JOM HAFAZ QUR'AN

Mulia dan Ikhlasnya Hati Seorang Hamba Allah...

>> Friday, September 3, 2010

Salam wbr rakan2,

Pada entry kali ini suka saya ingin berkongsi sebuah kisah untuk renungan bersama. Mudah-mudahan kita dapat ambil iktibar daripada kisah berikut.

Ada seorang hamba Allah, warga tua yang tinggal di pondok usang. Tinggal seorang diri dalam serba kekurangan dan tidak bekeluarga pula. Dipendekkan cerita pada suatu pagi yang hening, si tua ini keluar untuk mencari rezeki. Rezeki yang mungkin ditakdirkan untuknya pada hari itu, mengutip tin-tin kosong dan menjualnya ke syarikat kitar semula di hujung bandar Kuala Terengganu.

Dalam perjalanan mencari tin-tin kosong untuk dikumpul di dalam guni yang dibawanya bersama basikal "tuanya" itu, pakcik ni ternampak ada ramai orang berkumpul di suatu tempat. Macam ada majlis keramaian. Pakcik ini teruslah cuba tengok,majlis apa kat situ. Rupa2nya kat tepi jalan, di bawah sebuah khemah berdekatan dengan sebuah Hospital ada berlangsung program anjuran pihak hospital, yang bertajuk: "Ujian Darah dan Pemeriksaan Percuma Kesihatan".



Pakcik ni teruslah beratur utk dapatkan juga khidmat percuma ni. Maklumlah, bukan senang nak dapat pemeriksaan percuma camni. Beratur punya beratur, akhirnya tiba giliran pakcik ni untuk buat ujian darah dan pemeriksaan kesihatan. Setelah selesai, Doktor yang bertugas tu akhirnya berkata kepada pakcik tua ini lebih kurang begini:

"Pakcik, Alhamdulillah tekanan darah pakcik O.K. Kesihatan pakcik O.K. Darah pakcik pon O.K. Sebab pakcik darah O+ve. Kalo pakcik nak tahu, darah jenis ni memang boleh derma kat semua orang..Maksudnya, semua orang boleh terima darah pakcik ni. Dalam bahasa saintifiknya; darah pakcik ni adalah darah penderma universal"

Pakcik tu terus tergamam. Namun faham, apa yang cuba disampaikan oleh Doktor tu. Beliau terus bangun dan mengucap Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt utk terus berjuang di atas muka bumi ni, ingin menjadi insan yang diredhoiNya...

Dipendekkan cerita lagi...

Setelah pakcik ni buat pemeriksaan kesihatan tempoh hari, kelihatan pakcik ni ulang-alik ke Hospital. Ada seorang petugas di pintu masuk Hospital berkenaan, namanya Zaki yang perasan kelibat pakcik ni. Setiap minggu, pagi ahad mesti dia datang ke hospital. Sanggup tunggu berjam-jam. Maklumlah..Hospital kerajaan ni, bukan seorang dua jer yang nak dptkan khidmat DOktor..

Masa pakcik ni balik jer, mesti dia senyum kat Zaki. Pelik jugak, sakit-sakit pon boleh senyum selalu. Zaki pun rasa macam kesian kat pakcik tu, pabila perhatikan kelibat pakcik ni. Dengan pakaian yang lusuh dan kayuh pula basikal tua yang agak dhoif. Dalam hatinya berkata:
"Kesian pakcik ni, mesti hidup dia susah. Pastu selalu ulang-alik ke hospital. Mungkin dia sakit. Tapi, dia selalu senyum. Bukan jer kat aku, tapi kat semua orang.."

Last2, terdetik pada suatu hari. Zaki nak juga tahu apa masalah atau penyakit pakcik ni sebab pakcik ni selalu kena ulang-alik ke hospital dapatkan rawatan. Mungkin kalau dia boleh tolong ringankan beban pakcik ni...kesian tengok pakcik ni..

Maka, Zaki terus berjumpa Doktor yang baru "merawat" pakcik tersebut pada suatu pagi ahad. Dia masuk dan bertanya Doktor tersebut, apa sebenarnya masalah dan penyakit pakcik tadi, yang selalu kena ulang-alik dapatkan "rawatan" kat sini..

Jawapan yang diberikan oleh Doktor tersebut membuatkan Zaki terduduk diam, terharu dan sangat menyanjung keperibadian pakcik tersebut. Nak tahu apa jawapan Doktor tersebut?

Doktor tu berkata:

"Sebenarnya, pakcik tu sihat. Tak ada sebarang penyakit. Dia datang ke sini, ulang-alik tiap-tiap minggu sebab nak derma darah. Sebab baru-baru ni, dia dapat tahu yang darahnya jenis O+ve, sesuai untuk derma kat semua orang. Jadi, mulai ketika itulah dia selalu datang derma darah tiap-tiap minggu, xpernah miss. Saya ada juga tanya kat pakcik ni, pakcik xkisah ke selalu datang derma darah ni? Tapi jawapan pakcik ni buatkan kita semua terharu dan menginsafi diri kita..."

"Pakcik ni cakap: Pakcik memang xkisah, malah pakcik rasa Syukur sangat2 sebab pakcik diberi kesihatan yang baik oleh Allah untuk pakcik beribadah kepadanya, cari rezki dan sebagainya. Tapi pakcik xde harta. Duit yang pakcik dapat hasil kerja-kerja yang pakcik buat ni,memang hanya mampu tampung makan minum pakcik sorang je.. Allah Maha Adil, walaupun pakcik miskin tapi pakcik sihat. Jadi pakcik masih berpeluang buat amal jariah kat orang lain. Kalau xharta benda pon, pakcik dapat derma darah kat sapa2 yang perlukan, pakcik bersyukur...Mudah-mudahan apa yang pakcik buat ni dikira sebagai amal jariah untuk bekalan pakcik ke akhirat nanti.."

Itulah jawapan dari pakcik tua tersebut..

Maka, rakan2...Ayuhlah renung2kan kisah ini dan jadikan sebagai pengajaran untuk kita semua. Ingat, Allah itu Maha Adil terhadap hamba-hambaNya. Jika kita berbuat baik kepada Allah, Allah akan membalas dan memberi ganjaran yang besar kpd kita. Jika tidak di dunia, di akhirat kelak...

Jika kita Kaya dan Sihat, sangat2 rugilah kalau kita tak bersedekah ke JalanNya.



****
Apa yang zahir dan pasti, segala amalan seseorang akan terputus dengan kematiannya tetapi Rasulullah di dalam hadisnya menyebut tiga perkara yang tidak akan terputus dengan kematian seseorang. Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”

(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

***

Satu noktah penting yang perlu diambil perhatian ialah seseorang itu telah meninggal dunia, masih ada peluang untuknya membuat pahala sebagai bekalan berpanjangan dan berterusan di alam kubur. Maksudnya, pahala akan tetap bertambah walaupun ketika itu dia berada di dalam kubur dalam keadaan tidak mampu untuk beramal lagi. Ia ibarat orang yang membina saluran air dari gunung, air itu akan terus mengalir sehingga bila-bila.

Amalan bersedekah adalah satu perbuatan mulia. Seseorang yang selalu bersedekah akan mendapat pulangan lumayan di akhirat kelak, bahkan seawal mungkin ketika masih di alam barzakh. Ketika tidak mampu beramal lagi, sedekah jariahnya akan tali-menali sebagai ganjaran pahala buatnya. Contohnya seperti seseorang mengeluarkan hartanya atau menderma dan mewakafkan tanah untuk membina masjid, surau, sekolah atau madrasah, menanam pokok buah-buahan yang diniatkan sebagai makanan manusia dan haiwan apabila tumbuhan itu mengeluarkan hasilnya kelak.

Jadi..ayuhlah tanam sifat suka bersedekah dalam jiwa kita. Mudah-mudahan apa yang kita sedekahkan itu mampu menjadi bekalan kita ke Syurga Allah SWT.

Sekian,

Wallahua'lam.

1 comments:

Unknown April 3, 2011 at 7:04 AM  

bukan ke org derma darah 3 bulan sekali?

sesihat mana pun seseorg itu tidak mungkin dia mampu derma darah setiap minggu.
anemia nanti

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP