JOM HAFAZ QUR'AN

Hanya Allah SWT Yang Maha Esa, Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah...

>> Tuesday, May 25, 2010

Salam wbr,

Harini berita di akhbar tempatan menyiarkan dakwaan isteri Allahyarham "Abuya" tampil menceritakan kepada umum bahawa arwah mempunyai kuasa menjadikan tsunami..berikut adalah petikan berita tersebut:

‘Tsunami berlaku kehendak Abuya’

Hatijah dakwa Asaari ada ‘power’ angkat, terbangkan air lautan sebesar gunung

KUALA LUMPUR: Sebulan sebelum Asaari Muhammad atau Abuya meninggal dunia, isteri keduanya, Hatijah Aam, melancarkan buku tulisannya berjudul Tsunami: Bukti Abuya Putra Bani Tamim dengan mendakwa tsunami yang melanda Aceh pada 2004 adalah kehendak dan perintah Asaari.

Beliau turut mendakwa bekas pemimpin Al-Arqam itu akan mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Buku yang dilancarkan di Hotel Sultan, Jakarta pada 7 April lalu, mendapat kritikan keras Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan meminta kerajaan Indonesia mengharamkannya. Bagaimanapun, buku berkenaan tidak dipasarkan di negara ini dan hanya diedarkan kepada ahli saja.

Dalam buku 83 halaman itu, Hatijah mendakwa Asaari yang mengarahkan terjadinya tsunami dan meminta semua anggota bekas Al-Arqam keluar dari Aceh sebelum kejadian.

“Abuya Asaari itu ‘power’ yang mampu mengangkat air satu lautan sebesar gunung dan menerbangkan secepat kapal terbang Boeing ketika ketinggian 30,000 kaki iaitu 700km sejam. Senjata tsunami keajaiban ciptaan Abuya Asaari untuk memerangi orang yang gila berperang di Aceh agar kemudian tidak sanggup berperang lagi di bumi milik Abuya Asaari itu” tulis Hatijah dalam bab tiga buku itu.

Malah, bagi menggambarkan keajaiban Asaari, dalam bab empat berjudul Perang Penuh Keajaiban, Hatijah menceritakan satu keluarga terselamat daripada maut ketika tsunami dengan hanya menyebut nama Abuya.

“Diceritakan ketika saat air laut sampai ke tahap leher, anggota keluarga pegawai kesihatan Aceh, Rita Mutia, saling berpegangan tangan dan memohon ampun daripada Allah serta menjerit Mak, Ayah, tolong ,Ya Allah tolong! Ya Allah tolong! Bagaimanapun, abang Rita, iaitu Syeikh Mujiburrizal meminta Rita jangan meminta tolong kepada Allah melainkan kepada Abuya. Syeikh pun dengan lantang berteriak ‘Abuya tolong!’ dan Rita turut menjerit meminta pertolongan daripada Abuya”.
Hatijah mendakwa keluarga berkenaan terselamat daripada maut hanya dengan menjerit nama Abuya apabila sebuah kapal ikan yang dipandu pasukan penyelamat ghaib berada berhampiran mereka.

Dalam bab enam yang berjudul Betulkah Abuya Asaari Putra Bani Tamim, Hatijah menulis “Kerana mengaku dialah Putra Bani Tamim atau Putra Bani Hashim atau Satria Piningit itu. Dan dialah bakal Presiden Indonesia selepas ini”.

Buku yang turut dilancarkan di Bandung pada 23 April lalu, mendapat kritikan MUI Jawa Barat yang mengatakan tulisannya tidak masuk akal dan menyesatkan.

Setiausahanya, Rafani Akhyar, berkata, tiada sesiapa yang boleh mendatangkan tsunami atau sebarang bencana dan hanya Allah SWT yang mampu berbuat demikian.

Jadi tuan2, berfikirlah..sentiasa istighfar agar kita dijauhkan daripada perkara2 sebegini..Sentiasalah bertaubat dan selalulah ingat bahawa segala yg berlaku di langit dan bumi keseluruhannya adalah kuasa dari Allah, Tuhan Yang Maha Satu..Tuhan yang kekal abadi, tiada hidup dan tiada mati..

Renung2kanlah...

Wallahua'lam

0 comments:

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP