasangan suami isteri itu mencerca dan meninggalkan wanita tua itu bersendirian setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian. Akhirnya, wanita tua berkenaan dibawa ke balai polis berdekatan oleh seorang peniaga yang berjaja di kawasan itu. Orang ramai yang menyaksikan drama ‘anak derhaka’ berkenaan, terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu sehingga ada yang merakam kejadian terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pasangan suami isteri itu di laman sosial, Facebook. Ia bertajuk ‘Kami benci pompuan gemuk dan suami dia yang maki mak dia di pusat komersial’
Source: http://www.rohaizad.com/2010/05/11/anak-derhaka/

Jadi..ambillah cerita ini sebagai IKTIBAR kepada kita..

Doakan Kesejahteraan Ibu kita SELALU...

0 comments:

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP