JOM HAFAZ QUR'AN

Umat Akhir Zaman...Renung-renungkanlah..

>> Monday, May 10, 2010

Salam wbr,

Pada entry kali ni, saya ingin mengupas isu-isu semasa yg berlaku di keliling kita..n isu yg paling membuat saya sentiasa menginsafi diri saya adalah mengenai Umat Akhir Zaman..Betapa teruk dan rosaknya umat akhir zaman ketika ini..Pernah Rasulullah bersabda; umat akhir zaman adalah seteruk malah lebih teruk sifatnya dari masyarakat jahiliah sebelum kedatangan baginda membawa kebenaran..

Saya bukanlah ingin mengatakan saya ni perfect, saya juga sperti rakan2..xlekang dgn buat dosa..namun saya cuba dari masa kesemasa utk memperbaiki diri..n bertaubat stiap masa..

Bila kita tengok keliling kita..adakah kita cuba kaitkan dengan diri kita sendiri?Adakah kita dah cukup baik n bersedia utk bawak seberapa banyak bekalan yg kita mampu utk ke Akhirat kelak?? Pastinya perjalanan ke arah sana adalah jauh dan tdk semudah perjalanan kita di dunia ini, dari 1destinasi ke destinasi yg lain..
Cuba kita tanya diri kita sendiri..Mengapa Kita dijadikan oleh Allah?? Adakah hanya utk bersuka-ria? Adakah hanya utk cari makan?? Utk enjoy semata-mata???

Maka marilah sama2 kita cube menginsafi diri kita sndiri..

Adakah kita mahu berjumpa dgn Rasulullah, Nabi Muhammad SAW??

Maka..ayuhlah rakan2..sama2 kita mengejar utk mencari sberapa bnyk bekalan utk ke Akhirat kelak..Sentiasa betaubat dgn apa yg telah kita kerjakan selama ini..mudah-mudahan taubat kita diterima oleh Allah swt, Pencipta sekalian Alam..

Jadi berbalik dgn topik tadi..cuba rakan2 tengok disekeliling kita..

Beberapa hari lepas, saya ada baca paper..

1) Seorang lelaki bunuh diri kerana tidak dpt bayar hutang n kesempitan wang utk hidup...

2) Seorang nenek dibunuh dgn kejam, disembelih dan ditikam..semuanya angkara Dadah..

3) Mayat bayi ditemui di Longgokan Sampah..dimakan ulat..

Nah, bila baca ketiga-tiga berita seperti di atas, apa yg kita rasakan? Xde ape? Buat xtau je? I don't care??
Jgn jadi org yg Tuli dan Buta seperti firman Allah di dalam Qur'anul Karim..Allah jadikan semua perkara diatas muka bumiNya ini adalah utk kita berfikir..kita terus beriman dan bertaqwa padaNya..

Maka..

Adakah dgn bunuh diri dpt selesaikan semua perkara yg berlaku atas bumi ini?Tidak sama sekali...Masalah anda yg jauh lebih berat baru bermula sbenarnya..

Adakah dengan membunuh manusia anda dpt lari dengan ketenangan? Adakah dengan mengambil dadah membuatkan anda berasa seronok?? Tidak.. Keseronokan itu hanyalah bersifat sementara shj.. Tidakkan anda ingin keseronokan yg Kekal Abadi nun di Syurga Allah kelak??

Adakah dengan membunuh dan membuang bayi yg tdk berdosa dpt menutup malu anda? Dpt selesaikan masalah anda?? Tidak..anda akan terima balasan atas perbuatan kejam anda itu..

Maka..berfikirlah..ayuhlah berfikir wahai semua..Kita dijadikan oleh Allah utk menjadi Insan yg beriman dan bertaqwa kepadaNya bukan mnusia yg tdk tahu erti bersyukur...

Mudah-mudahan kita dapat sama2 mengejar dan mencari bekalan utk ke perjalanan hari Akhirat yg amat jauh kelak...

Wallahua'lam.

0 comments:

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP